Sunday, December 26, 2010

Aku Ingin Berubah

Posted by lianazulak On 1:37 AM 2 comments




Ya allah..
Syukur di atas nikmat pancaindera-Mu..
Dengan penglihatan…
Aku dapat melihat segala kekuasaan-Mu…
Mengagumi segala kebesaran-Mu…

Namun..
Dengannya jualah…
Aku melakukan kemungkaran pada-Mu..
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa..
Melihat pada yang tak sepatutnya...
Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba..

Seketika ku tersedar…
Mungkin belum terlambat…
Untukku pahatkan dalam diri…
bahawa… Aku Mahu Berubah…!!!

Ya Allah…
Jika dulu aku angkuh di bumi-Mu…
Alhamdulillah…
Hidayah-Mu mematahkan keangkuhanku..
Membangunkan sifat malu…
Yang selama ini tersorok dalam diri..

Ku tundukkan pandanganku…
Yang selama ini meliar...
Ku timbulkan kekeliruan..
Pada teman-teman..
Ku tempis segala teguran sinis..
Ku tekadkan dalam kalbuku...
Bahawa… Aku Mahu Berubah…!!!

Ya allah…
Jika dulu aku lalai dalam
Menunaikan hak-Mu...
Terleka dengan duniawi…
Terkadang ku abaikan ukhrawi…

Subhanallah…
Sesungguhnya kekuasaan-Mu yang paling agung...
Kau sedarkanku di saat aku hanyut…
Masih tak terlambat…
Untuk suatu perubahan…

Ku akur pada kekuasaan-Mu…
Lantas…
Ku laungkan dalam hatiku…
Aku Mahu Berubah…!!!

Ya Allah…
Ku pohon hidayah-Mu…
Duhai ayahanda & bonda, sahabat-sahabat serta teman-teman…
Bantulah daku…
Bimbinglah daku…
Dalam mencari…
Cinta yang Paling Agung..
Cinta yang Esa…
Sesungguhnya…
Aku Mahu Berubah…!!!


2 comments:

salam liana, ana ruzanna... love to read your blog.... memberi keinsafan si pembaca supaya kembali blik kepada Maha Pencipta....

keep it up ukti.....

salam ukhuwah....

waalaikumussalam wbt.
shukran ats kunjungan enti.

jgn berputus asa dgn rahmat dn hidayah Nya.

salam ukhuwah juga.