Hidup berTuhan adalah fitrah semulajadi setiap insan. Fitrah semulajadi ini letaknya di hati. Dari hati inilah timbulnya perasaan atau roh. Malah semua insan, tak kira Islam atau bukan Islam, mereka mengakui kewujudan akal dan perasaan, walaupun ianya tidak dapat dilihat.
Akal adalah garis pemisah antara manusida dengan haiwan. Sementara nafsu adalah garis pemisah anatar manusia dengan malaikat. Allah menjadikan malaikat hanya mempunyai akal tanpa nafsu. Allah menciptakan haiwan dengan nafsu tanpa akal. Dan Allah menciptakan manusia bersama-sama nafsu dan akal. Begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH yang menjadi Tuhan yang hanyasa-Nya layak disembah.
Dan perasaan yang diciptakan ALLAH dalam diri manusia ini pula amat peka sehingga boleh bertindakbalas secara spontan terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran. Perasaan tidak akan bertindakbalas atas perkara-perkara yang biasa, sebaliknya perasaan cepat bertindakbalas atas perkara yang diluar kebiasaannya. Sebagai contoh :-
a. Bila kita berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan, spontan kita rasa gerun, ngeri dan takut.
b. Bila berhadapan dengan sesuatu yang kotor, spontan kita rasa jijik, geli dan menghina.
c. Bila berhadapan dengan sesuatu yang indah, spontan kita rasa suka, senan, tenang dan terhibur.
d. Bila berhadapan dengan seseorang yang berwibawa dan berpangkat, spontan kita rasa rendah diri, malu dan menghormati.
Begitulah sifat perasaan yang telah ALLAH cipta dalam diri kita. Hasil dari rangsangan inilah maka manusia akan bertindak dan mencetus perbuatan-perbuatan sebagai tindakbalas. Pendek kata, tindakan lahiriah manusia sama ada dari segi perbuatan fizikal dan percakapan, adalah terhasil dari perasaan atau hati yang telah dirangsang oleh faktor-faktor persekitaran. Apa yang tergambar secara lahiriah, adalah gambaran apa yang dididik atau dirangsang di hati.
1. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa malu dengan manusia yang tahu akan rahsianya, mengapa kita tidak rasa malu dengan ALLAH sedangkan ALLAH itu Maha Menngetahui dengan sifat Ilmu-NYA. Firman ALLAH SWT :
DIA (ALLAH) mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata. (Surah Al A’la : 7)
2. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa gerun dan hebat dengan manusia yang mempunyai kuasa, mengapa kita tidak rasa rasa gerun, hebat, takut dan gentar dengan ALAH sedangkan ALLAH itu Maha Kuasa, Maha Hebat? Sedangkan kuasa ALLAH itu, andainya ALLAH kata jadi, maka akan terus terjadi. Firman ALLAH SWT :
dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al Maaidah : 17)
(Surah Al Maaidah : 17)
3. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa takut pada undang-undang ciptaan manusia sehingga kita mematuhi undang-undang jalanraya agar tidak terlibat dengan kemalangan, mengapa kita tidak takut kepada azab neraka ALLAH sehingga kita tergamak melakukan dosa dan maksiat seperti berzina, mendedahkan aurat, memfitnah, riya’, takabbur dan lain-lain lagi ? Sedangkan azab seksaan ALLAH di neraka-NYA amat pedih dan berkekalan. Firman Allah SWT :
Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal. (At Taubah : 68)
4. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa cinta dan sayang kepada seorang lelaki/perempuan sehingga kita tak lalu makan, tidur tak lena, hilang daya tumpuan. Mengapa kita tidak rasa sayang, rasa rindu dan rasa cinta kepada ALLAH sedangkan sifat Ar Rahim (kasih) ALLAH melangkaui rasa kasih dan sayang serta cinta setiap makhluk di dunia, kerana walau sebesar mana kita menderhakai-NYA namun pintu taubat masih dibuka luas buat kita oleh ALLAH.
5. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa berterima kasih kepada orang yang memberikan hadiah atau majikan yang memberikan gaji, mengapa kita tidak boleh bersyukur dengan nikmat pemberian ALLAH yang terlalu banyak. Lebih banyak dari apa yang pernah diberikan oleh manusia kepada kita. Firman Allah SWT :
Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya (Ibrahim : 34)
6. Kalau roh atau hati atau perasaan boleh rasa senang, rasa lazat, rasa gembira dengan nikmat di dunia seperti nikmat berrumah mewah, nikmat makanan lazat, mengapa kita tidak rasa senang, lazat dengan syurga ALLAH di akhirat, lantas kita berusaha sungguh-sungguh untuk mendapat syurga ALLAH ?
Dan pelbagai peristiwa, pengalaman, perbandingan yang boleh kita buat akan perihal tindakbalas roh atau hati atau perasaan yang menzahirkan tindakan perbuatan atau percakapan lahiriah.
Persoalan yang timbul di sini ialah MENGAPA ROH ATAU HATI ATAU PERASAAN MUDAH TERANGSANG DENGAN MANUSIA DAN DUNIA, TETAPI TIDAK TERANGSANG DENGAN ALLAH DAN AKHIRAT ?
Kalau hati boleh terangsang dengan manusia dan dunia sehingga mampu melakukan perkara-perkara yang di luar batas akhlak dan adat tatasusila. Mengapa hati tidak terangsang dengan ALLAH dan akhirat sehingga mampu melaksanakan segala titah perintah ALLAH sambil meninggalkan segala larangan ALLAH ?
Sebaliknya, apa yang berlaku, sehari-harian kita dihidangkan dengan berita-berita yang mengguris hati akan perlakuan tidak berakhlak khususnya di kalangan para remaja. Ini sebagai bukti bahawa hati dan jiwa mereka tidak terangsang dengan ALLAH dan akhirat. Mereka sudah tidak yakin akan kewujudan ALLAH sebagai Tuhan yang hanyasanya layak di sembah. Mereka sudah tidak yakin dengan janji azab neraka ALLAH yang Maha Azab lagi Maha Pedih. Lantas mereka bertuhankan syaitan dan nafsu dalam memenuhi kelazatan nikmat dunia yang bersifat sementara sambil menzalimi makhluk yang lain.
Sewaktu jasad manusia di cipta dan sebelum roh ditiupkan ke dalam jasad, roh sememangnya sudah bersumpah untuk taat setia keapada ALLAH, sebagaimana dikisahkan di dalam Al Quran :
Tuhan bertanya kepada roh, “Bukankah AKU Tuhan kamu?”, roh menjawab, “Ya, kami bersaksikan, Engkaulah Tuhan kami.” ( Al A’raf : 172)
Tetapi itu sewaktu roh masih bebas, belum tersangkar di dalam jasad lahir. Apabila ALLAH memasukkan roh ke dalam jasad, maka roh terkurung bersama nafsu yang sentiasa mengajak kea rah kejahatan. Lebih-lebih lagi nafsu dibantu pula oleh syaitan yang sememangnya memusuh yang nyata bagi manusia. Maka sejauh mana hati atau roh atau perasaan akan terangsang dan sekuat mana rangsangannya akan menghasilkan tindakbalas lahiriah, adalah bergantung sejauh mana kekuatan hati atau roh atau perasaan tersebut melawan tentangan dari nafsu dan syaitan.
Andainya roh lemah, maka tewaslah roh dengan hasutan dan bujukan nafsu dan syaitan, terasa hambarlah rangsangan dengan ALLAH dan akhirat, sebaliknya roh atau hati akan lebih terangsang dengan manusia dan dunia, maka akan terzahirlah tindakan yang luar batas akhlak dan syariat. Sebagaimana firman ALLAH :
Lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan oleh kerana apa yang diusahakan oleh tangan manusia, agar mereka merasai azab. ( Ar Rum : 41)
Timbul pula persoalan kedua. Bagaimana hendak menguatkan roh? Antara perkara-perkara yang boleh menguatkan roh ialah :
1. Menuntut ilmu, kerana dengan ilmu kita dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.
2. Perbanyakkan bertaubat. Taubat akan mencuci dosa-dosa yang dilakukan . Maka hati dan roh akan sentiasa bersih dan bersdia menerima nur iman.
3. Memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat khususnya zikir wirid kerana zikir ini akan mendidik kita untuk selalu mengingati ALLAH.
4. Mujahadah melawan nafsu. Kita berusaha gantikan sifat mazmumah (sifat terkeji) dalam diri dengan sifat mahmudah (sifat terpuji).
5. Menyebarkan ilmu berkaitan iman kepada masyarakat agar masyarakat akan terdidik dan suasana persekitaran yang laksana taman-taman syurga terzahir.
6. Berdoa kepada ALLAH SWT.
Semoga kita berusaha memperbaiki diri kita. Dan kita jadikan hari esok sebagai hari yang lebih baik buat diri kita berbanding hari-hari yang telah berlalu.
0 comments:
Post a Comment