Sunday, April 28, 2013

Posted by lianazulak On 5:22 AM

 KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Diterjemahkan dari teks asal berbahasa arab di فاتبعوني

Tuesday, June 5, 2012

Kitab Abi Syuja'

Posted by lianazulak On 4:59 AM


Oleh Ust Akli Ahmad

Nama kitab : Mukhtasar Abi Syuja' : Matan al-Ghayah wa al-Taqrib
Muallif : al-Imam al-Allamah Abi Syuja' Ahmad Ibnu al-Hussain bin Ahmad al-Asfahani asy-Syafii'

Matan al-Ghayah wa al-Taqrib atau Matan Abi Syuja’ karya al-Imam Abu Syuja’ Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Ashfahani adalah ringkasan fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal. Al-Azhar telah menjadikan kitab al-Iqna’ fi Hall Alfadzh Abi Syuja’ karangan al-Imam al-Khathib al-Syirbini yang merupakan syarah kepada Matan Abi Syuja’ tadi sebagai sukatan pelajaran bagi pelajar peringkat sekolah.

Al-Imam Abu Syuja’ telah mempelajari mazhab Syafi’i lebih dari 40 tahun. Al-Imam al-Silfi berkata: beliau adalah antara orang-orang yang tunggal (dari segi kehebatan, kepandaian, ketokohan, dan sebagainya) pada zamannya. Abu Syuja’ telah diberi umur yang panjang sehinggakan al-‘Allamah al-Dairabi pun mengatakan bahawa beliau pernah hidup selama 160 tahun. Beliau meninggal di al-Madinah al-Munawwarah pada tahun 593 Hijrah.

Matan Abi Syuja’ telah disyarah oleh ramai ulama. Antaranya:
- Al-Imam Abu Bakr bin Muhammad al-Hushni (829 H) dengan kitab Kifayah al-Akhyar
- Al-Imam Ahmad al-Akhshashi (889 H); Syarh Mukhtahsar Abi Syuja’
- Al-Imam Muhammad bin Qasim al-Ghazzi (918 H); Fath al-Qarib al-Mujib
- Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Manufi (931 H); al-Iqna’
- Al-Imam Waliyy al-Din al-Bashir (972 H); al-Nihayah fi Syarh al-Ghayah
- Al-Imam al-Khathib al-Syarbini; telah disebutkan
- Al-Imam Ahmad bin al-Qasim al-‘Abbadi (994 H); Kasyf al-Ghaffar bi Kasyf Mukhabba’at Ghayah al-Ikhtishar.

Rujukan: pendahuluan Mukhtahsar Abi Syuja’ al-Musamma Matan al-Ghayah wa al-Taqrib fi al-Fiqh al-Syafi’i oleh al-Imam Abu Syuja’, cetakan ketiga, tahun 1428H/2007M, Dar al-Salam, Mesir.

Rakaman:
  1. 1
  2. 2
  3. 3





Tuesday, May 22, 2012

Kuliah Ust Akli (Asma Allah,Al-Kharidah Al-Bahiyah,Nurul U'yun)

Posted by lianazulak On 1:50 AM

Madrasah Nabawiyyah

Posted by lianazulak On 1:22 AM

Sunday, February 5, 2012

Kuliah Ust Akli Edisi 3

Posted by lianazulak On 5:26 AM

Al Ajrumiyah

Posted by lianazulak On 5:15 AM


  1. Pertama 4 Feb 2012
  2. Ke-2 7 Feb 2012
  3. Ke-3 3 Feb 2012
  4. Ke-4 23 Feb 2012
  5. Ke- 5
  6. Ke-6
  7. Ke-7
  8. Ke-8
  9. Ke-9
  10. Ke-10
  11. Ke-11
  12. Ke-12
  13. Ke-13

Untuk mudah menghafal..
Al Jurumiyah Chart