Tuesday, May 31, 2011

Kriteria Memilih Calon Isteri

Posted by lianazulak On 5:37 AM


Setelah kita mengetahui tentang tujuan menikah maka Islam juga mengajarkan kepada umatnya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup kerana hidup berumah tangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun saja, akan tetapi diniatkan untuk selama-lamanya sampai akhir hayat kita.

Muslim atau Muslimah dalam memilih calon isteri atau suami tidaklah mudah tetapi membutuhkan waktu. Kriteria memilih harus sesuai dengan syariat Islam. Orang yang hendak menikah, hendaklah memilih pendamping hidupnya dengan cermat, hal ini disebabkan apabila seorang Muslim atau Muslimah sudah menjatuhkan pilihan kepada pasangannya yang akan menjadi sebahagian dalam hidupnya. Wanita yang akan menjadi isteri atau ratu dalam rumah tangga dan menjadi ibu atau pendidik bagi anak-anaknya demikian pula lelaki menjadi suami atau pemimpin rumah tangganya dan bertanggungjawab dalam memberi nafkah bagi anak isterinya. Maka dari itu, janganlah sampai menyesal terhadap pasangan hidup pilihan kita setelah berumah tangga kelak.

Lalu bagaimanakah supaya kita selamat dalam memilih pasangan hidup untuk pendamping kita selama-lamanya? Apakah kriteria-kriteria yang disyariatkan oleh Islam dalam memilih calon isteri atau suami?

A. Kriteria Memilih Calon Isteri
Dalam memilih calon isteri, Islam telah memberikan beberapa petunjuk di antaranya :

1. Hendaknya calon isteri memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak baik kerana wanita yang mengerti agama akan mengetahui tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” 
(Muttafaqun ‘Alaihi)

Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.

Demikian pula Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang Mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu … .” 
(QS. Al Baqarah : 221)

Sehubungan dengan kriteria memilih calon istri berdasarkan akhlaknya, Allah berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” 
(QS. An Nur : 26)

Seorang wanita yang memiliki ilmu agama tentulah akan berusaha dengan ilmu tersebut agar menjadi wanita yang solehah dan taat pada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wanita yang solehah akan dipelihara oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya :
“Maka wanita-wanita yang shalihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh kerana itu Allah memelihara mereka.” 
(QS. An Nisa’ : 34)

Sedang wanita solehah bagi seorang lelaki-lelaki adalah sebaik-baik perhiasan dunia.
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” 
(HR. Muslim)

2. Hendaklah calon isteri itu penyayang dan banyak anak.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pernah bersabda :
Dari Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : 
” … kawinilah perempuan penyayang dan banyak anak … .” 
(HR. Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

Al Waduud bererti yang penyayang atau dapat juga bererti penuh kecintaan, dengan dia mempunyai banyak sifat kebaikan, sehingga membuat lelaki-lelaki berkeinginan untuk menikahinya.
Sedang Al Mar’atul Waluud adalah perempuan yang banyak melahirkan anak. Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak ada dua hal yang perlu diketahui :

  a. Kesihatan fizikal dan penyakit-penyakit yang menghalangi dari kehamilan. Untuk mengetahui hal itu dapat meminta bantuan kepada para specialist. Oleh kerana itu seorang wanita yang mempunyai kesihatan yang baik dan fizikal yang kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak, disamping dapat memikul beban rumah tangga juga dapat menunaikan kewajiban mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai isteri secara sempurna.

  b. Melihat keadaan ibunya dan saudara-saudara perempuan yang telah menikah sekiranya mereka itu termasuk wanita-wanita yang banyak melahirkan anak maka biasanya wanita itu pun akan seperti itu.

3. Hendaknya memilih calon isteri yang masih gadis terutama bagi pemuda yang belum pernah nikah.
Hal ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah secara sempurna dan manfaat yang agung, di antara manfaat tersebut adalah memelihara keluarga dari hal-hal yang akan menyusahkan kehidupannya, menjerumuskan ke dalam berbagai perselisihan, dan menyebarkan kesulitan dan permusuhan. Pada waktu yang sama akan mengeratkan tali cinta kasih suami isteri. Sebab gadis itu akan memberikan sepenuh kehalusan dan kelembutannya kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui, dan mengenalinya. Lain halnya dengan janda, kadangkala dari suami yang kedua ia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sesungguhnya kerana adanya perbezaan yang besar antara akhlak suami yang pertama dan suami yang kedua. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menjelaskan sebagian hikmah menikahi seorang gadis :
Dari Jabir, dia berkata, saya telah menikah maka kemudian saya mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan bersabda beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam : “Apakah kamu sudah menikah ?” Jabir berkata, ya sudah. Bersabda Rasulullah : “Perawan atau janda?” Maka saya menjawab, janda. Rasulullah bersabda : “Maka mengapa kamu tidak menikahi gadis perawan, kamu boleh bermain dengannya dan dia boleh bermain denganmu.”

4. Mengutamakan orang jauh (dari kekerabatan) dalam perkawinan.
Hal ini dimaksudkan untuk keselamatan fizikal anak keturunan dari penyakit-penyakit yang menular atau cacat secara keturunan.
Sehingga anak tidak tumbuh besar dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit-penyakit nenek moyangnya.
Di samping itu juga untuk memperluas pertalian kekeluargaan dan mempereratkan ikatan-ikatan sosial.

*Akan bersambung bagi Kriteria Memilih Calon Suami....

Monday, May 30, 2011

Kriteria Wanita yang Tidak Berguna

Posted by lianazulak On 9:02 AM


1. Perempuan itu tidak guna, guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang

2. Perempuan memang tidak guna, memakai rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan ALLAH dalam ayat 31 surah An-Nur. 

3. Perempuan memang tidak guna, memakai minyak wangi yang baunya semerbak.Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. 
Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. 
Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut. 

4. Perempuan memang tidak guna, bercakap dengan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yak baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.



5. Perempuan tidak guna, buang masa dengan berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat. 

6. Perempuan memang tidak guna, memakai tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh ALLAH tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya. 

7. Perempuan memang tidak guna, bercakap dengan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka ALLAH tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini ,

"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 

'Tunduk' di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "Penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya. 

8. Perempuan memang tidak guna, memakai alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja? 

9. Perempuan tidak guna, memakai kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa 
sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. 



Adakah kita dalam golongan ini?? 
nauzubillah...jauhilah hambaMu dari kejahilan duniawi..

Saturday, May 28, 2011

Ciri-Ciri Wanita Syurga

Posted by lianazulak On 9:31 PM


Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1.
Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman :

" … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."
(An Nisa' : 13)



Cantiknya seorang muslimah..

"awalnya aku tidak percaya diri,
dengan pakaian yg tertutup rapi,
kawan-kawan berkata aku tidak trendy,
tapi abi kata aku cantik begitu pun ummi,

wahai kawan yg bermimpi sanjungan,
cantik bukan bererti BUKA-BUKAAN
cantik bukan bererti selalu BERDANDAN
dan cantik bukan bererti SEORANG PUJAAN

ku ulurkan jilbabku hingga terasa damai hatiku
ku loggarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
ku lakukan semuanya demi cintaku kepada Rabbi-ku
dan ku berbisik dalam hati ku,semoga engkau bahagia melihat ku

andai semua org memahami
cantik lahir bukan lah ukuran
tapi cantik hati memikat semua orang
dan yang utama budi pekerti
seperti yang Rasulullah contohkan.."

Thursday, May 26, 2011

Perbezaan Orang Yang Benar dan Orang Yang Tidak Benar

Posted by lianazulak On 10:09 PM

Sebenarnya amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Islam, adalah merupakan amalan yang dilakukan dalam rangka melaksana taklif dan ia berkewajipan melakukan amalan tersebut walau apa sekalipun keadaan dan suasana yang ditempuhinya. Pada asasnya pelaksanaannya terhadap amalan tersebut secara berterusan, adalah merupakan garis pemisah anatara orang yang benar dengan orang yang tidak benar. Orang yang benar ialah orang yang berterusan melakukan amalan tanpa mengira suasana yang ditempuhinya, baik suasana itu datang mahupun pergi, baik hujan mahupun kemarau. Ia tetap meneruskan amalan tersebut. Pernah ditanya oleh seorang guru: ‘Apakah berlaku pada tuan sesuatu perkara yang tidak diingini, kemanakah seharusnya saya pergi?‘Jawab beliau: ‘Sebenarnya wali-wali Allah itu ramai, tetapi mereka terhalang dari dikenali oleh orang ramai, kerana buruk sangka orang ramai itu sendiri terhadap mereka.’

Sehubungan dengan itu, jika anda mengenali mana dia orang yang benar dan mana dia orang yang tidak benar, tandanya ialah ia berterusan melakukan amalan kerana Allah SWT di dalam setiap keadaan dan suasana yang dihadapinya, sebaliknya orang yang tidak benar ialah orang yang beramal satu atau dua hari sahaja. Apabila orang ramai memberi sambutan yang menggalakkan terhadap amalannya, ia terus beramal, tetapi apabila orang ramai tidak meberi sambutan dan tidak menunjukkan reaksi apa-apa terhadap amalan yang dilakukannya, ia mula meninggalkan amalan tersebut.

Bukti pendustaan seseorang di dalam dakwah ialah melakukan gerakkerja dakwah kepada Agama Allah, tetapi mengaitkannya dengan sambutan orang ramai terhadap dirinya. Misalnya katakan kita mengajar orang ramai. Apabila pelajaran yang diajarkan oleh kita dihadiri oleh seribu orang, kita terus meneruskan pengajaran. Sebaliknya jika pengajaran yang disampaikan oleh kita, tidak mendapat sambutan daripada orang ramai kecuali segelintir sahaja, kita tidak lagi mengajar. Sebenarnya orang yang benar tidak mempedulikan tentang ada sambutan atau tidak ada sambutan daripada orang ramai terhadap kerja-kerja dakwah yang dilakukannya, kerana urusan menambat hati manusia atau tidak, kepada dakwah yang diseru, adalah merupakan kerja Allah dan bukan kerja para pendakwah.

Saya pernah melihat sesetengah guru saya didatangi oleh seorang biasa dan meminta beliau menyampaikan pengajarannya. Guru saya itu tidak menolak jemputan tersebut, malah ia menerimanya dengan senang hati, sebagaimana ia menerima jemputan daripada orang-orang kaya yang dahagakan ilmunya.

Orang yang beramal kerana Allah akan meneruskan amalannya dalam setiap situasi yang ditempuhinya. Ia akan meneruskan amalannya tanpa mengira sama ada menerima sambutan daripada orang ramai atau tidak, sama ada terhasil buah atau tidak dan samaada zahir di sana berita-berita dan isyarat-isyarat yang menggembirakan kemudian setelah itu berita dan isyarat tersebut tidak benar, ia tetap tidak berputus asa dan tidak terjebak ke lembah putus asa itu.

9 Hawa Yang Patut Kita Contohi

Posted by lianazulak On 3:43 AM


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya
dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya
daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Wednesday, May 25, 2011

Untukmu Bakal 'Imam'ku

Posted by lianazulak On 7:59 AM

Untukmu Bakal 'Imam'ku,
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini
dirimu masih rahsia penciptamu..
rahsia yang telah ditentukan untukku
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku

Ketahui namamu tidak menjadi idamanku
apa lagi untuk menatap wajahmu

Menggeletar diri ini
apabila terfikirkan azab Allah
justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu
sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan kami lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu

bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad
yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi
untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu
untuk mendidikku menjadi mujahidah
yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku

melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini
mencintai perjuangan menegakkan Deen ini
berikan ku sepenuh kekuatanmu
dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba
berikanku segala kasihmu jua
agar sujudku kan tegar padaNya
dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid
yang akan menyambung perjuangan baba mereka.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati

yang kau sediakan untuk diriku
agar sebahagian hati mu itu
akan menjadi inspirasi padaku
untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad

Mungkin kau hairan suamiku
mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya

Suamiku,
hatimu itu milik robbul jaleel
dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku

Dari awal lagi sudah ku didik hati ini
bahawa dirimu suami ku bukan milikku
dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku
kalian milik Allah
dan diriku hanya medan
yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini

Wahai suamiku

seadanya diri ini sekarang
hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid

Tersangatlah bimbang diri ini
andai ku gagal mendidik hati
kerana yang kuimpi seorang pejuang
untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid

Wahai suamiku
walau dimana jua dirimu
dan siapa jua dirimu
yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya
sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a'la
bersamalah kita bersyukur
bersyukur dengan mencintai DIA
lebih dari segala isi dunia dan dunia ini
kerana hilang erti pada sebuah kehidupan
andai cinta dari Allah tidak kita balas
andai cinta sementara bisa mmelukakan hati
sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal
membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa

Semoga semuanya terjawab
dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya
biarlah seribu malam berlalu
tapi pastikan ianya berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita
diatas lembaran tahajjud dan istikharahy
InsyaAllah inilah pencarian kita...

Saturday, May 21, 2011

Perumpamaan Pokok Dengan Ibadah Kita

Posted by lianazulak On 11:54 PM


Kadang-kadang seorang Islam yang melaksanakan amalan yang ditaklifkan oleh Allah tidak memperolehi hasil secara segera dan inilah kebanyakan yang berlaku di medan kerja-kerja umum, dakwah kepada agama Allah, jihad dan di medan perubahan Islam yang dituntut dan diingini oleh orang Islam. Tidak munculnya hasil secara segera ini, mengandungi perkembangan dan kebaikan yang berterusan di dalamnya. Ini kerana tabiat manusia suka kepada tergesa-gesa. Firman Allah SWT:
  
Sifat manusia sentiasa ingin menanam tanaman hari ini dan memungut hasilnya pada keesokan hari. Walau bagaimanapun Alah Azza Wajalla mempunyai sunnah-sunnahNya yang telah ditetapkan. Adalah diakui dalam sesetengah aktiviti, seseorang menanam hari ini, telah berjaya memungut hasilnya pada keesokan hari,  namun di dalam sesetangah aktiviti yang lain, seseorang menanam tanaman hari ini, tanaman tersebut tidak menghasilkan sebarang buah, kecuali setelah berlalu 15 tahun selepas itu seperti pokok zaitun misalnya. Terdapat buah-buahan yang tidak mungkin dapat dipungut kecuali setelah berlalu satu tempoh masa tertentu. Selagi anda berusaha mendapatkan hasilnya sebelum masanya, ia sedikitpun tidak memberi faedah kepada anda, bahkan jika anda berusaha juga secara tergesa-gesa untuk mendapatkan buahnya, boleh jadi sikap anda itu akan membuatkan pokok yang anda tanam itu mati. Terdapat sunnah-sunnah ilahi yang wajib diraikan oleh kita, kerana Allah SWT telah menjadikan taklif ilahi berhubungan rapat dengan sebab-sebab zahir dan bukannya dengan perkara-perkara luar biasa yang mencarikkan adat.

Adakah anda ditaklifkan supaya berhubung dengan perkara-perkara luar biasa yang mencarikkan adat? Atau anda ditaklifkan di dalam ruang lingkup sebab-sebab yang zahir yang kadang-kadang disokong oleh Allah dengan kejadian yang luar biasa?

Asal taklif sebenarnya berada di dalam ruang lingkup alam sebab yang zahir. Kadang-kadang Allah SWT menjadikan anda berjaya melampaui alam sebab-sebab yang zahir itu dan kadang-kadang juga tidak. Kerana itu apabila anda beramal dalam rangka melaksanakan taklif ilahi yang diwajibkan ke atas anda, hendaklah anda memerhatikan sunnah-sunnah Allah Azza Wajalla dan sunnah Allah SWT ini, kadang-kadang menghukumkan sesetengah perkara memperolehi hasil agak lewat berbanding yang lain.

Kebanyakan yang berlaku kepada manusia – khususnya yang terlibat di dalam gerak kerja dakwah, pendidikan, jihad dan juga politik- mereka tergesa-gesa untuk  mendapatkan hasil sebelum masanya. Tergesa-gesanya mereka untuk mendapatkan hasil tersebut, bukanlah merupakan asas yang diakui di dalam kehidupan orang Islam. Persoalannya hasil dan buah sebenarnya berkait rapat dengan Allah dan Allah SWT mempunyai hikmah-hikmah tertentu berkaitan dengannya.

Pada hari kiamat nanti, ada di antara ada di antara rasul yang akan dibangkitkan oleh Allah SWT hanya diikuti oleh seorang pengikut sahaja. Ada yang diikuti oleh dua orang pengikut dan ada yang langsung tidak mempunyai pengikut.

Dalam suasana kita melibatkan diri dalam kerja-kerja umum, kadang-kadang kita dapati, hasilnya tidak datang secara segera, sebaliknya agak lewat, persoalannya bagaimana sepatutnya kita berdepan dengan situasi ini? Adakah kita patut berdepan dengannya dengan  perasaan putus asa dan meninggalkan terus kerja-kerja umum itu atau kita terus berinteraksi dengan situasi tersebut dengan penuh kesabaran, disamping mengemaskinikan lagi aktiviti tersebut. Kita perlu melihat adakah terdapat kekurangan dalam amalan yang kita lakukan itu. Firman Allah SWT:

“Dan berapa banyak dari nabi-nabi terdahulu telah berperang dangan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan agama Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Apa yang perlu dibuat ialah mereka perlu melihat balik diri mereka,seterusnya meneguhkan amalan kerana Allah dan dengan Allah, disamping menunjukkan kesabaran yang tinggi di dalam melaksanakan amalan tersebut. Inilah keadaan orang Islam di dalam hidupnya. Ia tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan hasil sebelum tiba masanya.

Ini sesuai dengan keadaan fiqh yang menyatakan:

Mereka perlu terus berinteraksi dengan situasi lambatnya datang hasil tersebut disamping terus mengelokkan amalan, melakukan muhasabah dan bersabar. Tidak ada satu bentuk gantian yang cepat mendatangkan hasil kecuali dalam bentuk meninggalkan aktiviti yang dilakukannya itu, sedangkan meninggalkan aktiviti tersebut tidak harus sama sekali. Begitu juga dengan sikap berputus asa, juga tidak diharuskan sama sekali.

Syeikh Ibn Ata’illah memberi peringatan, dalam kita melakukan sesuatu kerja, jangan hendaknya kita mudah berputus asa dan jangan meninggalkan terus kerja yang sedang kita lakukan itu semata-mata kerana hasilnya lambat diperolehi, sebaliknya kita hendaklah meneruskan kerja tersebut.

Wallahua'lam