Sunday, December 19, 2010

Sajak Tasawuf

Posted by lianazulak On 4:15 AM No comments


MUJAHADAH adalah satu jalan untuk seseorang menuju Allah,
Tanpa mujahadah adalah mustahil Seseorang hamba sampai kepadaNya,
kerana yang menjadi penghalang seseorang itu menuju Allah
ialah syaitan dan nafsunya,

Tapi nafsu adalah lebih menghalang dari syaitan laknatullah,
Kehendak nafsu dengan kehendak Tuhan
biasanya selalu sahaja berlawanan,
Disinilah perlunya bermujahadah bersungguh-sungguh
dan bermati-matian,

Bermujahadah adalah sangat menjemukan,
Bermujahadah adalah terseksa dan menyakitkan,
Tapi disinilah pahalanya yang besar dari Tuhan,
Bermujahadah adakalanya sangat susah dan payah,
Ada juga rahmat Tuhan bermujahadah dipermudahkan,
Tapi para rasul dan nabi dengan anugerah Tuhan dipelihara Tuhan,

Mereka diberi kelebihan tanpa mujahadah menuju Tuhan,
Mereka itu orang istimewa dan orang Tuhan,
Terlepas daripada syaitan dan bebas daripada nafsunya,
Mereka adalah orang pilihan Tuhan,
Kerana mereka hendak dijadikan contoh dan ikutan,
Mereka itu benar-benar orang Tuhan,
Dan wakil Tuhan,
Untuk diikuti oleh manusia berbagai-bagai lapisan,
Kita yang bukan rasul dan nabi ini kenalah bermujahadah,
Didalam bermujahadah mintalah
pertolongan dengan Tuhan,

Agar dibantu Tuhan didalam bermujahadah
melawan nafsu dan syaitan.
Bertawasullah selalu dengan Rasul dan Mursyidnya,
Meminta tolong didalam bermujahadah
agar dipermudahkan oleh Tuhan,

Bermujahadahlah secara istiqamah
dan jangan jemu-jemu,
nanti dengan rahmat Allah mujahadah kita dipermudahkan....
dipetik dari : sajak tasawuf (Menjelang tidur 27-09-1999) PUTERA BANI TAMIM

0 comments: