MAKAN dalam keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan. Rata-rata kita sebagai orang Melayu tahu bahawa itulah cara makan yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Bagaimanapun, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa sebenarnya ia adalah amalan agama. Tepatnya, ajaran Islam dan menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
Ini disebabkan Islam adalah agama yang mencukupi semua aspek kehidupan, termasuk ehwal makan. Jadi, ada makanan halal dan ada yang haram. Islam juga menjelaskan kaitan makanan dengan perkembangan tubuh badan dan bagaimana ia mempengaruhi spiritual dan kesannya kepada emosi manusia.
1. Duduk adalah posisi yang paling baik untuk makan dan minum. Riwayat menyatakan bahawa Nabi s.a.w selalu makan dan minum dalam keadaan duduk. Hikmahnya: Tidak ada pakar kesihatan yang mengatakan bahawa makan hingga terlalu kenyang adalah baik untuk kesihatan kerana makan terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan tidak aktif dan otak menjadi layu dan lemah.
Untuk mengelakkan perkara ini, kita dianjurkan makan dalam keadaan duduk. Dengan duduk, bahagian bawah perut akan kecut dan perkembangannya terhad. Lantas, hanya dengan sedikit makan, ia sudah kenyang. Bagaimanapun, apabila berdiri atau duduk di kerusi, perut mampu menerima makanan tanpa terkawal. Ibarat belon yang tidak ada cengkaman, ia dapat terus diisi dengan angin hingga akhirnya meletup.
Jadi, hidupkan semula budaya Islam dengan makan sambil duduk di atas lantai dalam keadaan bersila atau bersimpuh. Tambahan pula ia adalah sunnah Nabi. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengamalkan satu daripada sunnahku dalam keadaan ramai manusia yang meninggalkannya, maka akan diberikan kepadanya seratus pahala syahid.”
2. Doa sebelum makan yang berbunyi: “Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa a´dzaban naar.” (Ya Allah berkatilah kami apa jua yang Engkau kurniakan dan selamatkanlah kami daripada seksaan neraka)
Hikmahnya: Kebanyakan punca penyakit disebabkan daripada makanan. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mampu menolak segala kemudaratan yang ada dalam makanan. Mudah-mudahan dengan berdoa kepada Allah, kita akan terlindung daripada segala gejala yang ada dalam makanan, umpamanya bakteria yang memamah daging manusia atau yang menyebabkan cirit-birit.
Malah, ada manusia yang dihumbankan ke dalam api neraka kerana makan makanan yang haram. Kita juga tidak mampu mengetahui sebenar-benarnya, adakah makanan yang kita makan itu seratus peratus halal atau tidak. Jadi, kita perlu berdoa agar terhindar daripada api neraka kerana kelalaian memilih makanan.
3. Membaca Bismillah sebelum menjamah makanan.

Hikmahnya: Memulakan makan atau minuman dengan membaca Bismillah dapat mengingatkan seseorang kepada Allah. Jiwa yang ingat kepada Allah akan patuh kepada Allah dan menjauhi makanan yang terlarang.
Ia adalah antara kalimat yang mempunyai kesan amat besar dalam menentukan kesudahan sesuatu tindakan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”
Santapan yang tidak dibaca Bismillah akan dikerumuni oleh syaitan.
4. Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini.
Hikmahnya: Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri / tulang ikan atau tulang ayam.
Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam mengajarkan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.
Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.
Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi s.a.w.
5. Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis.
Hikmahnya: Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.
6. Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”
Islam amat menggalakkan hidup berjemaah. Konsep berjemaah ini bukan sahaja wujud dalam amalan ibadah, bahkan ia juga digalakkan dalam perkara-perkara sosial dan perhubungan.Ia adalah antara kalimat yang mempunyai kesan amat besar dalam menentukan kesudahan sesuatu tindakan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”
Santapan yang tidak dibaca Bismillah akan dikerumuni oleh syaitan.
4. Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini.
Hikmahnya: Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri / tulang ikan atau tulang ayam.
Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam mengajarkan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.
Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.
Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi s.a.w.
5. Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis.
Hikmahnya: Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.
6. Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”
Hikmahnya: Dalam mewujudkan semangat bermasyarakat atau berjemaah, Islam juga menggalakkan agar kita makan bersama-sama dengan saudara yang lain. Makan secara berjemaah akan mewujudkan perhubungan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau makan satu dulang atau hidang ini dapat dijadikan amalan dalam keluarga kerana ia boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama. Sayangnya, budaya makan bersama ini beransur-ansur pupus.
Dalam peradaban makan bersama, jangan ada yang bangun terlebih dahulu sehingga yang lain semua sudah selesai makan.
7. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makanan, maka makanlah daripada makanan yang dekat dengannya dan janganlah dia mengambil makanan daripada orang yang di sebelahnya.”
Hikmahnya: Inilah antara keindahan peradaban makan dalam Islam. Bak kata pepatah Inggeris, ‘action speaks louder’ atau sikap akan mencerminkan peribadi seseorang. Melalui cara ini, diharapkan perasaan rakus dan mementingkan diri akan terkawal dan semangat mengutamakan orang lain dan bertolak ansur dapat terbina pada diri orang berkenaan.
Akibat daripada hilangnya budaya ini dalam majlis-majlis makan masa kini, kita dapat melihat, khususnya pada generasi anak-anak yang bersikap biadab, tamak, dan mementingkan diri sendiri.
8. Kita juga disaran membaca doa selepas makan, yang berbunyi, “Alhamdulillahiladzi ata´manaa wa saqaanaa wa jaa´lanaa muslimin.” (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami di kalangan orang-orang Muslim)
Hikmahnya: Segala kebaikan datangnya daripada Allah, apa jua kebaikan yang Allah mahu berikan tiada yang dapat menghalangnya dan apa jua keburukan yang dihalang oleh Allah, maka tiada siapa yang mampu mengenakannya.
Dengan membaca doa ini, mudah-mudahan kita akan terus dikurniakan rezeki dan tidak keputusan kerana Allah swt menjanjikan orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat-Nya.
Mudah-mudahan dengan doa ini, segala makanan tidak halal yang termasuk dalam mulut kita tanpa pengetahuan akan dimaafkan.
Sebenarnya, ada banyak lagi perkara berkaitan makan dan makanan yang termaktub dalam ajaran Islam yang amat baik untuk kita jadikan amalan.

0 comments:
Post a Comment