Tuesday, June 28, 2011

Adab-Adab Seorang Murid Terhadap Gurunya

Posted by lianazulak On 3:12 AM




Imam al Ghazali ada menulis berkenaan Adab Adab Seorang Murid Terhadap Gurunya. Berkata Imam Al-Ghazali:

“Jika engkau seorang murid maka  beradablah kepada gurumu dengan adab yang mulia:
1.      Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu

2.      Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya

3.      Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

4.      Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

5.      Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.

6.      Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.

7.      Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.

8.      Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.

9.      Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.

10.  Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.

11.  Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.

12.  Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.

13.  Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya. Dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam  Surah Al-Kahfi, ayat 71 yang maksudnya:

“Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar.”

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkaran itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.


Monday, June 20, 2011

Sajak Serikandi Islam

Posted by lianazulak On 2:21 AM

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
Menjalin agung sebuah cinta
Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH
Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan
Gedung ilmu SITI AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
Mengendong puteranya yang masih merah
Di padang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda
Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
Tenggelam asyik dalam UBUDIYAH
Biar tersingkap segala hijab
Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati
Lantas ku serah cinta ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI
Terluka terseksa terhina terpenjara
Terkurung jasad di celahan janji kaku
Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah
Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH
Berteman pena menongkah kepayahan
Roh jihad perlu disemarakkan
Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya

Aduhai, meskipun aku hanyalah perawan
Yang jiwanya tak sekental ASMA
Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH
Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah
Namun relalah aku..
Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
Kan kuteguh menatang amanah ini
Mewarisi kegemilangannya
SERIKANDI UMMAH
Hanya kerana Islam merindui
Kemunculan peribadi mukminah
Muslimah mujahidah..
Yang rela mati dalam keunggulan iman
Terpanggang indah bagaikan harumnya pusara MASYITAH
Jika Islam itu kan kudaulatkan..

Friday, June 17, 2011

77 Cabang Iman

Posted by lianazulak On 12:04 AM



Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah mebuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” (Ashhabus Sittah).

Banyak ahli hadits yang menulis risalah mengenai cabang iman di antaranya ialah : Abu Abdillah Halimi rah a dalam Fawaidul Minhaj, Imam Baihaqi rah a dalam Syu’bul Iman, Syaikh Abdul Jalil rah a dalam Syu’bul Iman, Ishaq bin Qurthubi rah a dalam An Nashaih, dan Imam Abu Hatim rah a dalam Washful Iman wa Syu’buhu.

Para pensyarah kitab Bukhari rah a menjelaskan serta mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab-kitab tersebut. Walhasil pada hakikatnya iman yang sempurna itu mempunyai 3 (tiga) bagian :
1.Tashdiq bil Qalbi, yaitu meyakini dengan hati,
2.Iqrar bil Lisan, mengucapkan dengan lisan, dan
3.Amal bil Arkan, mengamalkan dengan anggota badan.

Cabang iman terbagi lagi menjadi 3 (tiga) bagian, yaitu yang berhubungan dengan :
1)      Niat, aqidah, dan amalan hati;
2)      Lidah; dan
3)      Seluruh anggota tubuh.

1. Yang Berhubungan dengan Niat, Aqidah, dan Hati
1)      Beriman kepada Allah, kepada Dzat-Nya, dan segala sifat-Nya, meyakini bahwa Allah adalah Maha Suci, Esa, dan tiada bandingan serta perumpamaannya.
2)      Selain Allah semuanya adalah ciptaan-Nya. Dialah yang Esa.
3)      Beriman kepada para malaikat.
4)      Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada para Rasul-Nya.
5)      Beriman kepada para Rasul.
6)      Beriman kepada takdir yang baik maupun buruk, bahwa semua itu dating dari Allah.
7)      Beriman kepada hari Kiamat, termasuk siksa dan pertanyaan di dalam kubur, kehidupan setelah mati, hisab, penimbangan amal, dan menyeberangi shirat.
8)      Meyakini akan adanya Syurga dan Insya Allah semua mukmin akan memasukinya.
9)      Meyakini neraka dan siksanya yang sangat pedih untuk selamanya.
10)  Mencintai ALLAH
11)  Mencintai karena Allah dan membenci karena Allah termasuk mencintai para sahabat, khususnya Muhajirin dan Anshar, juga keluarga Nabi Muhammad saw dan keturunannya.
12)  Mencintai Rasulullah saw, termasuk siapa saja yang memuliakan beliau, bershalawat atasnya, dan mengikuti sunnahnya.
13)  Ikhlash, tidak riya dalam beramal dan menjauhi nifaq.
14)  Bertaubat, menyesali dosa-dosanya dalam hati disertai janji tidak akan mengulanginya lagi.
15)  Takut kepada Allah.
16)  Selalu mengharap Rahmat Allah.
17)  Tidak berputus asa dari Rahmat Allah.
18)  Syukur.
19)  Menunaikan amanah.
20)  Sabar.
21)  Tawadhu dan menghormati yang lebih tua.
22)  Kasih saying, termasuk mencintai anak-anak kecil.
23)  Menerima dan ridha dengan apa yang telah ditakdirkan.
24)  Tawakkal.
25)  Meninggalkan sifat takabbur dan membanggakan diri, termasuk menundukkan hawa nafsu.
26)  Tidak dengki dan iri hati.
27)  Rasa malu.
28)  Tidak menjadi pemarah.
29)  Tidak menipu, termasuk tidak berburuk sangka dan tidak merencanakan keburukan atau maker kepada siapapun.
30)  Mengeluarkan segala cinta dunia dari hati, termasuk cinta harta dan pangkat.

2. Yang Berhubungan dengan Lidah
31)  Membaca kalimat Thayyibah.
32)  Membaca Al Quran yang suci.
33)  Menuntut ilmu.
34)  Mengajarkan ilmu.
35)  Berdoa.
36)  Dzikrullah, termasuk istighfar.
37)  Menghindari bicara sia-sia.

3. Yang berhubungan dengan Anggota Tubuh
38)  Bersuci. Termasuk kesucian badan, pakaian, dan tempat tinggal.
39)  Menjaga shalat. Termasuk shalat fardhu, sunnah, dan qadha’.
40)  Bersedekah. Termasuk zakat fitrah, zakat harta, member makan, memuliakan tamu, serta membebaskan hamba sahaya.
41)  Berpuasa, wajib maupun sunnah.
42)  Haji, fardhu maupun sunnah.
43)  Beriktikaf, termasuk mencari lailatul qadar di dalamnya.
44)  Menjaga agama dan meninggalkan rumah untuk berhijrah sementara waktu.
45)  Menyempurnakan nazar.
46)  Menyempurnakan sumpah.
47)  Menyempurnakan kifarah.
48)  Menutup aurat ketika shalat dan di luar shalat.
49)  Berkorban hewan, termasuk memperhatikan hewan korban yang akan disembelih dan menjaganya dengan baik.
50)  Mengurus jenazah.
51)  Menunaikan utang.
52)  Meluruskan mu’amalah dan meninggalkan riba.
53)  Bersaksi benar dan jujur, tidak menutupi kebenaran.
54)  Menikah untuk menghindari perbuatan keji dan haram.
55)  Menunaikan hak keluarga dan sanak kerabat, serta menunaikan hak hamba sahaya.
56)  Berbakti dan menunaikan hak orang tua.
57)  Mendidikan anak-anak dengan tarbiyah yang baik.
58)  Menjaga silaturrahmi.
59)  Taat kepada orang tua atau yang dituakan dalam agama.
60)  Menegakkan pemerintahan yang adil
61)  Mendukung jemaah yang bergerak di dalam kebenaran.
62)  Mentaati hakim (pemerintah) dengan syarat tidak melanggar syariat.
63)  Memperbaiki mu’amalah dengan sesama.
64)  Membantu orang lain dalam kebaikan.
65)  Amar makruh Nahi Mungkar.
66)  Menegakkan hukum Islam.
67)  Berjihad, termasuk menjaga perbatasan.
68)  Menunaikan amanah, termasuk mengeluarkan 1/5 harta rampasan perang.
69)  Memberi dan membayar utang.
70)  Memberikan hak tetangga dan memuliakannya.
71)  Mencari harta dengan cara yang halal.
72)  Menyumbangkan harta pada tempatnya, termasuk menghindari sifat boros dan kikir.
73)  Memberi dan menjawab salam.
74)  Mendoakan orang yang bersin.
75)  Menghindari perbuatan yang merugikan dan menyusahkan orang lain.
76)  Menghindari permainan dan senda gurau.
77)  Menjauhkan benda-benda yang mengganggu di jalan.

Wednesday, June 15, 2011

‘Cermin’ Peribadi Daripada Makan

Posted by lianazulak On 11:57 PM


MAKAN dalam keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan. Rata-rata kita sebagai orang Melayu tahu bahawa itulah cara makan yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Bagaimanapun, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa sebenarnya ia adalah amalan agama. Tepatnya, ajaran Islam dan menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
Ini disebabkan Islam adalah agama yang mencukupi semua aspek kehidupan, termasuk ehwal makan. Jadi, ada makanan halal dan ada yang haram. Islam juga menjelaskan kaitan makanan dengan perkembangan tubuh badan dan bagaimana ia mempengaruhi spiritual dan kesannya kepada emosi manusia.
1. Duduk adalah posisi yang paling baik untuk makan dan minum. Riwayat menyatakan bahawa Nabi s.a.w selalu makan dan minum dalam keadaan duduk. 
Hikmahnya: Tidak ada pakar kesihatan yang mengatakan bahawa makan hingga terlalu kenyang adalah baik untuk kesihatan kerana makan terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan tidak aktif dan otak menjadi layu dan lemah.

Untuk mengelakkan perkara ini, kita dianjurkan makan dalam keadaan duduk. Dengan duduk, bahagian bawah
perut akan kecut dan perkembangannya terhad. Lantas, hanya dengan sedikit makan, ia sudah kenyang. Bagaimanapun, apabila berdiri atau duduk di kerusi, perut mampu menerima makanan tanpa terkawal. Ibarat belon yang tidak ada cengkaman, ia dapat terus diisi dengan angin hingga akhirnya meletup.

Jadi, hidupkan semula budaya Islam dengan makan sambil duduk di atas lantai dalam keadaan
bersila atau bersimpuh. Tambahan pula ia adalah sunnah Nabi. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengamalkan satu daripada sunnahku dalam keadaan ramai manusia yang meninggalkannya, maka akan diberikan kepadanya seratus pahala syahid.”



2. Doa sebelum makan yang berbunyi: “Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa a´dzaban naar.” (Ya Allah berkatilah kami apa jua yang Engkau kurniakan dan selamatkanlah kami daripada seksaan neraka)


Hikmahnya: Kebanyakan punca penyakit disebabkan daripada makanan. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mampu menolak segala kemudaratan yang ada dalam makanan. Mudah-mudahan dengan berdoa kepada Allah, kita akan terlindung daripada segala gejala yang ada dalam makanan, umpamanya bakteria yang memamah daging manusia atau yang menyebabkan cirit-birit.


Malah, ada manusia yang dihumbankan ke dalam api neraka kerana makan makanan yang haram. Kita juga tidak mampu mengetahui sebenar-benarnya, adakah makanan yang kita makan itu seratus peratus halal atau tidak. Jadi, kita perlu berdoa agar terhindar daripada api neraka kerana kelalaian memilih makanan.


3. Membaca Bismillah sebelum menjamah makanan.
Hikmahnya: Memulakan makan atau minuman dengan membaca Bismillah dapat mengingatkan seseorang kepada Allah. Jiwa yang ingat kepada Allah akan patuh kepada Allah dan menjauhi makanan yang terlarang.


Ia adalah antara kalimat yang mempunyai kesan amat besar dalam menentukan kesudahan sesuatu tindakan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”


Santapan yang tidak dibaca Bismillah akan dikerumuni oleh syaitan.


4. Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini.


Hikmahnya: Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri / tulang ikan atau tulang ayam.


Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam mengajarkan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.


Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.


Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi s.a.w.


5. Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis.


Hikmahnya: Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.



6. Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”
Islam amat menggalakkan hidup berjemaah. Konsep berjemaah ini bukan sahaja wujud dalam amalan ibadah, bahkan ia juga digalakkan dalam perkara-perkara sosial dan perhubungan.
Hikmahnya: Dalam mewujudkan semangat bermasyarakat atau berjemaah, Islam juga menggalakkan agar kita makan bersama-sama dengan saudara yang lain. Makan secara berjemaah akan mewujudkan perhubungan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau makan satu dulang atau hidang ini dapat dijadikan amalan dalam keluarga kerana ia boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama. Sayangnya, budaya makan bersama ini beransur-ansur pupus.

Dalam peradaban makan bersama, jangan ada yang bangun terlebih dahulu sehingga yang lain semua sudah selesai makan.

7. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makanan, maka makanlah daripada makanan yang dekat dengannya dan janganlah dia mengambil makanan daripada orang yang di sebelahnya.

Hikmahnya: Inilah antara keindahan peradaban makan dalam Islam. Bak kata pepatah Inggeris, ‘action speaks louder’ atau sikap akan mencerminkan peribadi seseorang. Melalui cara ini, diharapkan perasaan rakus dan mementingkan diri akan terkawal dan semangat mengutamakan orang lain dan bertolak ansur dapat terbina pada diri orang berkenaan.

Akibat daripada hilangnya budaya ini dalam majlis-majlis makan masa kini, kita dapat melihat, khususnya pada generasi anak-anak yang bersikap biadab, tamak, dan mementingkan diri sendiri.

8. Kita juga disaran membaca doa selepas makan, yang berbunyi, “Alhamdulillahiladzi ata´manaa wa saqaanaa wa jaa´lanaa muslimin.” (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami di kalangan orang-orang Muslim)

Hikmahnya: Segala kebaikan datangnya daripada Allah, apa jua kebaikan yang Allah mahu berikan tiada yang dapat menghalangnya dan apa jua keburukan yang dihalang oleh Allah, maka tiada siapa yang mampu mengenakannya.

Dengan membaca doa ini, mudah-mudahan kita akan terus dikurniakan rezeki dan tidak keputusan kerana Allah swt menjanjikan orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat-Nya. 

Mudah-mudahan dengan doa ini, segala makanan tidak halal yang termasuk dalam mulut kita tanpa pengetahuan akan dimaafkan.

Sebenarnya, ada banyak lagi perkara berkaitan makan dan makanan yang termaktub dalam ajaran Islam yang amat baik untuk kita jadikan amalan.

Tuesday, June 14, 2011

Jagalah Lisanmu

Posted by Khaulah Al-Azwar On 7:08 AM


“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya”
[QS al-Isra’, 17:36]

Perkataan seseorang tidak akan berguna jika ia mengucapkan perkataan yang sia-sia. Sebaliknya, ia hanya akan berguna dan terjaga apabila hanya mengharapkan keuntungan dan peningkatan dalam agamanya. Jika seseorang itu ingin mengatakan sesuatu, maka dia akan melihat, apakah dalam perkataannya itu mengandungi kebaikan dan faedah atau tidak. Jika dalam perkataannya tidak mengandung manfaat, maka ia akan menahan ucapannya itu.

Jika kita ingin mengutarakan apa yang ada di dalam hati kita, maka ungkapkanlah dengan lisan. Kerana, lisan akan mengungkapkan segala apa yang ada di dalam hati, baik ia menginginkan sesuatu atau atau ia menolak sesuatu.

Yahya bin Mu’adz berkata,
“Hati bagaikan periuk yang mendidih kerana apa yang ada di dalamnya dan lisan adalah gayungnya. Lihatlah seseorang ketika ia berbicara kerana sesungguhnya lisannya yang akan mencedok segala apa yang ada dalam hatinya; dari yang manis, yang asam, yang tawar, yang masin atau yang lainnya, dan akan menjelaskan kepadamu segala cita rasa yang ia inginkan dengan perantara lisannya.”
Selalunya, kita akan merasakan makanan yang ada di dalam bekas dengan lisan kita, maka barulah pengetahuan akan makanan itu akan diketahui dengan hakikat yang sebenarnya. Begitu juga dengan cita rasa yang ada di dalam hati seseorang. Ianya hanya dapat diketahui melalui lisannya.

Muhammad SAW pernah ditanya mengenai sesuatu yang menjadi penyebab utama dimasukkannya manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab:
“Mulut dan kemaluan.”  
[HR Ahmad, Ibn Majah, dan at-Tirmidzi]
Mu’adz juga pernah bertanya kepada Muhammad SAW tentang perbuatan yang dapat memasukkan seseorang ke dalam syurga dan menjauhkan dari neraka. Muhammad SAW pun memberitahukan pokok perkara dalam islam dan puncak tertingginya. Baginda bersabda:
“Mahukah engkau aku beritahu tentang perkara yang boleh menjaga hal tersebut?”
Mu’adz menjawab,
“Mahu, Ya Rasulullah”
Kemudian Muhammad SAW memegang lisannya seraya bersabda,
“Jagalah oleh mu ini (lisan)” 
Mu’adz bertanya,
“Bukankah kita akan dimintai pertanggungjawaban dari segala apa yang kita katakan?”
Muhammad SAW menjawab,
“Celakalah engkau wahai wahai Mu’adz! Bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka dengan wajah tersungkur adalah akibat lidah mereka? 
[HR at-Tirmidzi]


Namun secara realitinya, ramai di antara kita yang lebih mudah untuk menjaga dirinya daripada memakan sesuatu yang haram, berbuat zalim, berzina, mencuri, meminum khamar, memandang sesatu yang diharamkan dan sebagainya. Tetapi, sangatlah amat payah untuk kita menjaga lidah kita. Bahkan, seseorang yang terkenal dengan agamanya, ibadahnya, dan kezuhudannya, boleh sahaja mengatakan perkataan yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah. Dan lebih malang lagi jika dia tidak merasakan bahawa perkataannya itu tercela. Dia mengatakan satu ucapan yang ucapan itu jauh antara timur dan barat.


Berapa ramai pula manusia yang mampu menjaga diri dari kekejian dan kezaliman, namun lidahnya berdusta dengan kedustaan yang mencapai puncaknya. Sampai-sampai dia tidak peduli dengan apa yang dia katakan. Jika kita ingin mengetahui hal apa itu, lihatlah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam shahihnya dari hadits Jundub bin Abdullah. Muhammad SAW bersabda:
“Seseorang berkata, ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si Fulan,’ maka Allah berfirman, ‘Barang siapa yang bersumpah kepada-Ku bahawa aku tidak akan mengampun si Fulan, sesungguhnya Aku telah mengampuni si Fulan dan Aku akan menghapuskan segala amal perbuatanmu."


Nauzubillah min dzalik. Inilah gambaran seseorang yang mungkin ibadahnya sangat hebat kepada Allah dengan melakukan apa sahaja yang dikehendaki Allah, namun hanya dengan satu kata sahaja, seluruh amal perbuatannya terhapus kerana perkataannya.



Perkara seperti ini ditegaskan dalam hadits Abu Hurairah, Abu Hurairah berkata, 
“Bicaralah hanya dengan satu ucapan, maka apa yang kamu usahakan di dunia dan akhirat semuanya akan musnah.”


Di dalam Shahihain dari hadits Abu Hurairah dari Muhammad SAW, baginda bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba yang mengatakan satu perkataan dari apa yang Allah redha kemudian dia tidak menghiraukannya, maka Allah akan mengangkat darjatnya. Dan sesungguhnya seorang hamba dengan mengatakan satu perkataan yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah kemudian dia tidak memikirkan akibatnya, maka dia akan dilempar ke dalam jahannam.”  
[HR Bukhari]


Imam at-Tirmidzi juga menyebutkan dengan sanad yang shahih dari Muhammad SAW:
“Di antara tanda-tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi dirinya” 
[HR Muslim dan at-Tirmidzi]


Di dalam hadits lain juga ditegaskan:
“Apabila seseorang bangun di waktu pagi, maka sesungghunya anggota badannya itu tunduk kepada lisannya. Anggota badan itu berkata kepada lisan : takutlah engkau kepada Allah dalam menjaga hak-hak kami, kerana sesungguhnya kami akan mengikutimu, jika kamu istiqomah (dalam ketaqwaan) maka kami juga akan istiqomah, namun jika kamu berbelok maka kami juga akan berbelok.”


Maka, marilah kita sama-sama memerhatikan semula, apa yang mahu dikatakan oleh lidah kita. Agar segala yang keluar itu bukan sahaja bermanfaat untuk diri insan yang sedang mendengarnya, tetapi yang penting adalah setiap kata-kata kita itu akan bermanfaat dan menjadi peringatan untuk diri kita sendiri.


Lidah adalah senjata yang sangat berbahaya. Namun kita kena ingat bahawa sesuatu yang berbahaya itu jika kita mampu mengawalnya dengan benar, iaitu dengan tatacara Islam, maka ia akan menjadi satu senjata yang sangat hebat dalam memberikan manfaat untuk Islam itu sendiri, dan kepada pemiliknya.

Ingat kembali pesan Allah kepada kita,
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya” 
[QS al-Isra’, 17:36]
Wa Allahu ‘Alam
p/s: bukan nak menghalang para dai'e dari berkata-kata, cuma mengharapkan agar kata-kata kita selepas ini lebih bernadakan Islam dengan hujah, agar kita tidak rugi dengan penat lelah kita berkata-kata... =)

Saturday, June 11, 2011

Sajak Muslimah Yang Dikasihi

Posted by lianazulak On 10:45 PM

Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. 

Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. 

Kelak engkaulah yang bertuah menjadi tetamu Allah. 
Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Muslimah yang dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya

Pasti engkau yang bahagia. 
Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti
permata yang berharga di celahan kaca.
Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya.
Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu
di dada. 
Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. 
Moga ia menjadi perisai buat dirimu. 
Jangan kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak di duga.