Saturday, October 23, 2010

Syariah, Tareqat dan Hakikat

Posted by lianazulak On 8:09 AM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita masih dikurniakan nikmat Islam dan Iman sehingga sekarang. Apa yang ana sampaikan di sini ialah apa yang ana tahu dan ana ingin sampaikan kepada sahabat-sahabat. Ana pernah bertanya kepada Ust Akli(pernah mengajar kami kitab di sini),”Ust, apa itu tareqat?”. Kerana soalan ini sentiasa bermain difikiran ana sehingga ana bermimpi-mimpi untuk mengetahuinya.


Kenal tak sheikh Abdul Qadir Jilani? Kalau kenal, mungkin antum tahu yang beliau adalah ulama tersohor yang merupakan golongan ahli sufi yang terkenal. Beliau juga merupakan anak kepada Abu Soleh (dari keturunan cucu-cicit Rasulullah s.a.w dr. Saidatina Fatimah) dan ibunya ummu khair. Kata sheikh Abdul Qadir, sesiapa yang mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi. Bagaimana pemahaman kita tentang qalam ini? Di sini dinukilkan pendapat ana, mudah-mudahan inilah permulaan terbaik untuk mengajak diri ana sendiri dan sahabat melihat kepada keperluan ilmu syariat, tareqat, ilmu hakikat seterusnya mengenal Allah. Wallahua’lam.


Sebenarnya mempelajari syariah adalah kewajipan kita. Syariah berkait rapat dengan perlaksanaan setiap rukun Islam dan Iman berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Syariah menurut metodologi ilmu Islam bererti apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk para hambanya baik tentang akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan apa sahaja tata hidup di dunia ini. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap syariah Islam, sudah cukup menjadikan seseorang mukmin itu bertaqwa kepada Allah. Apabila berlakunya penyelewangan akidah dan sebagainya, tidak lain dan tidak bukan kerana jahilnya seseorang terhadap hukum syariah. Begitu juga bila berlaku maksiat dan kerosakan, juga disebabkan manusia jahil terhadap hukum syariah. Pendek kata semua fardhu ain dan fardhu kifayah terangkum dalam syariah. Sebelum kita pandang kepada orang lain, cuba semak diri kita sendiri, adakah kita ni dah settle bab-bab syariah ni? Bila orang tanya hukum itu dan ini, kita tahu tak? Dan bila kita sendiri menjalani kehidupan sehari-hari, kita tahu tak bezakan mana satu yang syubhah dan sebagainya? Sebagai contoh mudah, kita tahu tak hukum dalam solat, mana satu yang muakkad atau tidak? Mana satu takbir yang disunatkan dalam rukun? Adakah sah membaca al-Fatihah tanpa Bismillah? Boleh tak berimamkan orang yang solat sunat atau solat jamak sedangkan kita solat fardhu? Bila kurang rakaat dan sedar selepas salam apa yang harus dibuat? Ini belum masuk bab puasa, muamalat, harta pusaka, pengurusan jenazah dan sebagainya. Semuanya berkait dengan syariah. Adalah salah kalau kita fikir hanya ustazah je yang perlu tahu ni semua, dan kita tak perlu tahu. Sedangkan tiada bezanya antara kita dengan ustazah di alam barzakh dan di mahsyar nanti. Kita semua akan disoal dengan soalan-soalan yang sama. Yang pasti perbezaan di sisi Allah adalah taqwa. Tak kira siapa pun kalau nak jadi orang yang bertaqwa perlu arif dalam syariah Islam. Sebabnya kejahilan boleh menyebabkan kita tergelincir dari landasan agama. Baiklah, ini baru bab syariah. Belum masuk tareqat..


Sebenarnya orang yang belum menguasai syariah dengan sepenuhnya tidak akan mampu berada di atas tareqat. Hal ini bukan tareqat yang sesat tu, yang ni maksud ana tareqat Islam. Sebab ilmu tareqat merupakan landasan yang dilalui oleh seorang Mukmin yang sangat memahami syariah untuk melihat hakikat sebenar setiap perkara yang ditentukan Allah. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak tahu rukun-rukun solat dengan sepenuhnya, kita tidak akan merasai hakikat kemanisan solat. Sebabnya bab syariah kita belum settle lagi. Yela, kalau dah bacaan tak sempurna, maksud bacaan tak difahami serta sunnat dan wajib dalam solat tak dapat dibezakan, bagaimana nak mendapat khusyuk?. Jalan ke arah mencapai hakikat dalam setiap hukum yang ditetapkan Allah itu dikenali sebagai ilmu tareqat. Namun ada di kalangan ahli tareqat di Malaysia mudah terpesong atau sesat sebabnya mereka sendiri belum menguasai syariah. Dari situ mereka mudah terpedaya dengan ajaran tok guru sebab diorang masih jahil bab-bab syariah. Ini baru tareqat. Atas sedikit je dari syariah. Tapi bagi orang-orang yang benar-benar ahli dalam bab syariah, mereka adalah orang-orang yang berada di atas landasan tareqat yang benar.


Baiklah, beralih kepada ilmu hakikat. Apabila syariat seseorang tu dah faqeh atau ‘ahli’, dan menempuh jalan tareqat dalam memahami setiap rukun, barulah akhirnya seseorang itu mampu melihat hakikat. Dalam keadaan ini, seseorang yang memiliki atau memahami hakikat setiap rukun akan mampu menterjemah hadith dan mentafsir al-Quran dengan baik. Setiap firman Allah dapat diterjemahkan dalam bentuk yang jelas dan tepat. Dan orang-orang sebegini sebenarnya adalah orang-orang yang mampu mencipta sejarah mereka sendiri seperti imam syafe’i yang mampu memperincikan hukum al-Quran dalam bentuk yang mudah difahami dan diterima pakai oleh sebilangan besar ummat Islam. Dan mazhab syafe’i ini menjadi pemudah dalam setiap urusan ummat manusia. Bila dah ikut mazhab, manusia-manusia yang masih belum mengusai syariah hanya perlu mengikut hukum mazhab tanpa perlu bersusah payah mentafsir sendiri al-Quran dan menghafaz setiap hadith Rasulullah. Ramai lagi di kalangan ulama tersohor yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang ilmu hakikat kerana mereka ini adalah dari golongan huffaz dan ulama hadith yang menguasai keseluruhan ilmu syariah. Contohnya seperti imam Hambali, Maliki, Hanafi, Syed Qutb, Hasan al-Banna, Syeikh abd Qadir, ibnu Taimiyyah, Imam Ahmad, Baihaqi, al-Ghazali, at-Thobari dan lain-lain. Tapi sayang, mereka ni adalah dari golongan tabi’ tabiin(ulama zaman dahulu) dan tidak seorang pun ummat hari ini yang mampu mengikut jejak mereka. Yang tinggal hari ini hanyalah kitab-kitab yang ditinggalkan untuk manusia-manusia dhaif seperti kita untuk mengkajinya. Apa yang ana tahu, setiap perkara yang ditafsirkan oleh mereka adalah bersandarkan ketinggian ilmu pengetahuan dan bukan kepada logik akal semata mata. Jika kita ingin meletakkan diri kita setanding dengan mereka(cuba memahami hakikat) atau ingin mentafsir sendiri al-Quran dan hadith(kerana tak bleh terima pandangan mereka) pastikan kita ini dari kalangan orang yang benar-benar sudah menguasai syariah islam serta haffaz al-Quran dan keseluruhan hadith sahih. Bahkan kita dibenarkan tidak mengikut mana-mana mazhab seandainya penguasaan kita terhadap ilmu syariah adalah sangat tinggi. Pada waktu itu barulah kita boleh meyakini bahawa pendapat kita adalah kerana ilmu yang luas, bukan semata-mata memberi pendapat tapi masih jahil dalam ilmu.


Rujuk balik Qalam Syeikh abdul Qadir Jilani tadi, mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi. Kalau syariah masih jahil tapi dah melihat hakikat, hakikat tu batal sebab ramai orang yang mengaku mengetahui hakikat ilmu pengetahuan tapi masih jahil syariat Islam. Contohnya macam ajaran ayah pin tu, kononnya dah boleh berinteraksi dengan kerajaan langit dan sebagainya(mereka merasa itu hakikat) tapi yang sebenarnya hakikat mereka itu batal kerana kejahilan mereka pada ilmu syariah. Kita sendiri, pastikan diri kita memahami syariah dengan mendalam kalau nak memahami hakikat pada setiap hukum dan firman Allah. Takut-takut kita boleh tersimpang dan tersasar dari landasan sebenar kerana kejahilan kita. Dan apabila kita sudah menguasai syariah, barulah kita akan dapat memahami hakikat setiap perkara kerana tanpa hakikat, kita akan rugi. Sekarang ni muhasabah diri kita, sejauh mana pemahaman kita pada syariah Islam. Kalau masih cetek, belajarlah. Utamakan syariah. Tinggalkan dulu perkara-perkara hakikat yang cuba kita cari kerana hakikat hanya boleh dilihat oleh mata hati yang diterangi dengan ilmu pengetahuan yang mantap. Ana menasihatkan diri sendiri dan sahabat. Dalamilah syariah Islam.


Ilmu makrifat pula. Sedikit sekali dalam pengetahuan manusia dan hanya Allah yang lebih mengetahui. Ilmu ini hanya dikurniakan kepada hamba-hamba yang terpilih dan sudah melihat hakikat dalam setiap ketentuan Allah. Orang yang berada pada tahap ini akan dapat mengenal Allah( kenal bukan beerti lihat-kenal melalui asma’ dan sifat-sifat wajib), khusyuk dalam setiap pekerjaannya, dan sentiasa mengingati Allah pada setiap hembusan nafasnya. Ketika solat, mereka dapat merasakan seolah-olah mereka sedang diperhatikan Allah hingga gementar setiap urat saraf kerana ketakutan dan malu kepada Allah. Mereka tenggelam dalam kekhusyukan dan rasa cinta kepada Allah. Mereka yang memiliki ilmu makrifat ini, seandainya melakukan pekerjaan, mereka akan melakukan bersungguh-sungguh kerana niat mereka hanya kerana Allah. Mereka akan sesungguh hati mencari dan menggali ilmu Allah supaya mereka dapat mengenal Allah dan setiap usaha mereka akan memantapkan akidah serta mendekatkan diri kepada Allah. Kerana itu, mereka terus-menerus melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah. Seandainya, mereka tersilap atau terlupa, mereka segera bertaubat dengan taubat nasuha dan istiqamah dalam beramal ibadah. Orang-orang sebeginilah yang akan menggoncang dunia dengan kehebatan ilmu kerana keihklasan mereka kepada Allah. Mereka akan mampu mencipta sejarah dan mencorak tamadun. Golongan sebegini akan menguasai dunia dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan iman. Percayalah, Islam akan tertegak kerana adanya golongan manusia yang sebegini. Islam akan kembali gah seandainya manusia-manusia yang mengaku tiada tuhan selain Allah dan Muhammad Rasulullah sudah menguasai syariah, tareqat, hakikat dan makrifat. Kerana segala macam ilmu di dunia ini terangkum di bawah syariat Allah. Tidak ada satupun ilmu yang terpisah dari hukum Allah. Cuma hati-hati yang buta tidak dapat melihatnya. Kerana itu, mereka yang mengaku dan merasa maju dengan ilmu mereka tapi meninggalkan tauhid kepada Allah akhirnya akan menemui kehancuran. Percayalah, masyarakat yang mengetepikan hukum Allah adalah masyarakat yang akan musnah kerana kerosakan sosial dan moral mereka ibarat barah yang menular. Senyap namun akhirnya menjadi kronik.


Pengajarannya, perlukah seseorang itu mengambil diploma pengajian Islam selepas tamatnya pengajian dalam bidang sains? Selain dari mempelajari dari kelas agama dan mursyid di luar sana, perlu ada bukti pengijazahannya. Bukan untuk menunjuk kepandaian, bahkan jauh sekali untuk mengumpul saham gah adanya lulusan (nau’zubillah). Alasan yang serba logiknya. Tauliah itu penting untuk menyampaikan syariah Islam yang indah walaupun Islam itu mudah. Benarkah begitu? Waalahua'lam.


Di bawah ana kepilkan video Kisah sheikh Abdul Qadir Jilani dari YouTube. Pernah disiarkan di TV3. Kita ambil ikhtibar dari cerita beliau. Jika ingin melihat sambungnya, sila lihat di YouTube.


*Maklumat tambahan untuk post ini, dari blog sahabat yang lebih memahami daripada ana.

Tuesday, October 19, 2010

Ujian

Posted by lianazulak On 11:47 AM


UJIAN


Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan
kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.


Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.


Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.


Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan


sumber: puisi sufi

Pencarian

Posted by lianazulak On 11:26 AM

PENCARIAN


Paling aku tidak mengerti

bagaimana mahu menyeru-Mu

jika nama juga hijab

antara Engkau dengan aku.


Engkau esa

tiada hijab menemani Mu

mana mungkin Engkau terhijab.


Berapa banyak hati sudah hancur luluh

dalam merindui Mu

berapa banyak fikiran telah berkecai

dalam mencari Mu.


Engkau dekat

tetapi bila didekati Engkau menjauh

bila berhenti Engkau melambai

bila dikejar Engkau menjauh kembali.


Bila aku di tangga rumah Mu

Engkau menutup pintu

bila aku undur

Engkau membuka jendela

bila aku mengintai

Engkau melabuhkan langsir.


Dalam kepayahan ini

daku perlukan penawar

penawar itu ada pada tangan Mu

namun aku malu menghulurkan tanganku yang cemar

untuk disambut oleh tangan Mu yang suci.


Aku tidak tergamak meminta Engkau menjadi teman

kerana aku tidak pernah membuktikan kesetiaan sebagai sahabat

namun hatiku gila kepada Mu

tetapi aku malu memanggil Engkau kekasih

kerana aku tersangat hodoh dan hina.


Janganlah Engkau murka

lantaran si hodoh dan hina ini mengasihi Mu.


Wajahku yang hodoh dan hina

tidak layak Engkau tatapi

Wajah Mu yang cantik berseri

tidak layak aku tatapi

di atas tangga rumah Mu aku terlena

dengan harapan mataku tidak terbuka lagi

kerana aku tidak tahan merindui Mu.


Izinkan daku bermalam di tangga rumah Mu

dan memejam mataku di situ

agar apabila Engkau membuka pintu

Engkau memandang kepada ku

walaupun daku tidak memandang kepada Mu.


sumber: puisi sufi

Friday, October 15, 2010

Petikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Posted by lianazulak On 5:00 AM

"Orang yang telah mengenal Diri sekenal kenal nya akan mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup, dan akan mempertingkatkan cara penyerahan hidup nya kepada ALLAH"

Cinta itu sebenarnya suci. Cuma manusia yang mengotorkannya. Kerana cintalah terhasilnya ULAMA dan para WALI. Cinta itu letaknya di HATI. Bagaimana hati hendak memahami rahsia ALLAH sedang DOSA masih banyak. Hati yang banyak DOSA dikuasai NAFSU.. NAFSU itu berlawanan dengan kehendak ALLAH. ALLAH berserta kamu dimana kamu berada.. katanya, Sesungguhnya AKU sangat hampir. Musibah itu dari ALLAH, utk membersihkan DOSA. Semakin bersih dari DOSA, semakin banyak RAHSIA ALLAH yang diketahui kerana CAHAYA hidayah (NUR) semakin terang.. Hati itu suka yang BATIN Pandanglah mata HATI Akhirat itu lebih baik. Manusia utamakan DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA.

DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA. Bersihkan diri dari DOSA, hati akan MERDEKA.. NAFSU akan dikuasai HATI. Bertaubatlah.. Lari dari DOSA menuju ALLAH...
Selagi Taubat tidak betul, perjalanan pun tidak betul Sifat para wali itu sentiasa bertaubat. Kalau berlarutan dalam dosa, tidak akan faham rahsia ALLAH. ALLAH suka yang GANJIL... Hati yang GANJIL.. Didalam hati cuma ada ALLAH sahaja.. Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya...
"Andai kau berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya... Andai kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya... Andai kau berkawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak ceria, mungkin kau akan menjauhinya... Andai kau bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga adalah manusia biasa sepertimu.."
Sahabat-sahabatku yang dikasihi.....

Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia llahi menyinarinya?...

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”.

Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan.

Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian.

“(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah dan Allah bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia: Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing). Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya...

Sahabat...
Tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:-

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk....

Thursday, October 7, 2010

Ramadhan Di Cairo,Mesir

Posted by lianazulak On 11:09 AM


Mungkin ada sedikit perbezaan kalau berpuasa di Mesir dan Malaysia. Perbezaan bulan Ramadhan di Mesir memang cukup meriah. Ada majlis berbuka secara percuma di masjid2 (Maidatul Rahman), solat terawih yang boleh tahan panjangnya (8 rakaat satu juzuk). Tapi walaupun panjang..masjid2 penuh dgn orang ramai. Kalau 3 malam yang terakhir, ada jalan yang terpaksa ditutup disebabkan ramai hendak mengerjakan solat terawih.

Suasana kat Malaysia pula apabila tiba bulan puasa masa tu lah bercambahnya pasar2 ramadhan yang menjual bermacam-macam juadah dan kuih muih. Memang seronok walaupun tak kita tak membeli, tetapi hanya sekadar melihat juadah yang disediakan. Seolah2 apabila tiba Ramadhan, ia seperti pesta makan dan minum. Sembahyang terawih kat Malaysia, biasanya orang akan cari masjid mana yg abis paling cepat. Kalau yg panjang2 mmg takde org ler..usahkn nak baca satu juzuk. :)


Sambutan Ramadhan di Mesir

Di Mesir makanan arab yang hanya ada di bulan Ramadhan bolehlah dianggap spesial bagi masyarakat tempatan. Saya masih ingat apabila kawan saya mengajak untuk makan malam di sebuah restoran yang menyediakan menu roti arab. Roti itu kami pesan bersama Firakh Mashwi (Ayam Panggang). Makan roti arab di restoran itu (Malaysia) tidak sama dengan makan roti arab di tanah arab (Mesir).

Di Mesir roti dipelbagaikan dengan beberapa nama. Antaranya ‘ish (sejenis roti yang diperbuat daripada gandum jenis murah) juga disebut khubz dalam bahasa arab fushah. Fino (roti panjang) dan sebagainya. Khubz atau ‘ish ini amat terkenal dengan harganya yang murah dan menjadi makanan asasi kepada masyarakat arab Mesir.

Untuk makan ‘ish boleh dicecah dengan kuah kacang yang dipanggil ful atau berintikan sejenis masakan tempatan berbentuk ‘cucur’ yang disebut sebagai to’miah. Masa saya mula datang ke mesir dulu saya ingat to’miah itu adalah ‘naget’ kerana bentuknya hampir serupa bentuk ‘naget’ di KFC. Saya tertipu.

To’miah diperbuat daripada adunan tepung, bahan-bahan yang tersendiri dan sebagainya yang saya sendiri tidak pasti. Bentuknya apabila digoreng seperti ‘masalodeh’ (sejenis makanan kaum India di Malaysia).

Masyarakat arab lebih sukakan ‘hagah’ yang dianggap spesial tadi. Antaranya ialah qutaiyyaf (tepung yang dimasak di atas kuali tanpa minyak berbentuk bulat dengan rasa tawar tanpa gula), kunafah (sejenis makanan seperti bihun tetapi berasaskan tepung dengan rasa tawar). Yang mengeronokkan ialah kunafah diperbuat dengan menggunakan kuali khas berserta mesinnya yang tersendiri. Mesin itu bergerak membentuk bulatan dan cairan tepung dituangkan bersejat membentuk garis panjang yang membulat dan akhirnya membentuk kunafah yang seperti bihun itu. Tetapi kunafah bukan bihun yang boleh dimakan bersama sup atau digoreng… kunafah disesuaikan dengan cairan air gula, kismis dan kelapa parut di dalam loyang. Memakannya dengan memotong mengikut kesesuaian dan dijadikan ‘halwa’ (makanan manis) selepas iftar (berbuka).

Kedai-kedai yang menjual kedua-dua makanan tersebut pula mengunakan sistem timbang. Ini bermakna kita membeli dengan menyuruh si penjual menimbang banyak kadar yang dikehendaki. Tetapi harganya murah dan berpatutan. Meskipun banyak premis yang dibuka untuk menawarkan kedua-dua jenis makanan tradisi Mesir ini namun permintaan dari penduduk tempatan juga amat tinggi sehingga menyebabkan ada yang sanggup beratur untuk mendapatkan makanan tersebut.

Berlainan halnya dengan di Malaysia. Mungkin orang akan sanggup beratur untuk mendapatkan bubur lambuk di masjid-masjid yang menawarkannya. Sebagaimana bubur lambuk akrab dengan suasana puasa di tanahair begitulah juga qutaiyyaf dan kunafah akrab dengan suasana puasa di Mesir. Selain dua makanan tersebut yang menjadi tradisi istimewa di Mesir, rakyat Mesir juga apabila masuknya Ramadhan menyambutnya dengan pelbagai situasi. Anatara yang istimewa ialah: fanus (sejenih lampu yang dirumahkan dengan rumah yang pelbagai bentuk digantuang di antara bangunan dengan bangunan atau di balkoni rumah). Bentuknya ada mirip seperti ‘tanglong’ masyarakat Cina di tanahair. Akan tetapi fanus di Mesir telah diislamikkan dengan bentuk-bentuk masjid antaranya dan pelbagai bentuk lain. Diperbuat dengan pelbagai saiz dan rupa yang menarik.

Selain itu, ajwa’ Ramadhan (merupakan kertas-kertas yang diukir dan digantung di antara gantungan fanus di bangunan-bangunan) memeriahkan lagi suasana Ramadhan di Mesir. Tetapi kertas-kertas itu setelah habisnya Ramadhan akan menjadi sampah pula bersepah di antara jalan dan bangunan.

Berbuka puasa di Mesir tidak merunsingkan. Ini kerana banyak masjid yang menawarkan ‘maidah rahman’ jamuan (iftar) berbuka puasa. Kebiasaan makanan yang disajikan ialah makanan tradisi masyarakat Arab. Saya pernah menghadiri majlis berbuka bersama orang-orang Arab di sini banyak kali. Antar menu yang disajikan ialah firakh mashwi (ayam panggang) di makan dengan ‘ish (roti), atau urz (nasi) berserta salatoh, tohainah, turshi dan halawa (manisan) sebagai pencuci mulut. Selain itu ada juga yang menyediakan hawashi (roti berintikan daging kibash mirip murtabak di Malaysia), daging masak bersama kentang, dan beberapa menu lain lagi.

Sebelum saya terlupa, satu lagi tradisi masyarakat sini yang saya terkejut ialah tradisi kejut sahur. Ini dinamakan ‘musahharati’. Biasanya musahharati akan bertugas mengejutkan sahur (memaksak sahur) dengan mengetuk-ngetuk kompang atau tin dengan ketukan yang boleh mengganggu tidur. Ketukan akan bermula sekitar jam 3.00-4.00 pagi kebiasaannya.

Pelbagai peristiwa sebenarnya berlaku di Mesir sepanjang permukiman saya di sana. Bermula dengan tidak tahu apa-apa sehinggalah sekarang saya seperti sedih andai suasana yang pernah saya kecapi di sana dulu hanya akan menjadi nostalgia hidup saya.

Saya terkenangkan sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud: “Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitu apabila sewaktu hendak berbuka dan kedua apabila bertemu dengan Allah SWT.

Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya saya tulis tentang Ramadhan di Mesir. Kalau di Mesir ada hagah helwa (benda istimewa) tentu di Malaysia juga begitu bukan? Lain tempat lain halnya. Jauh mengembara luas pandangan. Luas pandangan tambah pengalaman. Banyak pengalaman menambah kematangan.

Andai dipanjangkan umur oleh Allah untuk Ramadhan2 akan datang, ingin rasanya saya merasa berpuasa di Mesir lagi. Kalaupun sepuluh tahun akan datang tulisan ini masih kekal, saya harap kenangan saya akan berulit semula dan nostalgia Ramadhan di Mesir bermain di ruang mata.


Wednesday, October 6, 2010

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA "BISMILLAH"

Posted by lianazulak On 7:22 AM

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja. Begitulah kelebihan dan keajaiban dengan setiap perbuatan di mulakan dengan nama Allah... Setiap apa yang berlaku itu dengan izin Allah...

Waallahu A'lam...

WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Posted by lianazulak On 7:04 AM

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah." Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?" Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat." Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah." Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Quwais Al-Qarni." Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir." Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?" Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.
Wallahu Taa'al A'alam.

Saturday, October 2, 2010

MY IDOLA.......

Posted by lianazulak On 12:43 PM

Orang yang merasa dirinya mulia, sebenarnya di sisi Tuhan adalah hina. Ini kerana bagi Tuhan, sepertimana yang disebutkanNya dalam Al-Quran "Orang yang mulia itu ialah orang yang bertaqwa". Di mana kemuliaan orang bertaqwa? Kemuliaan itu letak pada hatinya. Hati yang cukup tinggi rasa hamba dengan Tuhannya. Rasa hamba itu ada berbagai dan yang paling menonjol itu adalah rasa hina dengan Tuhan...


Rabia’atul-Adawiyyah..( AHLI SUFI)
Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Ibubapa Rabia’atul-Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau.
Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong.

Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa Amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis – "'kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat'". Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar."

Bapa Rabi’atul-Adawiyyah pun terus terjaga dari tidur dan pergi berjumpa dengan Amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir di pipinya. Amir sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi’atul-Adawiyyah sebanyak empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabi’atul-adawiyyah selalu mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa
bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda oleh kebuluran. Rabi’atul Adawiyah berpisah dari adik-beradiknya. Suatu ketika kafilah yang beliau tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap Rabi’atul-Adawiyyah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual ke pasar sebagai abdi. Maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru.

Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. Beliau lari. Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh. Tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah, “Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. tetapi aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redha denganku tetapi nyatakanlah keredhaanMu itu padaku.”

Tatkala itu terdengarlah suatu suara, “Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan melihatmu.”

Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari.

Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi’atul-Adawiyyah di tengah malam yang berdoa kepada Allah; “Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadat kepadaMu. tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”

Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-awangan, dalam bilik Rabi’atul-Adawiyyah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. Sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. Sebaliknya tuan itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabi’atul-adawiyyah.

Esoknya, Rabi’atul-Adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi’atul-adawiyyah bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabi’atul-Adawiyyah berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju.

Rabi’atul-Adawiyyah pun pergi. Suatu masa Rabi’atul-Adawiyyah pergi naik haji ke Mekkah. Dibawanya barang-barangnya atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan.
Rakan-rakannya bersetuju hendak membawa barang -barangnya itu tetapi beliau enggan kerana katanya dia naik haji bukan di bawah perlindungan sesiapa.

Hanya perlindungan Allah S.W.T. Beliau pun tinggal seorang diri di situ. Rabi’atul- Adawiyyah terus berdoa: “Oh Tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya. Engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka’abah dan sekarang Engkau matikan keldaiku dan membiarkan aku keseorangan di tengah jalan.”

Serta-merta dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula. Diletaknya barang-barangnya di atas keldai itu dan terus menuju Mekkah. Apabila hampir ke Ka’abah, beliau pun duduk dan berdoa, “Aku ini hanya sekepal tanah dan Ka’abah itu rumah yang kuat. Maksudku ialah Engkau temui aku sebarang perantaraan.”

Terdengar suara berkata, “Rabi’atul-Adawiyyah, patutkah Aku tunggangbalikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak melihatKu? Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam.”

Suatu ketika yang lain, semasa Rabi’atul-Adawiyyah menuju Ka’abah dan sedang melalui hutan, dilihatnya Ka’abah datang mempelawanya. Melihatkan itu, beliau berkata, “Apa hendakku buat dengan Ka’abah in, aku hendak bertemu dengan tuan Ka’abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah?. Aku tidak mahu hanya melihat Ka’abah, aku mahu Allah.”

Pada masa itu juga, Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka’abah. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanan itu. Maka oleh itu, beliau mengambil masa empat belas tahun baru sampai ke Ka’bah. Apabila sampai didapatinya Ka’abah tidak ada. Beliau sangat merasa hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata, “Ka’abah itu telah pergi melawat Rabi’atul -Adawiyyah.”

Apabila Ka’bah itu telah kembali ke tempatnya dan Rabi’atul-Adawiyyah sedang menongkat badannya yang tua itu kepada kepada tongkatnya, maka Ibrahim Adham pun pergi bertemu dengan Rabi’atul-Adawiyyah dan berkata: “Rabi’atul-adawiyyah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang yang ganjil itu membuat haru-biru di dunia ini?”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab; “Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap riya' pergi ke Ka’abah mengambil masa empat belas tahun.”

Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya. Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Kamu isi perjalananmu itu dengan sembahyang, tetapi aku mengisinya dengan perasaan tawaduk dan khusyuk.”

Tahun kemudiannya, lagi sekali Rabi’atul-Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau berdoa; “Oh Tuhan! Perlihatkanlah diriMu padaku.” Beliau pun berguling-guling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara: “Rabi’atul-Adawiyyah, hati-hatilah, jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu, kamu akan jadi abu.”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Aku tidak berdaya memandang Keagungan dan KebesaranMu, kurniakanlah kepadaku kefakiran (zuhud) yang mulia di sisiMu.” Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu. Kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan diri mereka semasa hidup mereka kerana Aku dan antara mereka dan Aku tidak ada regang walau sebesar rambut pun, Aku bawa orang-orang demikian sangat hampir kepadaKu dan kemudian Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk mencapai Aku. Rabi’atul adawiyyah, antara kamu dan Aku ada lagi tujuh puluh hijab atau tirai. Hijab ini mestilah dibuang dulu dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah kepadaKu. Sia-sia sahaja kamu meminta pangkat fakir dari Aku.”

Kemudian suara itu menyuruh Rabi’atul-Adawiyyah melihat ke hadapan. Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa. Di awang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar suara lagi, “Rabi’atul-Adawiyyah, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang mencintai Kami (Tuhan) dan tidak mahu berpisah dengan Kami. Meskipun mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan
Kami dan tidak pula meminta sesuatu dari Kami. Dalam langkah permulaan dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah (mengasingakan diri) dari dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka itu tidak disebarkan kepada umum dalam dunia ini.”

Mendengar itu, Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Tuhanku! Biarkan aku tinggal di Ka’abah.” Ini pun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan sembahyang dan memencilkan diri dari orang ramai.

Suatu hari Rabi’atul-Adawiyyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan seorang untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan Darwisy (seorang wali Allah) itu, Rabi’atul-Adawiyyah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di hadapan Darwisy itu. Darwisy itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk Rabi’atul-Adawiyyah. Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabi’atul-Adawiyyah menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabi’atul- Adawiyyah.

Rabi’atul-Adawiyyah bertanya berapa ketul roti yang dibawanya itu. Perempuan itu menjawab, “Lapan belas.” Rabi’atul-Adawiyyah tidak mahu menerima roti itu dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pergi. Kemudian datang semula. Rabi’atul-Adawiyyah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti dibawa perempuan itu. Darwisy itu bertanya kenapa Rabi’atul-Adawiyyah enggan menerima dan kemudian menerima pula. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab Allah berfirman dalam Al-Quran iaitu: “Orang yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Al-Quran itu dilaksanakan.”

Suatu hari Rabi’atul-Adawiyyah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat yang beliau tidak ada sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Disepaknya bawang itu sambil berkata, “Syaitan! Pergi jahanam dengan tipu-helahmu. Adakah Allah mempunyai kedai bawang?” Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Aku tidak pernah meminta dari sesiapa kecuali dari Allah dan aku tidak terima sesuatu melainkan dari Allah.”

Suatu hari, Hassan Al-Basri melihat Rabi’atul-Adawiyyah dikelilingi oleh binatang liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Hassan Al-Basri pergi menujunya, binatang itu lari. Hassan bertanya, “Kenapa binatang itu lari?” Sebagai jawapan, Rabi’atul-adawiyyah bertanya, “Apa kamu makan hari ini?” Hassan menjawab, “Daging.” Rabi’atul- Adawiyyah berkata, Oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari, aku hanya memakan roti kering.”

Suatu hari Rabi’atul-Adawiyyah pergi berjumpa Hassan Al-Basri. Beliau sedang menangis teresak-esak kerana lupa kepada Allah. Oleh kerana hebatnya tangisan beliau itu, hingga air matanya mengalir dilongkang rumahnya.

Melihatkan itu, Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Janganlah tunjukkan perasaan sedemikian ini supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam dalamnya dan kamu tidak akan mendapati di mana tempatnya.”

Dengan penuh kehendak untuk mendapat pujian, suatu hari, Hassan yang sedang melihat Rabi’atul-Adawiyyah dalam satu perhimpunan Aulia’ Allah, terus pergi bertemu dengan Rabi’atul-Adawiyyah dan berkata, “Rabi’atul-adawiyyah, marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air tasik sana dan berbincang hal-hal keruhanian di sana.”

Beliau berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air seperti Nabi Isa a.s. boleh berjalan di atas air.

Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Hassan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu. Jika kamu hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan Aulia’ Allah, maka kenapa kita tidak terbang sahaja dan berbincang di udara?” Rabi’atul-adawiyyah berkata bergini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi Hassan tidak ada berkuasa seperti itu. Hassan meminta maaf. Rabi’atul-Adawiyyah berkata: “Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap Allah.”

Seorang hamba Allah bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah tentang perkara kahwin. Beliau menjawab, “Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhanku. Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku.”

Hassan Al-Basri bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah bagaimana beliau mencapai taraf kerohanian yang tinggi itu. Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Aku hilang (fana) dalam mengenang Allah.”

Beliau ditanya, “Dari mana kamu datang?” Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah.”

Rabi’atul-Adawiyyah pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. Dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya sebagai sahabat. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan.”

Orang bertanya kepada Rabi’atul-adawiyyah, “Adakah kamu lihat Tuhan yang kamu sembah itu? Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan menyembahNya.”

Rabi’atul-Adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Aku takut berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu.”

Allah suka dengan hambaNya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana ia bersyukur tatkala menerima kurniaNya iaitu ia menyedari yang ia tidak sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah.

Seorang bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah, “Adakah Allah menerima taubat orang yang membuat dosa?” Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Itu hanya apabila Allah Mengurniakan kuasaNya kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya kerana dosa yang telah dilakukannya.”

Soleh Al-Qazwini selalu mengajar muridnya, “Siapa yang selalu mengetuk pintu rumah seseorang akhirnya satu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya.” Satu hari Rabi’atul-Adawiyyah mendengar beliau bercakap demikian. Rabi’atul adawiyyah pun berkata kepada Soleh, “Berapa lama kamu hendak berkata demikian menggunakan perkataan untuk masa depan iaitu “Akan dibuka”? Adakah pintu itu pernah ditutup? Pintu itu sentiasa terbuka.” Soleh
mengakui kebenarannya itu.

Seorang hamba Allah berteriak, “Aduh sakitnya!” Rabi’atul-Adawiyyah bertemu dengan orang itu dan berkata, “Oh! bukannya sakit.” Orang itu bertanya kenapa beliau berkata begitu. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Kerana sakit itu adalah satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok menanggung sakit itu.”

Suatu hari rabi’atul-adawiyyah sedang melihat orang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. Rabi’atul-Adawiyyah bertanya, “Berapa umurmu?” Jawab orang itu, “Tiga puluh.” Rabi’atul-Adawiyyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?” Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.” Rabi’atul-Adawiyyah pula berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!”

Suatu hari khadamnya berkata, “Puan, keluarlah dan mari kita melihat keindahan kejadian Tuhan di musim bunga ini.’ Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Duduklah dalam rumah seperti aku berseorangan dan melihat yang menjadikan. Aku lihat Dia dan bukan kejadianNya.”

Suatu hari, orang bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah kenapa beliau tidak menyimpan pisau dalam rumahnya. Beliau menjawab, “Memotong itu adalah kerja pisau. Aku takut pisau itu akan memotong pertalian aku dengan Allah yang ku cintai.”

Suatu masa Rabi’atul-Adawiyyah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir, beliau merasa lapar sedikit. Datang seorang hamba Allah membawa minuman yang manis dalam sebuah cawan. Rabi’atul-Adawiyyah ambil minuman itu dan meletakkannya di atas lantai di satu penjuru rumahnya itu. Beliau pun pergi hendak memasang lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan minuman dalam cawan itu. Melihat itu, terfikirlah Rabi’atul-Adawiyyah hendak minum air sahaja malam itu.

Tatkala ia hendak mencari bekas air (tempayan), lampu pun padam. Bekas air itu jatuh dan pecah airnya bertaburan di atas lantai. Rabi’atul-adawiyyah pun mengeluh sambil berkata, “Tuhanku! Kenapa Kau lakukan begini kepadaku?” Terdengar suara berkata, “Rabi’atul-Adawiyyah, jika kamu hendakkan kurnia dunia, Aku boleh berikan padamu, tetapi akan menarik balik darimu seksaan dan kesakitan yang Aku beri padamu. Kurnia dunia dan siksaan Aku tidak boleh duduk bersama-sama dalam satu hati. Rabi’atul-Adawiyyah, kamu hendak satu -satu perkara dan Aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan tidak boleh duduk bersama dalam satu hati.”

Dengan serta-merta beliau pun membuangkan kehendak kepada keperluan hidup ini, seperti orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara dunia ini semasa nyawa hendak bercerai dengan badan. Tiap-tiap pagi beliau berdoa, “Tuhan! Penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain.”

Rabi’atul-Adawiyyah ditanya, “Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?” Beliau menjawab, “Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan.” “Kenapa kamu memakai pakaian koyak dan kotor?” Beliau ditanya lagi, “Kamu ada kawan yang kaya, dan dia boleh memberimu pakaian baru.” Rabi’atul- Adawiyyah menjawab, “Aku berasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua yang memiliki segala-galanya.”

Orang berkata, “Rabi’atul-Adawiyyah, Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian kepada lelaki, dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat mencapai pangkat kewalian yang tinggi itu. Oleh itu apakah faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Apa yang kamu kata itu benar, tetapi cubalah katakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf hampir dengan Allah dan lalu berkata, “Akulah Yang Hak”. Di samping itu tidak ada orang yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki sahaja.”

Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Seorang perempuan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan.” Satu hari Rabi’atul-Adawiyyah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab ia sakit. Beliau berkata, “Hatiku cenderung hendak mencapai Syurga, satu hari yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman.” Hassan Al-Basri datang berjumpa Rabi’atul-Adawiyyah yang sedang sakit. Di pintu rumah beliau itu, Hassan bertemu dengan Amir Al-Basri yang sedang duduk dengan sebuah beg mengandungi wang. Amir itu menangis. Apabila ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab, “Aku hendak menghadiahkan wang kepada Rabi’atul-Adawiyyah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya. Kerana itulah aku menangis. Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta dia menerima hadiahku ini?” Hassan pun pergilah membawa wang itu kepada Rabi’atul-Adawiyyah dan meminta beliau menerima wang itu. Tetapi Rabi’atul-
Adawiyyah berkata, “Oleh kerana aku telah kenal Allah, maka aku tidak lagi mahu bersembang
dengan manusia dan tidak menerima hadiah dari mereka dan juga tidak mahu memberi apa-apa kepada mereka. Di samping itu aku tidak mahu sama ada wang itu didapatinya secara halal atau haram.”


Sufyan Al-Thauri berkata, “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?” Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”

Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi’atul-adawiyyah satu hari. Dilihatnya dalam rumah Rabi’atul-Adawiyyah satu balang yang pecah dan mengandungi air untuk minum dan mengambil wuduk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, “Jika kamu izinkan, boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian.”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab: “Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu.”

Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam melihat Allah hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya dan Dia tidak boleh membezakan mana sakit dan mana senang.”

Seorang Wali Allah datang dan merungut tentang dunia. Rabi’atul-Adawiyyah berkata: “Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia, kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut.”

Satu hari, Sufyan Al-Thauri pergi berjumpa Rabi’atul-adawiyyah. Rabi’atul - Adawiyyah menghabiskan masa malam itu dengan sembahyang. Apabila sampai pagi, beliau berkata, “Pujian bagi Allah yang telah memberkati kita dapat sembahyang sepanjang malam. Untuk tanda kesyukuran, marilah kita puasa pula sepanjang hari ini.”

Rabi’atul-Adawiyyah selalu berdoa demikian, “Tuhanku! Apa sahaja yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa sahaja kebaikan yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang berIman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga atau Neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja.”

Sufyan Al -Thauri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap tentang ibadat kepada Allah dengan Rabi’atul-Adawiyyah. Di pagi hari Al-Thauri berkata, “Kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya.” Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Tidak, kita habiskan masa dengan sia-sia kerana sepanjang percakapan itu kamu berkata perkara-perkara yang memuaskan hatiku sahaja dan aku pula memikirkan perkara yang kamu sukai pula. Masa itu kita buang tanpa mengenang Allah. Adalah lebih baik jika aku duduk seorang
diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenang Allah.”


Rabi’atul-Adawiyyah berkata: “Doaku padaMu ialah sepanjang hayatku berilah aku dapat mengingatMu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandangMu."

Begitulah sidikit sebanyak keadaan kehidupan Rabi’atul Adawiyyah. Beliau ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’atul Adawiyah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya lingkungan 80 tahun.


Antara Munajat Rabiatul Adawiyah:-

“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,Engkaulah cita-citaku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku?
"Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir(sentiasa mengingati Allah)...



Kata kata mutiara rabiatul adawiyah:-

" Biar waktu yang akan membuktikan .......
bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,
tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,
tiap jiwa yang telah melayang,
akan samapai pada satu keadaan .......
dimana keadilan adalah nadinya,
kesejahteraan adalah nafasnya,
kebijaksanaan adalah sifatnya,
dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "

" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini
maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.
Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,
maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.
Sebab engkau saja cukuplah bagiku ".....


INGATLAH!!!!

Kekayaan yang paling kaya adalah aqal,
Kemiskinan yang paling besar adalah jahil,
Keburukan yang paling hodoh adalah sesat,
Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Jika diri tak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
Jika diri tak sekuat Sarah,
Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah,
Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.


Sewajarnya bagi setiap yang beraqal, selagi aqal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masanya kepada empat waktu:

^^ Waktu untuk dia bermunajat kepada Allah

^^ Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya

^^ Waktu untuk dia berfikir berhubung dengan barang-barang ciptaan Allah

^^ Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari makanan dan sebagainya.

Sebaik-baik dunia bagi seseorang adalah apabila dunia itu dijadikan sebagai bekal untuk kepentingan akhirat sehingga Rabbnya meredhainya. Seburuk-buruk dunia bagi seseorang adalah apabila dunia dijadikan bertentangan dengan urusan akhiratnya dan membuatnya jauh dari redha Rabbnya.


“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Hakikatnya kita adalah hamba yang kerdil yang serba kekurangan dan hanya mengharap segalanya dari ALLAH..
Namun, sedalam mana kita menyedari hakikat itu..

Ya ALLAH,
sungguh pun rugi akan diriku...
sekiranya aku lupa akan diriku....
asal dari mana ku...
apabila merasa diri hina...
maka semuanya akan dapat dilihat..
segala kekurangan dalam diri...
disitu akan tercetusnya dengan muhasabah diri......