Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,
tetapi masih melakukan dosa.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya..
Perkara Yang Menghairankan
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.
Tanda-tanda Lemah Iman
1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an.
3. Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan shalat.
4. Meninggalkan sunnah.
5. Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah.
6. Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang kabar baik.
7. Kesulitan dalam berdzikir dan mengingat Allah
8. Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9. Menginginkan kekuasaan dan kekayaan.
10. Kikir dan bakhil, tidak mahu membahagi rezeki yang dikaruniakan oleh Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya.
13. Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid.
15. Tidak mahu memperhatikan kondusi kaum muslimin.
16. Tidak merasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupn duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu material atau kebendaan.
20. Merasa asyik (ujub) dan terobsesi pada diri sendiri.
Hal-hal berikut dapat meningkatkan keimanan kita:
1. Tilawah Al-Qur'an dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka Insya Allah hati kita akan lembut. Untuk mendapatkan keuntungan yang optimal, yakinkan bahwa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat, yang menunjukkan keagunganNya kepada kita. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3. Berusaha menambah pengetahuan, setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari, seperti cara berwudhu dengan benar. Mengetahui erti dari nama-nama dan sifat-sifat Allah, orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4. Menghadiri majlis-majlis dzikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis-majlis seperti itu.
5. Selalu menambah perbuatan baik. Sebuah perbuatan baik akan menggalakkan kepada perbuatan baik yang lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedakah dan juga memudahkan jalan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. Amal-amal kebaikan harus dilakukan secara konsisten.
6. Merasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita dari terlena terhadap kesenangan dunia.
7. Mengingat fasa-fasa kehidupan akhirat, fasa ketika kita diletakkan dalam kubut, fasa ketika kita diadili, fasa ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga, atau neraka.
8. Berdo'a. Merasa kecil di hadapan Allah.
9. Cinta kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala harus kita tunjukkan dalam aksi. Kita harus berharap semoga Allah berkenan menerima solat-solat kita, dan senantiasa merasa takut akan melakukan kesalahan. Malam hari sebelum tidur, sepatutnyanya kita bermuhasabah, memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10. Menyedari akibat dari berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan, dan menurun dengan melakukan
perbuatan buruk.
perbuatan buruk.
11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun dari Allah.
Categories:
adab
,
akhirat
,
aqidah
,
ibadah
,
kata hikmah
,
korban
,
motivation
,
muhasabah
,
pengalaman
0 comments:
Post a Comment