Diantara tanda-tanda sifat mengutamakan amal sendiri ialah kurangnya harapan terhadap rahmat Allah ketika melakukan kesalahan[1]. Keinginan untuk tajrid, padahal Allah menempatkan anda pada sebab adalah termasuk ke dalam syahwat yang tersembunyi. Sebaliknya keinginan anda terhadap sebab, padahal Allah menempatkan ada pada tajrid bererti gugur dari cita-cita murni. Himmah (Tekad dan bercita-cita) yang menggebu tidak dapat menerobos takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Kekanglah diri anda dari tadbir (mengatur diri) apapun yang telah diatur oleh selain dari anda (iaitu oleh Allah SWT) bagi diri anda, janganlah anda mengaturnya. Kesungguhan anda dalam mencari rezeki yang telah ditanggung oleh Allah dan kelengahan anda terhadap tuntutan Allah dari anda (iaitu ibadah) menunjukkan pandangan mata hati anda kurang jernih.
1. Ada orang bersandar kepada amalnya untuk membolehkannya memasuki syurga atau selamat dari seksa Allah. Ada pula yang menyandarkan diri kepada amalannya untuk sampai kepada Allah dan menyingkap penutup hati. Menurut Syeikh Ibn Ata'illah keinginan kedua golongan ini adalah tercela, kerana timbul dari nafsu yang menganggap amalan itu datang dari sendiri, sehingga mengutamakan amalan tersebut untuk mencapai tujuannya. Sedangkan orang-orang yang arif tidaklah bersikap demikian. Mereka sama sekali tidak menganggap diri mereka mempunyai amalan,apalagi untuk bersandar kepadanya. Mereka berpendapat yang hakiki hanyalah Allah. Harapan kepada rahmat Allah bagi orang-orang arif ini tidaklah bertambah oleh sesuatu sebab dan tidak pula berkurang oleh sesuatu sebab. Harap kepada rahmat Allah dan takut kepada azab Allah yang terdapat di dalam mereka sentiasa seimbang dalam setiap keadaan.
Perjalanan menuju kepada Allah SWT bermula dengan niat yang benar kemudian diikuti dengan amalan yang salih[2]. Amalan-amalan Islam adalah merupakan pendahuluan kepada sampainya cahaya-cahaya iman ke dalam hati.
2. Satu istilah yang tidak dapat lari dari kitab al Hikam ialah salik. Salik dari segi bahasa bermaksud orang menuju kepasa sesuatu matlamat atau perkara. Dari segi istilah pula ia adapat dibahagikan kepada dua iaitu salik dalam pengertian umun dan salik daam pegertian yang khusus. Salik dalam pegertian umum melibatkan setiap orang mukmin, kerana setiap orang mukmin dikira sedang berjalan menuju kepada Allah atau menempuh jalan yang digariskan oleh agama Allah. Yang kedua salik dalam pegertian yang khusus yang diamalkan oleh kalangan-kalangan ahli-ahli tasawwuf iaitu hamba yang bertaubat dari hawa nafsu dan syahwatnya, beristiqamah pada jalan kebenaran ( Al-Qur'an dan juga Hadith) dengan melakukan mujahadah, ketaatan dan keikhlasan. (Doktor Hasan al-Syarqawi, Mu'jam al Faz al-Sufiyyah, Mu'assasah al-Mukhtar Li al-Nasyri Wa al-Tawzi. a;- Qahirah 1987, cet. 1, hlm. 171). Salik dalam pegertian khusus ini juga bermaksud orang yang berjalan atau melalui maqam-maqam dengan hal keadaannya)keadaan atau rasaan rohani) bukan dengan ilmu (yang zahir) tasawwurnya (gambaran,bayangan atau khayalan akal) di mana ilmu atau pengetahuan yang diperolehinya adalah secara penglihatan mata hati (ain) yang menolak atau menafikan kedatangan keraguan (syubhah) yang boleh menyesatkannya. ( Ali Ibn Muhammad al-Jurjani, al-Ta'rifat, Dari al-Kutub al-Illmiyyah, Bayrut, 1983, hlm 116).
Langkah orang yang menempuh jalan menuju kepada Allah memulakan perjalannya menuju kepada Allah, dengan ikhlas, memerlukan beberapa nasihat dan tunjuk ajar, untuk menjauhkannya dari terjerumus ke dalam perangkap-perangkap yang muncul pada peringkat awal perjalanannya. Antara perangkap yang mungkin timbul ialah dalam bentuk terlalu bergantung kepada amalan yang dilakukan atau berputus asa apabila melakukan sesuatu kesalahan, yang mengakibatkan dia berhasrat untuk meninggalkan terus amalan-amalan zahir yang dilakukannya itu. Kadang-kala dia bercita-cita dan begitu bersungguh sekali untuk merealisasikan makna-makna yang tidak dituntut dan juga tidak diwajibkan ke atasnya mendapatakannya. Dia bercita-cita untuk sampai kepada matlamat yang dituju melalui jalan pintas.
Apabila gagal mencapai apa yang dicita-citakannya, dia mula putus asa dan meninggalkan berdoa. Kadang-kadang dikasyafkan[3], yang dia akan diberikan sesuatu pada waktu tertentu atau diperlihatkan kepadanya perkaraitu di dalam mimpinya, kemudian perkara yang diperlihat kepadanya itu, tidak berlaku di alam nyata, di waktu itu timbullah pada dirinya keraguan terhadap asas perjalanan yang sedang ditempuhinya. Kadang-kadang amalannya berkurang tetapi ma'rifahnya[4] bertambah, namun ia tidak mengetahui kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya pada maqam[5] tersebut.
3. Kasyaf bermaksud penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.
4. Ma'rifah bermaksud keadaan atau sifat seseorang arif yang mnegenal Allah dari segi zat, sifat dan asma'Nya sehingga akhinya dapat nengetahu rahsia-rahsia ketuhanan.
5. Maqam bermaksud tingkatan kerohanian yang dicapai oleh seseorang yang menempuh jalan menuju kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment