Adab orang-orang yang benar bersama dengan Allah ialah apabila mereka ingin sesuatu, mereka mengangkat keinginan kepada Allah melalui lisan hal dan lisan iftiqar(ucapan-ucapan yang menunjukkan pergantungan diri kepada Allah). Mereka menyerah kepada Allah untuk mengeluarkan diri satu keadaan kepada satu keadaan yang lain, dari keadaan tidak tenang kepada keadaan yang membuatkan mereka tenang berada di dalamnya atau terhadapnya. Mereka tidak gelojoh dan inilah tahap yang paling sempurna. Ikutan mereka ialah Rasulullah SAW.
Ibn Ubbad menjelaskan persoalan Tajrid dan berpegang dengan sebab musabbab ini seperti dibawah:
Tanda Allah menempatkan seseorang itu pada maqam sebab musabbab ialah sebab musabbab itu kekal pada dirinya dan terhasil kepadanya buah dan natijah, Misalnya dia memperolehi keselamatan pada agama,tidak tamak kepada apa yang ada pada orang lain, mempunyai niat yang ikhlas ketika menghubungkan tali silaturrahim dengan orang lain, membantu orang yang memerlukan bantuan dan lain-lain faedah yang berkaitan dengan agama.
Tanda Allah SWT menempatkan seseorang pada maqam Tajrid ialah sebagaimana yang telah disebutkan tadi iaitu hasil dan natijahnya berkekalan,masanya berjalan lancar dengan baik, hatinya suci dan rasa rehat apabila bergaul dan berinteraksi dengan makhluk.
Anda perlu memahami antara strategi serangan musuh (syaitan) terhadap diri anada ialah dia menyerang berdasarkan kedudukan yang Allah tempatkan anda padanya. Musuh akan memperkecilkan kedudukan yang sedang anda nikmati itu, dengan mendorong anda supaya menuntut sesuatu yang Allah SWY tidak tempatkan anda padanya. Ia berusaha menwas-waskan hati anda dan mengeruhkan masa anda. Musuh datang menemui orang-orang yang berada maqam sebab musabbab lalu berkata kepada mereka. "Sekiranya anda meninggalkan maqam sebab musabbab dan anda menumpukan kepada Tajrid, anda akan disinari oleh cahaya dan akan suci hati dan mata hati anda. Inilah yang pernah berlaku kepada pulan bin pulan" Padahalnya dia masih belum sesuai dengan maqam Tajrid, malah ia tidak mampu untuk berada pada maqam tersebut. Kesesuaiannya ialah berada di maqam sebab musabbab. Apabila meninggalkan maqam yang sedang didudukinya,akan bergoncanglah keimanannya, hilanglah keyakinannya dan seterusnya ia akan menumpukan permintaan makhluk dan menumpukan aktiviti mencari rezeki. Akibatnya aktiviti tersebut mwnghumbangkannya ke dalam lautan pemutusan hubungan dengan Allah.
Itulah maksud musuh terhadap anda, kerana ia datang kepada anda dalam bentuk orang penasihat sebagaimana dia pernah datang menemui kedua moyang anda (Adam dan Hawa) sepertimana Allah SWT berfirman:
Begitu juga syaitan datang menemui orang-orang yang berada pada maqam Tajrid lalu berkata kepada mereka: Sampai bilakah anda sanggup meninggalkan sebab musabbab. Tidakkah anda ketahui meninggalkan sebab musabbab menyebabkan hati melonjak-lonjak untuk memperolehi apa yang ada di tangan manusia, membuka pintu ketamakan, menyebabkan tidak dapat memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya, tidak dapat mengutamakan orang lain dari diri sendiri dan menyekat anda dari melaksanakan hak-hak yang diwajibkan ke atas anda. Anda pula akan luput dari apa yang anda nanti-nantikan daripada makhluk, berbanding dengan pembukaan yang anda nanti-nantikan daripada Allah yang anda sendiri tidak pasti bila ia datang. Sekiranya anda memasuki alam sebab musabbab, orang lain pula akan menunggu-nunggu limpahan pembukaan yang dibukakan kepada anda itu, untuk dimanfaatkan oleh mereka. Sehubungan dengan itu, hamba Allah yang berada pada maqam Tajrid yang sudahpun merasa lapang masanya, luas cahayanya da menemui kerehatan dengan memutuskan hubungan dengan makhluk itu, akan kembali semula selepas itu kepada maqam sebab musabbab. Apabila ia kembali semula pada maqam sebab musabbab, sudah tentu ia ditimpa kekeruhan dan kegelapannya. Walau bagaimanapun keadaannya pada masa itu adalah lebih baik, berbanding dia berusaha berada dalam maqam sebab-sebab tanpa kehendak Allah. Ini kerana ia tidak pernah menempuh satu jalan menuju kepada Allah kemudian meninggalkan semula jalan tersebut dan tidak pernah menempuh satu tujuan kemudian ia berpatah balik ke belakang.
Sebenarnya tujuan syaitan berbuat demikian adalah supaya hamba-hamba Allah gagal memperolehi keredaan daripada Allah pada kedudukan yang sedang mereka tempuhi. seterusnya mengeluarkan mereka dari pilihan Allah kepada olihan mereka yang berasaskan kepada dorongan nafsu mereka sendiri. Sebaliknya jika Allah yang memasukkan anda did alam satu-satu maqam, Allah SWT sendiri akan memberikan pertolongan kepada anda sepanjang anda berada pada maqam tersebut. Jika anda sendiri yang memasuki maqam tersebut, Allah SWT akan membiarkan anda berurusan dengan diri anda sendiri.
Tempat masuk yang benar ialah tempat yang anda masuk ke dalamnya bukan dengan nafsu anda. Begitu juga dengan tempat keluar yang benar iaitu bukan tempat yang anda keluar daripadanya berdasarkan kehendak nafsu anda sendiri. Tuntuan yang sepatutnya anda ikuti ialah anda tetap berada pada maqam yang ditetapkan oleh Allah untuk anda, sehinggalah Allah SWT sendiri mengeluarkan anda dari maqam tersebut, sebagaimana sebelumnya Ia sendiri membantu memasukkan anda ke dalamnya. Inilah kedudukan orang-orang siddiqin. Mereka tidak keluar dari melakukan sesuatu yang harus sehingga Allah SWT sendiri yang mengeluarkan mereka dari keadaan tersebut.
Wallahu a'lam.
2 comments:
Salam,
Complex sangat artikel nih, susah nak faham, boleh bagi summary of main points tak? :D
jika enta nak faham...start baca dari
permulaan perjalanan menuju Allah.insha Allah.enta akn fhm sedikit demi sedikit.smg Allah permudahkn enta memahaminya.jika nak fhm ingin mendalami blh rujuk kpd ustaz..
http://lianazulak.blogspot.com/2011/03/permulaan-perjalanan-menuju-allah-swt.html
Post a Comment