Tuesday, January 25, 2011

Siapakah Wanita Berpurdah itu?

Posted by lianazulak On 10:16 AM

Kisah teladan.Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta...

Tiupan Sangkakala?

Posted by lianazulak On 9:56 AM

 Bayangkan bagi hatimu wahai yang terpedaya, hari kiamat dan segala isinya bergegar. Sungguh digulung matahari siang dan dilipat gandakan, panasnya atas kepala hamba menggelegak. Apabila gunung-ganang tercabut dari tempatnya, lalu kamu melihatnya berjalan seperti awan. Apabila bintang-bintang berguguran dan bertaburan, dan setelah cahaya bertukar menjadi keruh. Apabila unta-unta bunting terbiar dari tuannya, rumah-rumah kosong tidak ada penghuninya. Apabila...

Sunday, January 23, 2011

"Dalam Merenung Kita Bermuhasabah"

Posted by lianazulak On 9:16 PM

Dalam hidup ni adakalanya kita terasa terpinggir dan disisihkan...tapi sebenarnya tidak. Kita tidak pernah pun dipinggirkan dalam hidup ini.... Yakin dan Percayalah,                         Saban waktu pasti ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur...Tak siapa yang tahu, boleh jadi dia itu orang yang anda sayang....tapi...

Bermula Binasa Agama itu Dengan Tamak dan Baiknya itu Dengan Wara’

Posted by lianazulak On 1:59 PM

Satu kisah ketika Sayyidina Ali bin Abi Tholib semasa masuk ke masuk Masjid Jami' di Basrah. Beliau mendapati ramai orang yang memberi ceramah/mengajar di dalamnya. Maka beliau menguji mereka dengan beberapa pertanyaan dan ternyata mereka tidak dapat menjawab dengan tepat. Mereka terus diusir dan tidak diizinkan memberi ceramah di masjid itu;  dan ketika sampai kepada Majlis Al-Hassan A-Basri,  Sayyidina Ali bin Abi Tholib bertanya; Hai...

Saturday, January 22, 2011

Fiqh Wanita - Permasalahan Wanita Haid dengan Al Quran

Posted by lianazulak On 5:39 AM

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,kita bertemu kembali dengan izin Allah SWT di dalam bentuk penulisan yang hanya sekadar untuk berkongsi ilmu yang diperolehi bersama-sama dengan sidang pembaca pada hari ini. Wanita..... Tidak terlepas dengan masalah haidnya. Sehingga saya sendiri juga mengalami masalah ini ketika beribadat seperti hukum membaca, memegang serta menghafal Al-quran, mengambil wuduk, serta tentang putaran. Sebagai wanita, kita...

Tuesday, January 18, 2011

Belajar Bahasa Arab Sehari 1 Ayat Arab

Posted by lianazulak On 9:19 AM

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Bertemu kita sekali lagi  dengan izin Allah SWT. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang bagaimana ingin meningkatkan kemahiran dalam bahasa Arab iaitu bahasa syurga. Saya ingin mengambil  cerita daripada seorang sahabat tentang dirinya dahulu pernah mempelajari bahasa Arab: "....teringat pengalaman saya berkenaan bahasa arab.masa sekolah dahulu saya sering tido dalam kelas bahasa arab.saya menguasai...

Sunday, January 16, 2011

Kasyaf / ilmu laduni Nabi Khidir

Posted by lianazulak On 3:01 AM

Assalamualaikum wbt.. mungkin antum sekalian pernah mendengar kisah yang masyhur ini. Ambillah teladan disebalik kisah ini nescaya antum dapat merasa bahawa setiap manusia ada kelebihan masing-masing dan jangan sesekali merasa kita yang lebih hebat..   Kisah Musa dan Khidir dirakamkan oleh Al-Qur'an dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82. Ringkasan hikmah dari kisah tersebut:-Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab salamnya dan bertanya: “Dari mana...

Friday, January 14, 2011

Buat Sahabat-Sahabatku

Posted by lianazulak On 6:20 AM

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ 1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu. 4. Jika engkau menghulurkan...

Dosa penghalang kunci segala ILMU

Posted by lianazulak On 5:28 AM

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya". Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila...

Wednesday, January 12, 2011

Buat Maksiat ada 5 Syarat

Posted by lianazulak On 9:43 AM

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat pertama, jika...