Tuesday, January 18, 2011

Belajar Bahasa Arab Sehari 1 Ayat Arab

Posted by lianazulak On 9:19 AM 5 comments


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Bertemu kita sekali lagi  dengan izin Allah SWT. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang bagaimana ingin meningkatkan kemahiran dalam bahasa Arab iaitu bahasa syurga.

Saya ingin mengambil  cerita daripada seorang sahabat tentang dirinya dahulu pernah mempelajari bahasa Arab:

"....teringat pengalaman saya berkenaan bahasa arab.masa sekolah dahulu saya sering tido dalam kelas bahasa arab.saya menguasai bahasa arab melalui hafalan dan bukan melalui pemahaman. Keputusan spm yang memuaskan melayakkan saya melanjutkan pelajaran di mesir,sebuah negara arab. Setibanya di sini,penyesalan mula bertapak dalam hati saya.biarpun masyarakat di sini bertutur dalam bahasa ammiah (bahasa pasar) tetapi penguasaan fushah juga amat penting. Kata orang,jika kita dapat menguasai fushah,sudah pasti kita boleh menguasai ammiah dgn mudah. Tetapi jika kita menguasai ammiah,belum tentu fushah kita cukup hebat.setelah setahun berada di mesir,saya boleh bertutur dalam bahasa ammiah tetapi nahu dan saraf masih tunggang langgang.saya ambil keputusan untuk menghadiri kelas bahasa arab fushah yang di ajar sendiri oleh orang arab.sebenarnya,belajar bahasa arab amatlah mudah jika kita mempunyai semangat dan perasaan ingin tahu yang kuat.jika kita boleh memahami org yang bercakap dalam bahsa arab dan kita juga boleh bertutur dalam bahasa arab dgn baik,satu kepuasan bagi diri kita sebenarnya.Malaysia memang hanya menekankan pembelajaran dalam bahasa arab secara teori dan bukan praktikal. cadangan saya,jika anda ada peluang untuk ke negara2 arab dan timur tengah,pergilah...ramai juga foreigners yang datang ke mesir hanya semata2 untuk belajar bahasa arab kerana setelah belajar,mereka akan terus praktikkan. Jika anda mampu,datanglah kesini bukan sahaja untuk melanconng tetapi juga untuk mendalami bahasa Al-Quran yang sangat indah ini. Jangan sekali-sekali berputus asa dalam mendalami bahasa arab. Jika kita berbangga apabila boleh bertutur dalam bahasa jepun,german,perancis dll,kita akan lebih puas jika kita dapat mnguasai bahasa arab dan seterusnya memahami Al-Quran serta khusyuk dalam ibadah kita...."


Imam Syu'bahSesiapa yang belajar hadis tetapi tidak belajar bahasa Arab, maka perumpamaannya ialah seperti orang yang memakai topi tetapi tidak mempunyai kepala.

Muhamad bin SalmahPerbandingan orang yang belajar Hadis tetapi tidak mengerti Nahu (bahasa Arab) adalah seperti himar yang digantung padanya guni makanan tidak di dalamnya kosong tanpa makanan.

Imam Asmu'i berkata"Sesungguhnya perkara yang paling saya bimbangkan terhadap penuntut ilmu Hadis ialah apabila dia tidak mengerti ilmu Nahu (Arab), dia akan termasuk dari kalangan golongan yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. "Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka."

kata-kata hukama': 'Barangsiapa menguasai bahasa sesuatu kaum itu, maka dia akan terselamat dari tipu daya mereka'.


Kata-kata mereka menaikkan semangat saya untuk mempelajari bahasa indah ini. Kita sendiri sedia maklum terdapat banyak kelebihan jika kita mahir dalam bahasa Arab dalam kehidupan kita. Saya menyarankan sahabat-sahabat mempelajari bahasa Arab. Jika kita boleh pandai bahasa Ingerris, tetapi kenapa kita tidak mampu hendak mempelajari bahasa Arab ini.



Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. 
(HR Abu Daud)





Tajuk 010 : Kawan Dengan Yang Sama Bentuk



الطيور (at-tuyur) : burung-burung


على (ala) : atas


أشكالها (ashkaliha) : sejenisnya / sama bentuknya


تقع (taqau') : hinggap


PENERANGAN


Orang yang baik akan berkawan dengan orang baik juga. Begitulah juga dengan orang jahat. Jarang berlaku orang jahat berkawan dengan yang baik. Umpama burung-burung juga. Mereka berkawan dan berkumpulan bersama yang sejenis dengannya sahaja.
Tarikh pelajaran : 18 Jan 2011 oleh wanrusli.net

Tajuk 009 : Senyap dan Khusu'



كأن (ka'anna) : seolah - olah


على (ala) : di atas


رؤوسهم (ru'usi-him) : kepala-kepala mereka


الطير (at-tair) : burung


PENERANGAN


Burung biasanya akan hinggap pada objek yang tidak bergerak seperti atau atau kayu. Bagi menggambarkan suasana orang tenang, khusuk atau terpaku diam tidak bergerak, perumpaan ini digunakan. Sehinggakan burung boleh hinggap di kepala mereka kerana menyangkanya kayu atau batu..
Tarikh pelajaran : 17 Jan 2011 oleh wanrusli.net

Tajuk 008 : Dua Organ Manusia



إنما (innama) : hanyalah


المرء (almar'u) : lelaki itu


بأصغريه (bi-asgharai-hi) : dengan dua organ kecilnya


قلبه (qalbihi) : hatinya


ولسانه (wa-lisanihi) : dan lidahnya


PENERANGAN


Manusia bernilai pada dua organnya sahaja, iaitu pertama : hatinya yang menjadi sumber akal fikirannya dan pusat kawalan emosi, dan kedua : lidahnya yang menjadi perterjemah kepada hatinya tadi. Jadi, manusia yang tidak ada hati perut dan tidak pula menggunakan fikiran akan setaraf dengan haiwan lain. Begitu juga dengan orang bercakap tanpa berfikir dan pertimbangan...!
Tarikh pelajaran : 16 Jan 2011 oleh wanrusli.net

Tajuk 007 : Dengan Jiwa Bukan Badan



أنت (anta) : awak


بالنفس (bin-nafsi) : dengan jiwa


لا (la) : tidak


بالجسم (bil-jismi) dengan badan


إنسان (insanu) : seorang insan


PENERANGAN


Beza manusia dan binatang ialah manusia dikurnia akal dan jiwa. Kalau nilai manusia pada badannya, maka apa bezanya dengan binatang tadi. Jadi, insannya seorang insan adalah kerana jiwanya. Jiwa termasuklah akal dan akhlaknya.
Tarikh pelajaran : 14 Jan 2011 oleh wanrusli.net

Jika sahabat ingin mempelajari lebih banyak perkataan boleh ke sini dan sini




Wallahu 'alam..

5 comments:

hebat2...boleh blajar arab kt sini. shukran

afwan..
ini hanyalah satu perkongsian shj.
smg enta blh ambil manfaat.

:-)
belajar bhsa arab dalam bentuk kiasan...

mabrur...

liyana belajar kelas arab fusha kt mane?

tengah cari kelas arab fusha jugak.
tapi nak beginner gile-gile.
kite mmg xde langsung asas arab.
:)

if boleh nak join lepas winter break.

@izyan

ana ada survey 3 tempat utk belajar bhs Arab.
1) di Mandarah
2) Arabic Center
3) Markaz Nil

terdapat kelebihan dan kekurangan antara ketiga-tiga ini.ana blh terangkn tapi nnti enti tak pham pula.sblm nak masuk klas ni kena cari geng2 yg sama tahap serta sma jadual dgn enti.knp ?? sbb nnti ada kna ambil exam, dn klau shbt enti satu tahap dgn enti senang nak bljr dn susun waktu klas.

Ana pun dah lama tak sambung pengajian bhs arab kerana trlalu sibuk dengan rutin harian.tetapi ia bukanlah satu sbb utk tak nak belajar.insha Allah,ana akn masuk markaz nil.ana pun sdng mncari geng2 yg mustawa 2 atau 3.