Satu kisah ketika Sayyidina Ali bin Abi Tholib semasa masuk ke masuk Masjid Jami' di Basrah. Beliau mendapati ramai orang yang memberi ceramah/mengajar di dalamnya. Maka beliau menguji mereka dengan beberapa pertanyaan dan ternyata mereka tidak dapat menjawab dengan tepat. Mereka terus diusir dan tidak diizinkan memberi ceramah di masjid itu; dan ketika sampai kepada Majlis Al-Hassan A-Basri,
Sayyidina Ali bin Abi Tholib bertanya; Hai pemuda, saya akan bertanya kepadamu sesuatu. Jika engkau dapat menjawab, aku izinkan engkau terus mengajar di sini, tetapi jika engkau tidak dapat menjawab, aku akan usir engkau sebagaimana lain-lain temanmu yang telah aku usir.
Jawab Al-Hassan A-Basri; Tanyakan sekehendakmu.
Sayyidina Ali bertanya; Apakah yang dapat mengukuhkan agama?
Jawab Al-Hassan; Wara'
Lalu ditanya lagi; Apakah yang dapat merosakkan agama?
Jawabnya; Tamak.
Lantas Sayyidina Ali berkata kepadanya; "Engkau boleh tetap mengajar di sini. Orang seperti engkau inilah yang dapat memberi ceramah kepada orang-orang".
Difaham daripada kisah ini, maka sewajarnyalah kita sebagai seorang penuntut yang ingin belajar dan mendapat bimbingan yang betul lagi benar; perlu mencari seorang guru yang memiliki sifat-sifat seperti di atas iaitu tidak tamak kepada apa jua habuan diri atau dunia dan Wara' halnya dalam tiap-tiap sesuatu. Dengan memiliki guru seperti ini, maka insyaAllah akan datanglah keberkatan dari Allah Taala untuk menerima sentuhan pengajarannya dan seterusnya dapat mengamalkannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.
0 comments:
Post a Comment