Wednesday, May 25, 2011

Untukmu Bakal 'Imam'ku

Posted by lianazulak On 7:59 AM No comments

Untukmu Bakal 'Imam'ku,
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini
dirimu masih rahsia penciptamu..
rahsia yang telah ditentukan untukku
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku

Ketahui namamu tidak menjadi idamanku
apa lagi untuk menatap wajahmu

Menggeletar diri ini
apabila terfikirkan azab Allah
justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu
sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan kami lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu

bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad
yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi
untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu
untuk mendidikku menjadi mujahidah
yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku

melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini
mencintai perjuangan menegakkan Deen ini
berikan ku sepenuh kekuatanmu
dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba
berikanku segala kasihmu jua
agar sujudku kan tegar padaNya
dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid
yang akan menyambung perjuangan baba mereka.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati

yang kau sediakan untuk diriku
agar sebahagian hati mu itu
akan menjadi inspirasi padaku
untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad

Mungkin kau hairan suamiku
mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya

Suamiku,
hatimu itu milik robbul jaleel
dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku

Dari awal lagi sudah ku didik hati ini
bahawa dirimu suami ku bukan milikku
dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku
kalian milik Allah
dan diriku hanya medan
yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini

Wahai suamiku

seadanya diri ini sekarang
hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid

Tersangatlah bimbang diri ini
andai ku gagal mendidik hati
kerana yang kuimpi seorang pejuang
untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid

Wahai suamiku
walau dimana jua dirimu
dan siapa jua dirimu
yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya
sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a'la
bersamalah kita bersyukur
bersyukur dengan mencintai DIA
lebih dari segala isi dunia dan dunia ini
kerana hilang erti pada sebuah kehidupan
andai cinta dari Allah tidak kita balas
andai cinta sementara bisa mmelukakan hati
sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal
membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa

Semoga semuanya terjawab
dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya
biarlah seribu malam berlalu
tapi pastikan ianya berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita
diatas lembaran tahajjud dan istikharahy
InsyaAllah inilah pencarian kita...

0 comments: