Wednesday, January 11, 2012

Jenis-jenis Kejahatan Lisan

Posted by lianazulak On 2:24 PM

  • alt
Mu’az bin Jabal ra bertanya tentang perbuatan yang dapat memasukkan ke surga dan menjauhkan dari neraka.  


Rasululloh saw bersabda: …beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun, solat, zakat, puasa Ramadhan dan haji. Pintu-pintu surga adajah puasa, sedekah dan solat malam.  Pokok segala perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah Jihad. Sesuatu dapat membuat kalian memiliki semua itu. Rasulullah memegang lidahnya lalu bersabda: Jagalah ini. Muadz bertanya: Ya Nabi, apakah kita akan dihukum atas apa yang kita ucapkan?  Beliau bersabda: …adakah yang menyebabkan seseorang terjungkal wajahnya di neraka selain buah dari lisan mereka (HR Tirmizi)

Sahabat bertanya tentang seorang wanita ahli solat malam namun suka menganggu tetangga dengan lisannya. Rasulullah berkata,
” Dia di neraka!” Kemudian sahabat bertanya tentang seseorang yang sedikit ibadahnya namun tidak suka menganggu tetangga dengan lisannya.  Rasulullah bersabda,”Dia di surga!”.

Hati-hati dengan Lisan

Lisan jauh lebih tajam dari pedang. Luka kerana pedang dapat disembuhkan. Luka  kerana lisan akan terus terkenang.  Doa orang yang terzalimi cepat diijabah Allah. 

“Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah dua lubang, iaitu mulut dan farji” (HR Tirmidzi).  

“Orang yang paling banyak dosanya di hari kiamat adalah orang yang paling banyak terlibat dalam pembicaraan batil” (HR Ibnu Abiddunya.)

"Tidak istiqomah iman seseorang sebelum istiqomah hatinya, dan tidak akan istiqomah hatinya sebelum istiqomah lisannya"(HR Ahmad).

Kejahatan Lisan
Lisan menimbulkan 2 bencana besar. 


Pertama: diam terhadap kebenaran.“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya…”.  
Kedua: bicara  yang batil.  Kejahatan lisan bermacam-macam bentuknya.


Ghibah "Engkau membicarakan saudaramu tentang hal yang dia benci.  Jika 
benar ada padanya maka engkau telah ghibah…" (HR. Muslim).  Ghibah termasuk dosa besar yang tak diampuni Allah sebelum dimaafkan oleh orang yang diceritakan.  Ketika mi'raj, Rasul melihat kaum yang berkuku tembaga mencakar wajah dan dada mereka. Jibril mengatakan: “Mereka telah memakan daging orang dan mencela kehormatan orang”. 

Di masa Rasulullah saw ada 2 wanita yang hampir pengsan  kerana puasa Ramadhan.  Ketika ditanyakan tentang kebolehan membatalkan puasa,  beliau malah memberi mangkuk dan memerintahkan untuk memuntahkan apa yang telah mereka makan ke dalam mangkuk.  Mereka memuntahkan darah segar dan daging lunak hingga mangkuk penuh. Mereka membatalkan puasa dengan melakukan larangan Alloh, iaitu bergossip.

Fitnah (membicarakan aib orang tetapi tidak ada faktanya), dosanya lebih keji daripada membunuh (Al-Baqarah:217).
Naminah/adu domba (menyebarkan ucapan satu kaum kepada kaum yang lain untuk merusak keduanya).  "Tidak akan masuk surga orang yang mengadu domba” (HR Bukhari)

Mengutuk/melaknat“Siapa yang melaknat seorang Mukmin maka ia seperti membunuhnya” (HR Bukhari). Ucapan laknat biasa kembali kepada orang yang mengucapkannya”.

Mencela/mencaci Maki.  “Janganlah kalian mencaci orang-orang yang telah meninggal  kerana mereka telah menemui (balasan dari) perbuatan mereka.” (HR Bukhari).” 
Para sahabat bertanya : “Bagaimana seseorang mencaci maki orang tua sendiri? Jawab Nabi: “Dia mencaci maki orang tua orang lain, lalu orang itu berbalik mencaci maki orang tuanya”(HR Ahmad).    “Jika ada orang yang mencela kekuranganmu, jangan kau balas dengan mencela kekurangannya. Maka dosanya ada padanya dan pahalanya ada padamu.  Janganlah kamu mencaci maki siapapun” (HR Ahmad.)
“Tidak tersesat suatu kaum setelah mendapat hidayah kecuali mereka berdebat” (HR Tirmidzi).  

Imam Malik berkata : “Perdebatan akan mengeraskan hati dan mewariskan kekesalan”.
“Orang yang paling dibenci Allah adalah yang suka bermusuhan dan bertengkar”(HR Al Bukhari)

“Orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat adalah yang buruk akhlaknya, iaitu banyak bicara, menekan-nekan suara, dan menfasih-fasihkan kata”(HR Ahmad)

“Orang mukmin bukanlah orang yang suka menghujah, mengutuk, berkata keji dan mencarut.” (HR Tirmidzi)

“Barang siapa yang mencela dosa saudaranya yang telah bertaubat, maka ia tidak akan mati sebelum melakukannya” (HR Tirmidzi).  

“Jangan mencela makanan yang sudah tersaji” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi) 

Menceritakan rahasia suami-isteri.  “Orang yang paling buruk tempatnya di hari kiamat, adalah laki-laki yang telah bergaul dengan isterinya, kemudian ia ceritakan rahasianya”(HR. Muslim)


Dusta akan mendorong untuk curang. Kecurangan akan mendorong ke neraka. Orang yang berdusta akan terus berdusta hingga dicatat Allah sebagai pendusta” (Muttafaq alaih.).  


"Tiga ciri orang munafik, apabila bicara berdusta, apabila berjanji mengingkari dan apabila dipercaya berkhianat” (HR Bukhari dan Muslim).  

Kesaksian palsu.  “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.” (al Isra:36). 


Qotadah berkata, “Jangan mengatakan ‘Aku melihat demikian’ padahal tidak melihatnya, ‘Aku mendengar demikian’ padahal tidak mendengarnya, ‘Aku tahu demikian’ padahal tidak mengetahuinya”.

Gurauan bohong.  “Ada orang yang mengucapkan kata-kata agar teman-temannya tertawa namun kata-kata itu menjerumuskannya (ke neraka)…”(HR Ahmad).

“Celaka orang berbicara dusta untuk ditertawakan orang…” 
(HR Abu Dawud dan At Tirmidzi). 


“Jauhilah olehmu perbuatan hasut, kerana menghilangkan kebaikan seperti api memakan kayu bakar”.

WA..

Tuesday, December 27, 2011

Peringatan Dalam Melabuhkan Pakaian

Posted by lianazulak On 7:57 AM

طرح العتاب في جواز اسبال الثياب

Syarahan Ust Akli
  1. Rakaman 1
  2. Rakaman 2
  3. Rakaman 3

Wednesday, November 9, 2011

Cara Hidup Sihat Rasulullah

Posted by lianazulak On 1:39 AM


1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”

4. Gemar bejalan kaki.
Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung.

5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi ketenanan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.

6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf.
Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.

Sunday, October 30, 2011

Jadual Berpuasa Sepanjang Tahun

Posted by lianazulak On 11:09 AM

Click Here For Full View

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh....

Puasa Arafah adalah puasa sunat yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni tanggal 9 bulan Dzulhijah. Puasa Hari Arafah tahun ini jatuh pada tanggal 5 November 2011, Sabtu. Puasa ini sangat dianjurkan bagi kaum Muslimin yang tidak menjalankan ibadah haji.

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. 
Maka Baginda bersabda: 
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” 
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: 
“Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)

Friday, October 28, 2011

Kuliah Ust Akli (Edisi 2)

Posted by lianazulak On 11:16 PM

Sekarang Waktu Kuliah Dicepatkan Kepada
3.30-4.50 petang kerana Waktu Maghrib Semakin Cepat

sambungan dari Kuliah Ust Akli


Sanad Syamail Muhammadiyah


Part 4(Rosak)


FORUM MAAL HIJRAH 1433
RAKAMAN 1



Saturday, October 22, 2011

Dimanakah Istiqamah ku???

Posted by lianazulak On 3:32 PM

Assalamualaikum wbt.
Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, tetapi ingatlah ajal kita semakin dekat dengan kita.
Maka marilah kita betulkan niat kita semua. Ini ialah guideline ibadah dalam bulan Ramdahan. Boleh juga gunakan untuk bulan-bulan yang lain. Insha Allah, semoga kita terus istiqamah dengan amalan yang telah kita buat dan terus mencari keredhaan Allah SWT. Selamat beribadah...

Ramadhan_Checklist