Tuesday, May 22, 2012
Monday, July 11, 2011
AMALAN ISLAM YANG DILUPAKAN
Al-Quran itu dinamakan juga Al Furqan atau "yang membezakan". Siapa yang mengamalkan Al Quran, maka cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan ajaran Al Quran, maka Islamnya tidak syumul. Hari ini, sendi-sendi kehidupan umat Islam sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi ciri-ciri dan amalan Islam di dalam kehidupan umat Islam. amalan-amalan Islam banyak yang telah dilupakan dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan yang ditiru, diciduk dan dijiplak dari amalan para penjajah, orang-orang Barat, Yahudi dan Nasrani.
Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam ketika itu juga ada sepuluh. Oleh kerana itu, ketika itu Islam syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan. Pada zaman selepas tabit tabiin, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi amalannya sudah berkurang menjadi sembilan. Ketika itu, Islam masih kelihatan syumul. Pada zaman tiga ratus tahun hingga tujuh ratus tahun umur Islam, yaitu di saat imperium Islam masih wujud, amalan Islam terus berkurang walaupun ilmunya tetap sepuluh.
Pada era setelah tujuh ratus tahun hingga sekarang ini, yaitu di saat imperium Islam telah runtuh dan umat Islam mulai dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, amalan dan cara hidup Islam semakin banyak ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahwa perbandingan amalan Islam hanya tinggal satu walaupun ilmunya tetap sepuluh, sama seperti di zaman Rasulullah SAW dahulu. Ilmu Islam tidak rusak. Ilmu Islam tidak berkurang. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, rusak dan susut ialah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang berbunyi:
Itulah sebab Islam tidak syumul lagi di zaman ini. Itulah sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam baik lahir maupun batinnya. Itulah sebab umat Islam sudah hilang identiti mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah-belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Umat Islam juga sudah tidak dihormati dan disegani tetapi justru dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyakinan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam tetapi cara hidup, cara berfikir dan cara menilai sangat kebarat-baratan.
Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru hara. Banyak mata yang terbuka lebar. Banyak yang terkejut. Banyak yang terpekik terlolong menuduh sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji. Umat Islam sudah lupa berpakaian cara Islam. Mereka sudah lupa itu apa aurat. Mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. Mereka sudah lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam. Mereka sudah lupa bersahabat dan bertetangga secara Islam. Mereka sudah lupa berhibur secara Islam. Mereka sudah lupa tentang batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.
Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka terkejut. Pakaian sunnah berserban mereka tidak tahu. Makan cara Islam di dalam talam, makan bergaram dan duduk bersimpuh, mereka merasa aneh. Pada masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina padahal itu adalah satu amalan yang mulia dan merupakan sebagian dari syariat Islam dan menjadi amalan Rasulullah. Bahkan poligami adalah tradisi bagi orang-orang soleh. Mereka tidak memandang salah atau hina bila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana ke mari. Narkotik, arak, zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau sebagai masalah individu yang orang lain tidak perlu ikut campur. Itu belum lagi berbicara tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeda dengan sistem kapitalis yang diamalkan yang hanya mementingkan untung berlipat ganda tanpa mengira halal atau haram. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa manusia kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesadaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan yang melalaikan, merusakkan akidah, akhlak, moral dan yang menggalakkan pergaulan bebas muda mudi dan penggunaan narkotik. Sistem sosial Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu dan penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan dan bukan sistem sosial yang menindas dan menekan, hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul yang lemah tenggelam seperti kehidupan hewan di belantara atau seperti pohon di hutan yang berebut meninggikan pucuk masing-masing untuk mendapatkan cahaya matahari. Dan juga sistem pentadbiran Islam yang menyatu-padukan umat, yang adil, yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideologi ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insan dan rohaniah lebih dari pembangunan material. Sudah begitu jauh cara hidup umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.
Untuk menebus kembali harga diri umat Islam yang sudah punah ini, untuk membawa Islam kembali gemilang dan untuk menjadikan umat Islam ini pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita. Kita perlu hidupkan kembali segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan Islam yang sejati. Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amalan kita itu menjadi dua, tiga, empat, lima dan seterusnya sejauh yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam akan hanya menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pohonnya tidak ada. Kalau pohon Islam tidak ada, bagaimana mungkin kita dapat menikmati buahnya yang enak, lezat, dan manis.Dengan ketiga-tiga perkara ini juga yaitu iman, ilmu dan amal, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya kasih sayang Tuhan. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.
Tuesday, June 14, 2011
Jagalah Lisanmu
[QS al-Isra’, 17:36]
“Hati bagaikan periuk yang mendidih kerana apa yang ada di dalamnya dan lisan adalah gayungnya. Lihatlah seseorang ketika ia berbicara kerana sesungguhnya lisannya yang akan mencedok segala apa yang ada dalam hatinya; dari yang manis, yang asam, yang tawar, yang masin atau yang lainnya, dan akan menjelaskan kepadamu segala cita rasa yang ia inginkan dengan perantara lisannya.”
“Mulut dan kemaluan.”
[HR Ahmad, Ibn Majah, dan at-Tirmidzi]
“Mahukah engkau aku beritahu tentang perkara yang boleh menjaga hal tersebut?”
“Mahu, Ya Rasulullah”
“Jagalah oleh mu ini (lisan)”
“Bukankah kita akan dimintai pertanggungjawaban dari segala apa yang kita katakan?”
“Celakalah engkau wahai wahai Mu’adz! Bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka dengan wajah tersungkur adalah akibat lidah mereka?
[HR at-Tirmidzi]
Namun secara realitinya, ramai di antara kita yang lebih mudah untuk menjaga dirinya daripada memakan sesuatu yang haram, berbuat zalim, berzina, mencuri, meminum khamar, memandang sesatu yang diharamkan dan sebagainya. Tetapi, sangatlah amat payah untuk kita menjaga lidah kita. Bahkan, seseorang yang terkenal dengan agamanya, ibadahnya, dan kezuhudannya, boleh sahaja mengatakan perkataan yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah. Dan lebih malang lagi jika dia tidak merasakan bahawa perkataannya itu tercela. Dia mengatakan satu ucapan yang ucapan itu jauh antara timur dan barat.
“Seseorang berkata, ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si Fulan,’ maka Allah berfirman, ‘Barang siapa yang bersumpah kepada-Ku bahawa aku tidak akan mengampun si Fulan, sesungguhnya Aku telah mengampuni si Fulan dan Aku akan menghapuskan segala amal perbuatanmu."
Nauzubillah min dzalik. Inilah gambaran seseorang yang mungkin ibadahnya sangat hebat kepada Allah dengan melakukan apa sahaja yang dikehendaki Allah, namun hanya dengan satu kata sahaja, seluruh amal perbuatannya terhapus kerana perkataannya.
Perkara seperti ini ditegaskan dalam hadits Abu Hurairah, Abu Hurairah berkata,
“Bicaralah hanya dengan satu ucapan, maka apa yang kamu usahakan di dunia dan akhirat semuanya akan musnah.”
Di dalam Shahihain dari hadits Abu Hurairah dari Muhammad SAW, baginda bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba yang mengatakan satu perkataan dari apa yang Allah redha kemudian dia tidak menghiraukannya, maka Allah akan mengangkat darjatnya. Dan sesungguhnya seorang hamba dengan mengatakan satu perkataan yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah kemudian dia tidak memikirkan akibatnya, maka dia akan dilempar ke dalam jahannam.”
[HR Bukhari]
Imam at-Tirmidzi juga menyebutkan dengan sanad yang shahih dari Muhammad SAW:
“Di antara tanda-tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi dirinya”
[HR Muslim dan at-Tirmidzi]
Di dalam hadits lain juga ditegaskan:
“Apabila seseorang bangun di waktu pagi, maka sesungghunya anggota badannya itu tunduk kepada lisannya. Anggota badan itu berkata kepada lisan : takutlah engkau kepada Allah dalam menjaga hak-hak kami, kerana sesungguhnya kami akan mengikutimu, jika kamu istiqomah (dalam ketaqwaan) maka kami juga akan istiqomah, namun jika kamu berbelok maka kami juga akan berbelok.”
Maka, marilah kita sama-sama memerhatikan semula, apa yang mahu dikatakan oleh lidah kita. Agar segala yang keluar itu bukan sahaja bermanfaat untuk diri insan yang sedang mendengarnya, tetapi yang penting adalah setiap kata-kata kita itu akan bermanfaat dan menjadi peringatan untuk diri kita sendiri.
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya”
[QS al-Isra’, 17:36]
Thursday, June 2, 2011
Kriteria Memilih Calon Suami
Bagaimanakah supaya kita selamat dalam memilih pasangan hidup untuk pendamping kita selama-lamanya? Apakah kriteria-kriteria yang disyariatkan oleh Islam dalam memilih calon isteri atau suami?
Kriteria Memilih Calon Suami
Monday, May 30, 2011
Kriteria Wanita yang Tidak Berguna
1. Perempuan itu tidak guna, guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna, memakai rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan ALLAH dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna, memakai minyak wangi yang baunya semerbak.Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
4. Perempuan memang tidak guna, bercakap dengan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yak baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna, buang masa dengan berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna, memakai tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh ALLAH tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna, bercakap dengan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka ALLAH tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini ,
8. Perempuan memang tidak guna, memakai alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna, memakai kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa
sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.
Adakah kita dalam golongan ini??
nauzubillah...jauhilah hambaMu dari kejahilan duniawi..
Wednesday, March 30, 2011
Keinginan Terhadap Duniawi dan Akhrawi
Tuesday, January 25, 2011
Siapakah Wanita Berpurdah itu?
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
"Siapakah wanita itu?"Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.
"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.
"Namaku DUNIA. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
Sunday, December 12, 2010
KISAH BENAR - SERBUK KAYU MENJADI TEPUNG

Diceritakan bahwa pada suatu hari seorang soleh bernama Ata' Al Azraq disuruh isterinya pergi kepasar untuk membeli suatu keperluan.
"Bang ,boleh tolong pergi kepasar." kata isterinya.
"Hendak membeli apa ?"
"Membeli tepung.Bahan makanan kita untuk hari ini sudah habis."
"Mana wangnya ? Aku tidak mempunyai wang." kata Ata'.
"Ini wangnya dua dirham."
Pergilah Ata' Al Azraq ke pasar untuk membeli tepung berbekalkan hanya wang dua dirham itu sahaja.Sekiranya wang tersebut hilang tentu dapur runmahnya tidak berasap.
Sesampainya di pasar sedang dia mencari kedai yang menjual tepung tiba2 terlihat seorang hamba abdi sedang menangis.Dia berdiri di bawah sebuah bangunan sembil mengesat2 air matanya yang mengalir tidak berhenti2.Kelihatannya begitu sedih dan takut sekali namun tiada seorang pun yang mengambil tahu apa yang terjadi kepadanya.
Ata' sangat kasihan melihat keadaan hamba tersebut lalu menghampirinya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.
"Mengapa kamu menangis ? Tak baik menangis di tempat orang ramai seperti ini." kata Ata'.
"Aku kehilangan duit." jawab hamba tersebut.
"Kalau sedah hilang mahu dibuat macamana lagi ?"
"Tapi duit tersebut milik tuan saya yang disuruh membeli barang."
"Agak2 di mana ia hilang ?"
"Tak tahu.Aku sudah puas mencarinya namun tidak juga berjumpa."
"Kalau begitu beritahu saja pada tuanmu,tak usah menangis."
"Aku takut dia akan marah dan memukul aku." kata hamba itu ketakutan.
Ata' sangat kasihan terhadap hamba itu.Dia dapat membayangkan sekiranya tuan hamba itu seorang yang kejam dan kaki pukul tentu hamba tersebut akan dibelasahnya.
"Berapa duit yang hilang itu ?" tanya Ata' lagi.
"Dua dirham saja."
"Kalau begitu ambillah wang dua dirham ini sebagai pengantinya dan belilah apa2 yang disuruh oleh tuanmu."
"Terima kasih pak cik." kata hamba itu.
Dengan wang dari Ata' tadi si hamba segera beredar dari tempat tersebut dan pergi ke kedai membeli barang yang dipesan oleh tuannya.Tinggallah Ata' terpaku sebentar kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat.Dia berfikir2 bahwa isterinya sedang menunggu2 tepung yang dipesannya namun wangnya sudah tidak ada lagi.
Bagaimanakah dia akan mendapatkan tepung ? Padahal perutnya dan perut keluarganya sudah lapar.Untuk pulang dan berterus terang kepada isterinya dia takut kalau2 isterinya akan marah.
Dalam keadaan binggung dia pergi ke masjid.Di sana dia mengambil air sembahyang lalu mengerjakan solat sebanyak2nya.Lepas itu dia berdoa kepada Allah meminta rezeki dan lain2.Dia juga mengharap agar ada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitannya namun tiada jua
Kemudian dia pergi ke sebuah kedai milik kawannya yang bekerja sebagai tukang kayu.Di situ dia bertanya barangkali ada sesuatu yang dapat dimanaafatkannya.
"Aku tidak ada apa2.Serbuk kayu adalah.Kau boleh ambil itu untuk menyalakan api." kata temannya.
Dari pulang dengan tangan kosong Ata' membuka kantongnya lalu diisinya dengan serbuk kayu tersebut sehingga penuh. kemudiann diikatnya dan dibawa pulang.Orang yang tidak tahu menyangka tentu di dalam kantong tersebut berisi tepung sebagaimana kebiasaaanya.
Setibanya di rumah,Ata' membuka pintu lalu diletakkannya kantong tersebut.Kemudian dia bergegas pergi ke masjid dam mengerjakan solat sambil berdoa kepada Allah.Seolah2 dia tidak mahu tahu apa yang akan terjadi sekiranya isterinya membuka kantong tersebut yang isinya hanyalah serbuk kayu.
Dia terus berada di masjid sehingga selesai menunaikan solat Isyak dan tidak mahu pulang juga.Apabila diagak keluarganya sudah tidur maka pulanglah Ata' ke rumahnya.
Dengan perlahan2 dia melangkah agar orang yang tidur tidak sedar kedatangannya.Tetapi didapatinya keluarganya belum tidur malah sedang membuat roti yang sangat sedap baunya.Dia sangat hairan dari mana keluarganya mendapat tepung sedangkan wang untuk membeli tepung tadi digunakan untuk menolong orang.
"Dari mana adinda mendapat tepung ?" tanya Ata'
"Dari kantong yang abang bawa itulah,dari mana lagi.Saya kan suruh abang membeli tepung tadi,dah lupakah ?" jawab isterinya.
"Ooooo. ya...ya." kata Ata' pura2 lupa.
Ata' sedar bahwa tepung itu adalah kurnia Allah.Dia telah merubah serbuk kayu pemberian temannya itu menjadi tepung yang sangat baik karna Dia Maha Kuasa berbuat apa sahaja.Itu semua adalah berkat keikhlasannya menolong orang dan mengembirakan orang yang dalam kesusahan.
Benarlah bahwa barang siapa yang mengembirakan saudaranya yang sedang kesusahan Allah akan mengembirakannya.Sebaliknya barang siapa yang yang membuat saudaranya susah,Allah akan menyusahkannya.









