Showing posts with label korban. Show all posts
Showing posts with label korban. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Sajak Serikandi Islam

Posted by lianazulak On 2:21 AM

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
Menjalin agung sebuah cinta
Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH
Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan
Gedung ilmu SITI AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
Mengendong puteranya yang masih merah
Di padang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda
Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
Tenggelam asyik dalam UBUDIYAH
Biar tersingkap segala hijab
Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati
Lantas ku serah cinta ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI
Terluka terseksa terhina terpenjara
Terkurung jasad di celahan janji kaku
Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah
Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH
Berteman pena menongkah kepayahan
Roh jihad perlu disemarakkan
Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya

Aduhai, meskipun aku hanyalah perawan
Yang jiwanya tak sekental ASMA
Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH
Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah
Namun relalah aku..
Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
Kan kuteguh menatang amanah ini
Mewarisi kegemilangannya
SERIKANDI UMMAH
Hanya kerana Islam merindui
Kemunculan peribadi mukminah
Muslimah mujahidah..
Yang rela mati dalam keunggulan iman
Terpanggang indah bagaikan harumnya pusara MASYITAH
Jika Islam itu kan kudaulatkan..

Wednesday, June 8, 2011

Tanda-tanda Lemah Iman

Posted by lianazulak On 9:31 AM



Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, 
tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, 
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, 
tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya..

Perkara Yang Menghairankan
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.

Tanda-tanda Lemah Iman

1.                 Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah.
2.          Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an.
3.          Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan shalat.
4.          Meninggalkan sunnah.
5.          Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah.
6.          Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang kabar baik.
7.          Kesulitan dalam berdzikir dan mengingat Allah
8.          Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9.          Menginginkan kekuasaan dan kekayaan.
10.       Kikir dan bakhil, tidak mahu membahagi rezeki yang dikaruniakan oleh Allah.
11.       Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12.       Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya.
13.       Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14.       Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid.
15.       Tidak mahu memperhatikan kondusi kaum muslimin.
16.       Tidak merasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17.       Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan.
18.       Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19.       Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupn duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu material atau kebendaan.
20.       Merasa asyik (ujub) dan terobsesi pada diri sendiri.

Hal-hal berikut dapat meningkatkan keimanan kita:

1.                 Tilawah Al-Qur'an dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka Insya Allah hati kita akan lembut. Untuk mendapatkan keuntungan yang optimal, yakinkan bahwa Allah sedang berbicara dengan kita.
2.          Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat, yang menunjukkan keagunganNya kepada kita. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3.          Berusaha menambah pengetahuan, setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari, seperti cara berwudhu dengan benar. Mengetahui erti dari nama-nama dan sifat-sifat Allah, orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4.          Menghadiri majlis-majlis dzikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis-majlis seperti itu.
5.          Selalu menambah perbuatan baik. Sebuah perbuatan baik akan menggalakkan kepada perbuatan baik yang lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedakah dan juga memudahkan jalan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. Amal-amal kebaikan harus dilakukan secara konsisten.
6.          Merasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita dari terlena terhadap kesenangan dunia.
7.          Mengingat fasa-fasa kehidupan akhirat, fasa ketika kita diletakkan dalam kubut, fasa ketika kita diadili, fasa ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga, atau neraka.
8.          Berdo'a. Merasa kecil di hadapan Allah.
9.          Cinta kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala harus kita tunjukkan dalam aksi. Kita harus berharap semoga Allah berkenan menerima solat-solat kita, dan senantiasa merasa takut akan melakukan kesalahan. Malam hari  sebelum tidur, sepatutnyanya kita bermuhasabah, memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10.       Menyedari akibat dari berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan, dan menurun dengan melakukan
perbuatan buruk.
11.       Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun dari Allah.

Wednesday, June 1, 2011

Surat Cinta Untuk .....

Posted by lianazulak On 11:36 AM


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah
tetap mencintai Allah dan RasulNya
di atas segalanya
kerana hanya cinta itu
yang dapat mengalahkan segalanya
cinta hakiki yang membuat manusia
melihat segalanya dari sudut pandangan
yang berbeza, lebih bermakna dan indah.
                                     
Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia
yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
Kerana perkara yang dilakukan
tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku

yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh
Merasa dibebani bahkan terpaksa
Untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan
oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati
lalu dimanakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku
Dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih
di hadapanNya selain ketakwaan.
Padahal kita menyedari
bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati
namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai mati saat tiada getar ketika asma Allah disebut
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja
saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa
yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit
jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu
hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling
memberikan keindahan Islam
yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "


Thursday, May 26, 2011

Perbezaan Orang Yang Benar dan Orang Yang Tidak Benar

Posted by lianazulak On 10:09 PM

Sebenarnya amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Islam, adalah merupakan amalan yang dilakukan dalam rangka melaksana taklif dan ia berkewajipan melakukan amalan tersebut walau apa sekalipun keadaan dan suasana yang ditempuhinya. Pada asasnya pelaksanaannya terhadap amalan tersebut secara berterusan, adalah merupakan garis pemisah anatara orang yang benar dengan orang yang tidak benar. Orang yang benar ialah orang yang berterusan melakukan amalan tanpa mengira suasana yang ditempuhinya, baik suasana itu datang mahupun pergi, baik hujan mahupun kemarau. Ia tetap meneruskan amalan tersebut. Pernah ditanya oleh seorang guru: ‘Apakah berlaku pada tuan sesuatu perkara yang tidak diingini, kemanakah seharusnya saya pergi?‘Jawab beliau: ‘Sebenarnya wali-wali Allah itu ramai, tetapi mereka terhalang dari dikenali oleh orang ramai, kerana buruk sangka orang ramai itu sendiri terhadap mereka.’

Sehubungan dengan itu, jika anda mengenali mana dia orang yang benar dan mana dia orang yang tidak benar, tandanya ialah ia berterusan melakukan amalan kerana Allah SWT di dalam setiap keadaan dan suasana yang dihadapinya, sebaliknya orang yang tidak benar ialah orang yang beramal satu atau dua hari sahaja. Apabila orang ramai memberi sambutan yang menggalakkan terhadap amalannya, ia terus beramal, tetapi apabila orang ramai tidak meberi sambutan dan tidak menunjukkan reaksi apa-apa terhadap amalan yang dilakukannya, ia mula meninggalkan amalan tersebut.

Bukti pendustaan seseorang di dalam dakwah ialah melakukan gerakkerja dakwah kepada Agama Allah, tetapi mengaitkannya dengan sambutan orang ramai terhadap dirinya. Misalnya katakan kita mengajar orang ramai. Apabila pelajaran yang diajarkan oleh kita dihadiri oleh seribu orang, kita terus meneruskan pengajaran. Sebaliknya jika pengajaran yang disampaikan oleh kita, tidak mendapat sambutan daripada orang ramai kecuali segelintir sahaja, kita tidak lagi mengajar. Sebenarnya orang yang benar tidak mempedulikan tentang ada sambutan atau tidak ada sambutan daripada orang ramai terhadap kerja-kerja dakwah yang dilakukannya, kerana urusan menambat hati manusia atau tidak, kepada dakwah yang diseru, adalah merupakan kerja Allah dan bukan kerja para pendakwah.

Saya pernah melihat sesetengah guru saya didatangi oleh seorang biasa dan meminta beliau menyampaikan pengajarannya. Guru saya itu tidak menolak jemputan tersebut, malah ia menerimanya dengan senang hati, sebagaimana ia menerima jemputan daripada orang-orang kaya yang dahagakan ilmunya.

Orang yang beramal kerana Allah akan meneruskan amalannya dalam setiap situasi yang ditempuhinya. Ia akan meneruskan amalannya tanpa mengira sama ada menerima sambutan daripada orang ramai atau tidak, sama ada terhasil buah atau tidak dan samaada zahir di sana berita-berita dan isyarat-isyarat yang menggembirakan kemudian setelah itu berita dan isyarat tersebut tidak benar, ia tetap tidak berputus asa dan tidak terjebak ke lembah putus asa itu.

Sunday, November 21, 2010

Permasalahan tentang Korban 2

Posted by lianazulak On 10:35 AM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita masih dikurniakan nikmat Islam dan Iman sehingga sekarang. Ana sudah berjanji untuk menyambung lagi tentang isu korban.


1. Bagaimana dengan kepala dan kulit binatang sembelihan? Jika beri tukang penyembelih sebagai upah boleh ke?


Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :



"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)


Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Masih ada amalan di mana daging yang telah dikorbankan dibahagi kepada tujuh bahagian, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang, kulit) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan, kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagi upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.


Tetapi jika fakir miskin yang menerima sedekah daging itu menjualnya kepada orang Islam, maka adalah harus dan sah hukumnya. Akan tetapi jika daging korban yang diberi kepada orang kaya sebagai hadiah lalu dijualnya, maka hukumnya adalah haram.


2. Apakah fadhilat ibadah korban?


1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.


2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:


"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)



3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:


"Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".


4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;


“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”(Surah al-Haj : ayat 32)


Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:


"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)



5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.


6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.
Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:


"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)



7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.


8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.


3. Jika buat korban untuk arwah ibu atau ayah adakah dibenarkan?


Adalah tidak sah berbuat korban bagi orang yang masih hidup melainkan dengan izinnya(hukumnya menjadi wajib jika arwah bernazar semasa dia hidup), dan begitulah juga orang yang telah meninggal dunia jika ia tidak berwasiat, tetapi harus bagi bapa atau nenek membuat korban dengan hartanya bagi anak atau cucunya.


4. Bagaimana pula jika buat korban diluar kawasan? Contohnya saya di mesir tetapi buat korban di Malaysia?


Pelaksanaan korban sama saja dimana-mana negara Islam, kerana kita sama-sama mengikut syariat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Jika anda berhasrat ingin berkorban di negara lain juga dibolehkan asalkan kita yakin bahawa fakir miskin di tempat kita telah mendapat bahagian korban ataupun di tempat kita tidak ada lagi orang miskin atau orang yang layak untuk menerima korban tersebut.


Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.


Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.

Daging korban tidak boleh dipindah ke negara lain, ia hendaklah disedekahkan di negara tempat ia berkorban itu sahaja.


5. Boleh ke memberi daging yang sudah dimasak kepada fakir miskin?


Perlu diingat juga bahawa bahagian yang wajib disedekahkan itu hendaklah ia daging yang masih basah dan mentah dan tidak memadai jika bahagian yang disedekahkan itu berupa kulit, hati, tanduk dan seumpamanya. Begitu juga tidak memadai jika daging tersebut dimasak, kemudian dihidangkan kepada orang yang fakir dan miskin, kerana hak fakir dan miskin itu bukan pada makan daging tersebut, tetapi adalah memiliki daging berkenaan dan bukan memilikinya dalam keadaan yang telah dimasak.


6. Bolehkah orang kafir diberikan daging korban?



Matlamat dan tujuan kita dianjurkan berkorban adalah jelas, antara lain mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan sepanjang tahun tersebut, dan memberikan orang lain sama-sama merasa nikmat Allah S.W.T, di samping merapatkan lagi ukhuwwah sesama umat. Oleh itu pemberian daging korban kepada orang yang bukan Islam tidak bercanggah dengan mana-mana tujuan korban itu dianjurkan, maka mengikut pandangan mazhab Hanbali adalah dibenarkan kita memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada orang bukan Islam, tetapi daging korban wajib tidak boleh kita berikan kepada orang bukan Islam.


7. Apakah jenis-jenis ibadah korban?


1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Eidhul Adha atau Hari Raya Haji.


2. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.


Akan bersambung.....


Wallahu a’lam....