Showing posts with label kata2 hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata2 hikmah. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Jadual Berpuasa Sepanjang Tahun

Posted by lianazulak On 11:09 AM

Click Here For Full View

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh....

Puasa Arafah adalah puasa sunat yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni tanggal 9 bulan Dzulhijah. Puasa Hari Arafah tahun ini jatuh pada tanggal 5 November 2011, Sabtu. Puasa ini sangat dianjurkan bagi kaum Muslimin yang tidak menjalankan ibadah haji.

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. 
Maka Baginda bersabda: 
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” 
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: 
“Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” 
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)

Saturday, October 22, 2011

Dimanakah Istiqamah ku???

Posted by lianazulak On 3:32 PM

Assalamualaikum wbt.
Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, tetapi ingatlah ajal kita semakin dekat dengan kita.
Maka marilah kita betulkan niat kita semua. Ini ialah guideline ibadah dalam bulan Ramdahan. Boleh juga gunakan untuk bulan-bulan yang lain. Insha Allah, semoga kita terus istiqamah dengan amalan yang telah kita buat dan terus mencari keredhaan Allah SWT. Selamat beribadah...

Ramadhan_Checklist


Tuesday, July 19, 2011

BUKU APA YANG PERLU DIBACA

Posted by lianazulak On 8:35 AM


B U K U  U T A M A
Al-Quran tatapan harian - Sederhana kecil, mudah dibawa, bermakna dan mengesani jiwa!

Kitab Al-Quranul Karim

1)- Al-Quran Syamil Edisi Tajwid – Keluaran Indonesia. Kenapa saya syorkan? – [1] Sederhana kecil ; mudah untuk dibawa ke mana-mana [2] Bertajwid dengan warna-warna yang pelbagai mengikut hukum tajwid – memudahkan pembacaan dengan bacaan tajwid yang betul [3] Terjemahan makna bagi setiap ayat – memudahkan pembaca memahami ayat Al-Quran secara tidak langsung [4] Disertakan Sisipan Al-Mathurat yang kecil. Sebagai panduan zikir al-Mathurat.

Tafsir Al-Quran dan Hadis

1)- Tafsir Ibnu Kathir, pengarang Ibnu Kathir – Menurut Dr Aid Abdullah Al-Qarni, Imam al-Syaukani pernah berkata dalam kitab al-Badr al-Thali’“ Aku belum pernah melihat ada kitab tafsir yang lebih hebat daripada kitab ini.”

Keistimewaan kitab ini : - a) Ia mentafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran. Dalam mentafsirkan satu ayat, dia menyebut beberapa ayat yang ada kaitannya dengan ayat tersebut. b)- Selain itu, ia juga menggunakan hadis-hadis nabawi seperti Musnad Imam Ahmad, kuttub al-Sittah dan kitab-kitab lain.

2)- Kitab Fizilalil Quran, karya Syed Qutb – Antara Karya beliau yang termahsyur. Dikatakan sebahagiaannya ditulis ketika beliau di dalam penjara. Bahasanya memukau, menyentuh dan menekankan aspek ruhiyah Al-Quraniyah.

3)- Kitab Sahih Bukhari – Kitab ini, sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiyah dalam kitab Fatawanya – merupakan kitab hadis yang paling utama setelah Al-Quran. Penyusunannya luar biasa. Antaranya, Imam al-Bukhari memakai tulisan hadis sebagai nama bab kitab dan ia merupakan istinbat dari hadis-hadisyang ada dalam bab itu sendiri. ( Dr Aid Abdullah Al-Qarni)

Kitab syarah Sahih Bukhari yang popular seperti, Fath al-Bari karya Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Hady al-Sari karya al-Qasthalani.

4)- Kitab Sahih Muslim – Kitab hadis yang menduduki tempat kedua selepas kitab Sahih Al-Bukhari.



Tarbiyah Imaniyah, ruhiyah dan dzatiyah ( Proses pembentukan diri dan sahsiah)

1)- Fathi Yakan ( Buku Apa Erti Saya Menganut Islam?) – Buku yang penting untuk dihadam. Utamakan yang ini bagi yang inginkan pemahaman yang jelas tentang Islam. InsyaAllah.

2)- Abdullah Nasih Ulwan ( Menuju Jalan Taqwa, dan Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi) – 2 buah buku ini telah memberi suatu impak dan kesan kepada saya. Sangat-sangat membantu memproses penyucian dan pembersihan diri. InsyaAllah.

3)-Muhammad Ali al-Hashimi Keperibadian Mukmin)- Sangat sistematik, tersusun dan harus dimiliki oleh semua orang dalam melaksanakan kehidupan seperti baginda Rasulullah SAW. Ada dalam bahasa Inggeris iaitu The Ideal Muslim keluaran Internasional Islamic Publishing House.

4)-Dr Yusuf Al-Qardawi ( Iman dan kehidupan, Detik-detik Masa dalam kehidupan seorang muslim). Beliau banyak mengarang kitab dan kebanyakannya berkisar dakwah, tarbiyah, fiqh dan isu-isu semasa. Seorang tokoh ulamak terkini yang sangat dikagumi dan disegani.


Dakwah Islamiyah, Harakah Islamiyah

1)- Mustafa Masyhur ( Dakwah Fardiyah, Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah, Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah). – Banyak memberikan dorongan, penjelasan dan bekalan-bekalan dalam mengharungi jalan dakwah. MasyaAllah. Tulisan yang sangat penting untuk para-para daie.

2) Muhammad Ahmad Ar-Rasyid Al- Muntalaq (Titik Tolak) , Al- Raqa’iq, Al- Masar ( Khitab Dakwah), Al-Awaiq (Hambatan-hambatan dakwah). Tulisan berdasarkan pengamatan, pengalaman dan interaksi dakwahnya yang sangat mendalam dan panjang dalam medan dakwah. Dipenuhi dengan kajian fiqh dakwah dan bahasa yang sarat ruhaniyah. Dalam bukunya, kita akan dapat 2 perkara sekali gus iaitu , wawasan dakwah yang luas dan penguatan keruhanian yang sangat mengesani jiwa!

3) Hassan Al-Banna ( Beliau tidak menulis buku, tetapi pemikiran dan ceramah beliau ditulis semula dan dibukukan, antaranya Pandangan semula kepada Risalah Ta’lim, Usrah dan dakwah, Antara Hari ini dan semalam, Bingkisan untuk pemuda dan sebagainya.)

Fikrah Islamiyah, Ideologi Pemikiran

1)- Syed Qutb ( Petunjuk Sepanjang Jalan) – Buku kontroversi yang mencetuskan suatu era kesedaran dan kebangkitan Islam. Menjelaskan sejelas-jelasnya antara Islam dan Jahiliyah. Saya sangat menyukai satu bab awalnya iaitu : Generasi Al-Quran yang unik.

2)- Dr Ali Abdul Halim Mahmud ( Syarah Usul 20 Imam Hassan Al-Banna – Rukun Faham), Huraian secara terperinci berkaitan salah satu rukun baiah yang diperkenalkan oleh Imam Al-Banna iaitu rukun faham. Syarahan yang terperinci, berserta dalil-dalil Al-Quran dan Hadis serta contoh-contoh yang sesuai.

3)- Dr Ugi Suharto ( Pemikiran Islam Liberal )- Penulisan yang cuba menjelaskan suatu aliran pemikiran yang sangat bahaya dan kian menular di dunia. Bahasanya agak ilmiah dan perlukan panduan dan kajian lanjut.

4) Abul A’la Maududi – ( Islam dan Jahiliyah )- Bukunya nipis, bahasa agak tinggi dan ilmiah. Namun, penjelasannya berkaitan Islam dan Jahiliyah sangat terang dan nyata.



Sirah, Sejarah dan Fiqh Sirah

1)- Dr Abd Rahman Ra’fat ( 65 kehidupan para sahabat Rasulullah SAW atau terkini terdapat tajuk 65 Manusia Langit) – Komentar : Buku ini sangat bagus, bahasanya indah dan penuh kesasteraan yang menusuk jiwa. Bacalah dengan penuh penghayatan dan anda akan dapat menyelami kehidupan para sahabat seolah-olah kita berada di zaman mereka.

2)- Dr Ali Shurbaji (Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat). Kitab yang menceritakan kisah para sahabat mengikut tema-temanya yang tertentu. Diterjemahkan oleh Ustaz Darus Senawi.

3)- Mustafa al-Sibai’ (Al-Sirah al-Nabawiah : Durus wa ‘Ibar) – Kitab sirah kontemporeri namun penuh dengan pemikiran.

4)- Shafi al-Rahman al-Mubarakfuri (Al-Raeeq al-Makhtum fi Sirah al-Nabi al-Ma’shum). Antara kitab sirah yang terbaik. Susunan bahasa yang mudah dan sesuai untuk umum. Diterjemah oleh Ustaz Darus Senawi.

5)- Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (Zad al-Ma’ad) – Komentar Dr Aid Abdullah Al-Qarni, ini merupakan kitab yang terbaik yang pernah dia lihat.

6)– Sirah Ibn Hisyam – Kirab ini merupakan kitab yang paling afdhal dan juga luas perbahasannya.

Al-Quran dan Sains

1)- Sheikh Abdul Majid Al-Zindani ( Al-Quran dan Sains). Saya pernah memiliki buku ini namun, tidak pasti kemana ia telah menghilang?- Sempat membaca sehingga separuh buku. Menarik!

2)- Harun Yahya (Kaum-kaum yang pupus, Penipuan Evolusi, Malapetaka yang dibawa oleh Darwinisma kepada manusia, Bagi orang-orang yang memahami, Keajaiban Al-Quran dan banyak lagi). Konsep dan pendekatan yang dipersembahkan oleh Harun Yahya dalam bukunya, menjadikan ia tarikan utama untuk mendalami setiap penulisannya.

3) – Dr Haji Jamnul Azhar B Hj Mulkan ( Al-Quran dan Sains) – Saya sangat mengemari ceramah dan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Jamnul sejak zaman menengah lagi. Menarik, berfakta, berisi dan terhibur. Buku ini sepatutnya bersiri tetapi saya hanya jumpa satu siri sahaja.

4)- Dr Danial Zainal Abidin ( Konsep Perubatan Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad SAW, Empayar Minda Muslim dan 7 Formula Individu Cemerlang). Buku-buku beliau semuanya diterbitkan oleh PTS dan antara buku yang bestseller.



Motivasi Tarbawi dan Islamik

1)- Amru Khalid – ( The Power Of Akhlak, Melamar Bidadari dengan Solat Malam, Ibadatul Mukmin ( Ibadah Sebening hati), Ishlahul Qulub dan banyak lagi) – Siapa beliau? – merupakan seorang ustaz dan dai muda Mesir yang banyak berkecimpung dalam hal pengurusan kalbu. Terkenal sebagai pengacara acara televisyen paling terkenal di Timur Tengah iaitu Shuna’ul Hayah ( Pengurusan Hidup)

2)- Dr Aid Abdullah Al-Qarni. Buku beliau yang terbaik ialah La TahzanJangan bersedih telah membangkitkan saya daripada kelesuan dan kejatuhan semangat ketika itu. Dan bermula saat itu saya mulai membeli karya-karyanya yang tidak kurang hebatnya seperti, Jagalah Allah, Allah menjagamu, Jangan Melampaui batas, Tersenyumlah, Bacalah dengan nama tuhanmu dan sebagainya.

3)- Majdi Al-Hilali ( Mari Menjadi Hamba Rabbani, Hancurkan Ego dalam diri, Membina Personaliti Rabbani) – Tulisan yang baik, mudah dan praktikal. Harus dimiliki.

4)- Muhammad Ahmad Ismail al-Muqaddam ( Uluwwul Himmah) – Sebuah buku yang membangkitkan semangat saya. Setebal 509 muka surat, ia membawa kita menyelami erti sebuah semangat atas dasar keimanan dan matlamat yang jelas.

5)- Solikhin Izzudin. Bukunya seperti Zero to Hero, The Way to win, Tarbiyah Dzatiyah, Quantum Tarbiyah, The Great Power of Mother dan sebagainya telah saya baca dan teladani. Bahasanya mudah, simple tetapi bagi saya – ia menyengat!

6)- Salim A Fillah - Bukunya itu seperti Jalan Cinta Para Pejuang, Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan, Agar Bidadari Cemburu Padamu, Bahagianya Merayakan Cinta, dan Saksikan Bahwa Aku seorang Muslim – telah saya cari, beli dan sedang berusaha membaca sehingga selesai!


Penulis-penulis Malaysia - Motivasi remaja, keibubapaan

1)- Ummu Anas – Motivasi remaja. Seorang ibu yang menulis dengan bahasa hati. Telah menghasilkan 2 buah buku, iaitu Anak-anakku bangunlah dan Anak-anakku berjuanglah. Boleh baca tulisannya di dalam majalah HALUAN setiap bulan. InsyaAllah

2)- Pahroi Mohd Juoi – penulis yang sangat berpengalaman. Saya terpikat caranya berinteraksi dengan pembaca di dalam setiap penulisannya. Mudah, simple, ajakan berfikir dan hidup. Layari blognya iaitu Genta-Rasa. Bukunya yang telah saya baca, antaranya Tentang Cinta, Nota fikir, Nota Zikir, Mukmin Profesional, Satu Rasa Dua Hati, Nota hati seorang lelaki dan sebagainya.

3)- Ustaz Hasrizal Mohd Jamil- seorang dai, blogger dan juga motivator yang terkenal di Malaysia. Websitenya iaitu SaifulIslam.Com telah menjadi medannya berkongsi ilmu dan memberi. Terkenal dengan ungkapan – Erti Hidup pada memberi. Buku-buku bestsellernya seperti Aku Terima Nikahnya, Bercinta sehingga ke Syurga dan Murabbi Cinta. Kesemuannya telah saya memiliki dan baca. Menarik!

4) - Ustaz Zaharudin Abd Rahman - seorang ahli akademik tetapi sentiasa berkongsi ilmu di teratak websitenya . Zaharuddin.net. Buku-bukunya juga sangat membantu dalam memahami fiqh, muamalat dan soal hukum hakam Islam.


Penulis-penulis karya kreatif dan kesenian kesasteraan

1)- Dr Faisal Tehrani - Beliau adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Novel hasil karyanya - Cinta Hari-hari Rusuhan , Politikus Melayu , 1515 , Maaf Dari Sorga, novel Rahsia Ummi, Tunggu Teduh Dulu .1511H Kombat Advencer Si Peniup Ney , Detektif Indigo ,Surat-surat Perempuan Johor , Detektif Indigo, Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu. Hampir kesemuanya telah saya baca dan ia lain daripada lain. FT sangat teliti dan bijak dalam berkarya. Kerana itu mutu penulisannya sangat tinggi dan sukar ditandingi.

2)- Habiburahman El Syirazy - Novelnya Ayat-ayat Cinta telah memberikan suatu ledakan fenomena baru dalam dunia penulisan kesenian kreatif. Semasa membacanya – saya benar-benar tenggelam di dalam dunia penulisan garapnya. Sejak itu, karya-karyanya akan saya amati dan telaahi – Antaranya seperti, Di atas sajadah cinta, ketika cinta berbuah syurga, Ketika cinta bertasbih dan terkini Bumi Cinta.

3)- Fatimah Syarha Noordin – Seorang penulis muda yang prolifik. Karya seperti Tautan Hati, Syabab Musafir Kasih, Hatiku Milikmu telah membawa satu arus baru dalam penulisan seni kreatif. Kekuatannya, penulisannya ialah bahasa sastera yang tinggi, dipenuhi bunga-bungan keimanan dan rujukan nota yang dilampirkan dalam setiap novelnya.

4) – Hilal Asyraf – Penulis muda yang kian meningkat naik. NovelnyaVT, Relasi, Sinergi dan lain-lain telah menjadikan keimanan dan dakwah sebagai tema utamanya. Beliau akan hadir dalam dunia sastera dengan karya-karya yang lebih mantap dan menarik. InsyaAllah. Boleh layari websitenya – LangitIlahi.

Saturday, June 11, 2011

Sajak Muslimah Yang Dikasihi

Posted by lianazulak On 10:45 PM

Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. 

Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. 

Kelak engkaulah yang bertuah menjadi tetamu Allah. 
Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Muslimah yang dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya

Pasti engkau yang bahagia. 
Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti
permata yang berharga di celahan kaca.
Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya.
Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu
di dada. 
Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. 
Moga ia menjadi perisai buat dirimu. 
Jangan kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak di duga.

Saturday, May 28, 2011

Ciri-Ciri Wanita Syurga

Posted by lianazulak On 9:31 PM


Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1.
Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman :

" … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."
(An Nisa' : 13)



Cantiknya seorang muslimah..

"awalnya aku tidak percaya diri,
dengan pakaian yg tertutup rapi,
kawan-kawan berkata aku tidak trendy,
tapi abi kata aku cantik begitu pun ummi,

wahai kawan yg bermimpi sanjungan,
cantik bukan bererti BUKA-BUKAAN
cantik bukan bererti selalu BERDANDAN
dan cantik bukan bererti SEORANG PUJAAN

ku ulurkan jilbabku hingga terasa damai hatiku
ku loggarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
ku lakukan semuanya demi cintaku kepada Rabbi-ku
dan ku berbisik dalam hati ku,semoga engkau bahagia melihat ku

andai semua org memahami
cantik lahir bukan lah ukuran
tapi cantik hati memikat semua orang
dan yang utama budi pekerti
seperti yang Rasulullah contohkan.."