Showing posts with label tareqat. Show all posts
Showing posts with label tareqat. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Perbezaan Orang Yang Benar dan Orang Yang Tidak Benar

Posted by lianazulak On 10:09 PM

Sebenarnya amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Islam, adalah merupakan amalan yang dilakukan dalam rangka melaksana taklif dan ia berkewajipan melakukan amalan tersebut walau apa sekalipun keadaan dan suasana yang ditempuhinya. Pada asasnya pelaksanaannya terhadap amalan tersebut secara berterusan, adalah merupakan garis pemisah anatara orang yang benar dengan orang yang tidak benar. Orang yang benar ialah orang yang berterusan melakukan amalan tanpa mengira suasana yang ditempuhinya, baik suasana itu datang mahupun pergi, baik hujan mahupun kemarau. Ia tetap meneruskan amalan tersebut. Pernah ditanya oleh seorang guru: ‘Apakah berlaku pada tuan sesuatu perkara yang tidak diingini, kemanakah seharusnya saya pergi?‘Jawab beliau: ‘Sebenarnya wali-wali Allah itu ramai, tetapi mereka terhalang dari dikenali oleh orang ramai, kerana buruk sangka orang ramai itu sendiri terhadap mereka.’

Sehubungan dengan itu, jika anda mengenali mana dia orang yang benar dan mana dia orang yang tidak benar, tandanya ialah ia berterusan melakukan amalan kerana Allah SWT di dalam setiap keadaan dan suasana yang dihadapinya, sebaliknya orang yang tidak benar ialah orang yang beramal satu atau dua hari sahaja. Apabila orang ramai memberi sambutan yang menggalakkan terhadap amalannya, ia terus beramal, tetapi apabila orang ramai tidak meberi sambutan dan tidak menunjukkan reaksi apa-apa terhadap amalan yang dilakukannya, ia mula meninggalkan amalan tersebut.

Bukti pendustaan seseorang di dalam dakwah ialah melakukan gerakkerja dakwah kepada Agama Allah, tetapi mengaitkannya dengan sambutan orang ramai terhadap dirinya. Misalnya katakan kita mengajar orang ramai. Apabila pelajaran yang diajarkan oleh kita dihadiri oleh seribu orang, kita terus meneruskan pengajaran. Sebaliknya jika pengajaran yang disampaikan oleh kita, tidak mendapat sambutan daripada orang ramai kecuali segelintir sahaja, kita tidak lagi mengajar. Sebenarnya orang yang benar tidak mempedulikan tentang ada sambutan atau tidak ada sambutan daripada orang ramai terhadap kerja-kerja dakwah yang dilakukannya, kerana urusan menambat hati manusia atau tidak, kepada dakwah yang diseru, adalah merupakan kerja Allah dan bukan kerja para pendakwah.

Saya pernah melihat sesetengah guru saya didatangi oleh seorang biasa dan meminta beliau menyampaikan pengajarannya. Guru saya itu tidak menolak jemputan tersebut, malah ia menerimanya dengan senang hati, sebagaimana ia menerima jemputan daripada orang-orang kaya yang dahagakan ilmunya.

Orang yang beramal kerana Allah akan meneruskan amalannya dalam setiap situasi yang ditempuhinya. Ia akan meneruskan amalannya tanpa mengira sama ada menerima sambutan daripada orang ramai atau tidak, sama ada terhasil buah atau tidak dan samaada zahir di sana berita-berita dan isyarat-isyarat yang menggembirakan kemudian setelah itu berita dan isyarat tersebut tidak benar, ia tetap tidak berputus asa dan tidak terjebak ke lembah putus asa itu.

Saturday, May 21, 2011

Perumpamaan Pokok Dengan Ibadah Kita

Posted by lianazulak On 11:54 PM


Kadang-kadang seorang Islam yang melaksanakan amalan yang ditaklifkan oleh Allah tidak memperolehi hasil secara segera dan inilah kebanyakan yang berlaku di medan kerja-kerja umum, dakwah kepada agama Allah, jihad dan di medan perubahan Islam yang dituntut dan diingini oleh orang Islam. Tidak munculnya hasil secara segera ini, mengandungi perkembangan dan kebaikan yang berterusan di dalamnya. Ini kerana tabiat manusia suka kepada tergesa-gesa. Firman Allah SWT:
  
Sifat manusia sentiasa ingin menanam tanaman hari ini dan memungut hasilnya pada keesokan hari. Walau bagaimanapun Alah Azza Wajalla mempunyai sunnah-sunnahNya yang telah ditetapkan. Adalah diakui dalam sesetengah aktiviti, seseorang menanam hari ini, telah berjaya memungut hasilnya pada keesokan hari,  namun di dalam sesetangah aktiviti yang lain, seseorang menanam tanaman hari ini, tanaman tersebut tidak menghasilkan sebarang buah, kecuali setelah berlalu 15 tahun selepas itu seperti pokok zaitun misalnya. Terdapat buah-buahan yang tidak mungkin dapat dipungut kecuali setelah berlalu satu tempoh masa tertentu. Selagi anda berusaha mendapatkan hasilnya sebelum masanya, ia sedikitpun tidak memberi faedah kepada anda, bahkan jika anda berusaha juga secara tergesa-gesa untuk mendapatkan buahnya, boleh jadi sikap anda itu akan membuatkan pokok yang anda tanam itu mati. Terdapat sunnah-sunnah ilahi yang wajib diraikan oleh kita, kerana Allah SWT telah menjadikan taklif ilahi berhubungan rapat dengan sebab-sebab zahir dan bukannya dengan perkara-perkara luar biasa yang mencarikkan adat.

Adakah anda ditaklifkan supaya berhubung dengan perkara-perkara luar biasa yang mencarikkan adat? Atau anda ditaklifkan di dalam ruang lingkup sebab-sebab yang zahir yang kadang-kadang disokong oleh Allah dengan kejadian yang luar biasa?

Asal taklif sebenarnya berada di dalam ruang lingkup alam sebab yang zahir. Kadang-kadang Allah SWT menjadikan anda berjaya melampaui alam sebab-sebab yang zahir itu dan kadang-kadang juga tidak. Kerana itu apabila anda beramal dalam rangka melaksanakan taklif ilahi yang diwajibkan ke atas anda, hendaklah anda memerhatikan sunnah-sunnah Allah Azza Wajalla dan sunnah Allah SWT ini, kadang-kadang menghukumkan sesetengah perkara memperolehi hasil agak lewat berbanding yang lain.

Kebanyakan yang berlaku kepada manusia – khususnya yang terlibat di dalam gerak kerja dakwah, pendidikan, jihad dan juga politik- mereka tergesa-gesa untuk  mendapatkan hasil sebelum masanya. Tergesa-gesanya mereka untuk mendapatkan hasil tersebut, bukanlah merupakan asas yang diakui di dalam kehidupan orang Islam. Persoalannya hasil dan buah sebenarnya berkait rapat dengan Allah dan Allah SWT mempunyai hikmah-hikmah tertentu berkaitan dengannya.

Pada hari kiamat nanti, ada di antara ada di antara rasul yang akan dibangkitkan oleh Allah SWT hanya diikuti oleh seorang pengikut sahaja. Ada yang diikuti oleh dua orang pengikut dan ada yang langsung tidak mempunyai pengikut.

Dalam suasana kita melibatkan diri dalam kerja-kerja umum, kadang-kadang kita dapati, hasilnya tidak datang secara segera, sebaliknya agak lewat, persoalannya bagaimana sepatutnya kita berdepan dengan situasi ini? Adakah kita patut berdepan dengannya dengan  perasaan putus asa dan meninggalkan terus kerja-kerja umum itu atau kita terus berinteraksi dengan situasi tersebut dengan penuh kesabaran, disamping mengemaskinikan lagi aktiviti tersebut. Kita perlu melihat adakah terdapat kekurangan dalam amalan yang kita lakukan itu. Firman Allah SWT:

“Dan berapa banyak dari nabi-nabi terdahulu telah berperang dangan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan agama Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Apa yang perlu dibuat ialah mereka perlu melihat balik diri mereka,seterusnya meneguhkan amalan kerana Allah dan dengan Allah, disamping menunjukkan kesabaran yang tinggi di dalam melaksanakan amalan tersebut. Inilah keadaan orang Islam di dalam hidupnya. Ia tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan hasil sebelum tiba masanya.

Ini sesuai dengan keadaan fiqh yang menyatakan:

Mereka perlu terus berinteraksi dengan situasi lambatnya datang hasil tersebut disamping terus mengelokkan amalan, melakukan muhasabah dan bersabar. Tidak ada satu bentuk gantian yang cepat mendatangkan hasil kecuali dalam bentuk meninggalkan aktiviti yang dilakukannya itu, sedangkan meninggalkan aktiviti tersebut tidak harus sama sekali. Begitu juga dengan sikap berputus asa, juga tidak diharuskan sama sekali.

Syeikh Ibn Ata’illah memberi peringatan, dalam kita melakukan sesuatu kerja, jangan hendaknya kita mudah berputus asa dan jangan meninggalkan terus kerja yang sedang kita lakukan itu semata-mata kerana hasilnya lambat diperolehi, sebaliknya kita hendaklah meneruskan kerja tersebut.

Wallahua'lam

Wednesday, March 30, 2011

Keinginan Terhadap Duniawi dan Akhrawi

Posted by lianazulak On 12:14 AM


Seseorang yang meletakkan kaki di jalan menuju kepada Allah Azza Wajalla, pada kebiasaannya akan timbul oada dirinya sejenis keinginan iaitu keinginan untuk meninggalkan sebab  musabbab atau meninggalkan amalan duniawi yang sedang diceburinya. Anda dapati perkara ini berlaku pada beberapa golongan manusia seperti orang yang zuhud, pendakwah dan juga orang alim. Apabila golongan yang disebutkan ini semua meletakkan kakinya di jalan Alla Azza Wajalla biasanya akan timbul pada diri mereka sejenis perasaan ingin meninggalkan segala bentuk amalan duniawi bagi membolehkan mereka menumpukan sepenuhnya kepada amalan-amalan Akhirat yang sedang mereka ceburi.

Syeikh Ibn Ata'illah ingin memberi peringatan kepada kita berhubung keinginan seumpama ini yang kadang-kadang muncul disebabkan oleh kesan hawa nafsu dan bukan kesan dari keinginan yang ikhlas kepada Akhirat. Ketika mana kita meletakkan kaki di jalan menuju Allah tanpa mengira siapa kita, samaada kita merupakan ahli ibadah, orang yang zuhud, pendakwah, ulama atau orang yang ingin pertolongan dan bimbingan, Syeikh memberi amaran kepada kita supaya kita tidak meletakkan kaki di jalan menuju kepada Allah, kerana hawa nafsu yang tersembunyi di dalam diri kita sendiri. Misalnya keinginan untuk berehat atas alasan berdakwah kepada Allah Azza Wajalla, menuntut ilmu mengajar dan menumpukan sepenuh masa kepada ibadah, sedangkan dorongan yang sebenar melakukan semua perkara ini, adalah kerana hawa nafsu.
Sehubungan dengan itu Syeikh Ibn Ata'illah menyatakan:

"Keinginan untuk tajrid, padahal Allah menempatkan anda pada sebab adalah termasuk ke dalam syahwat yang tersembunyi. Sebaliknya keinginan anda terhadap sebab , padahal Allah menempatkan anda pada tajrid bererti gugur dari cita-cita murni."

Yang mendorongan Syeikh Ibn Ata'illah mengemukan kata-kata hikmah ini ialah pengalaman peribadi yang dilalui oleh beliau. Pada peringkat renaja beliau bertugas di beberapa buah kolej agama. Beliau menyibukkan diri menghasilkan ilmu daripada buku-buka dan mengajar masyarakat. Setelah beliau berkenalan dengan Syeikh Abu al-Abas al-Mursi dan berulang-alik di dalam majlisnya, timbul di dalam dirinya perasaan ingin meninggalkan aktiviti menghasilkan ilmu dan mengajar yang dilakukan oleh beliau, bagi membolehkan beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah. Beliau menyakini jalan yang menyampaikannya kepada Allah tidak akan terelisasi dengan menyibukkan diri dengan sebab-sebab bergaul dengan mayarakat. Walau bagaimanapun al-Imam Abu al-Abbas telah memberi perangsang kepada beliau dengan menyatakan: Tetaplah anda di tempat di mana anada berada sekarang. Apa saja bahagian yang dibahagikan kepada anda melalui tangan kami, ia akan sampai kepada anda. Itulah kedudukan orang-orang yang sangat benar ( al-Siddiqin). Mereka tidak keluar dari sesuatu sotuasi sehingga Allah SWT jua yang mengeluarkan mereka dari situasi tersebut. Setelah Syeikh Ibn Ata'illah menemui kerehatan di dalan menyerahan diri kepada Allah. Abu al-Abbas menyatakan kepadanya: Beriltizamlah anda dengan apa yang anda perolehi, kerana sekiranya anda beriltizam dengan apa yang perolehi, anda akan menjadi mufti pada dua jalan iaitu jalan ilmu zahir dan jallan ilmu batin. Berita baik yang disampaikan oleh Syeikh Abu al-Abbas menjadi kenyataan. Ibn Ata'illah menjadi iman kepada dua jalan tersebut. eliau terus mengajar di Universiti al-Azhar dan dalamm masa yang sama juga merupakan salah seorang wali Allah sehingga berjaya menjadi khaliah yang menggantikan Abu al-Abbaz al-Mursi dan Abu al-Hassal al-Syazili.

Ibn Ata'illah adalah merupakan orang yang bertanggungjawab mencatat di dalam karangan beliau risalah dan ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh kedua tokoh tersebut. Abu Abbas menegah Ibn Ata'illah dari meninggalkan duniawi dan berpindah ke maqam tajrid kerana perbuatan beliau itu adalah sebab pilihan beliau sendiri dan pilihan tersebut lebih didorong oleh keinginan hawa nafsu yang melonjak-lonjak. Memang nafsu inginkan kepada sesuatu perkara, perkara itu akan menjadi ringan kepadnya, sedangkan dia sendiri tidak dapat memastikan adakah maqam tajrid yang ia hendak berpindah kepadanya itu, akan mendatangkan kebaikan kepadanya atau sebaliknya. Yang mengetahui perkara yang sebenar hanyalah Allah. Pilihan manusia terhadap diri sendiri, adalah satu bentuk ketundukan kepada hawa nafsu syahwatnya sendiri dan syahwat ini adalah satu perkara yang tersembunyi, kerana pada zahirnya ia menzahirkan tumpuan kepada Allah dan menjauhkan diri kepada masyarakat, tetapi pada batinnya ia menyembunyikan keinginan ingin rehat dari bekerja dan mendapat pujian daripada orang ramai kononnya ia adalah wali Allah yang mana tidak ada seorangpun yang mengetahuinya melainkan Allah.

Maksud tajrid di sini ialah memutuskan hubungan dengan amalan-amalan duniawi. Syeikh Ibn Ata'illah berpendapat ketika mana Allah menempatkan anda pada maqam sebab musabbab, tetapi anda pula begitu ingin sekali berada pada maqam tajrid, menunjukkan keinginan anda itu adalah datang dari keinginan syahwat yang tersembunyi di dalam diri anda sendiri. Sewajarnya anda tetap kekal berada pada maqamsebab musabbab itu, sehinggalah Allah Azza Wajalla mengeluarkan anda daripadanya. Misalnya anda mencari pekerjaan duniawi ke sana ke mari, tetapi anda tidak memperolehinya atau anda tidak memperolehi punca-puncanya atau anda memperolehi punca-puncanya, tetapi abda di halau keluar dari punca-punca itu oleh orang yang berebut mendapatkannya atau punca-punca itu datang kepada anda tanpa kehendak anda sendiri, dikala itu anda akan dapati diri anda terpaksa bersendirian, kerana keadaan memaksa anda bersikap demikian. Inilah yang dikatakan sejenis tajrid yang tidak terdapat sebarang campurtangan nafsu di dalamnya, kerana Allah SWT sendiri yang menempatkan anda pada maqam ini.

Syeikh Ibn Ata'illah menarik perhatian kita kepada peri pentingnya adab dalam beramal. Bagi beliau apabila Allah menempatkan kita pada maqam sebab musabbab, kita hendaklah kekal berada pada maqam tersebut. Apa saja perkara yang mampu kita lakukan di lapangan ilmu, berdakwah dan beribadah, hendaklah kita lakukan, tetapi jangan sesekali kita cuba meninggalkan maqam tersebut. Sebaliknya jika masalah yang berlaku itu terkeluar dari kehendak kita sendiri, hendaklah kita bersama dengan kehendak itu. Kadang-kadang Allah SWT menahan sebab musabbab daripada diri kita dan kita dapati ia terputus dari kita, di kala itu dikatakan kita telah berada pada maqam tajrid. Kadang-kadang tajrid itu datang kepada kita dari arah yang kita sendiri tidak mampu menolaknya. Misalnya keadaan memerlukan anda memutuskan hubungan dengan sebab musabbab bagi menumpukan perhatian kepada ibadah samaada ibadah berbentuk fardu ain mahupun berbentuk fardu kifayah.

Individu yang ditempatkan oleh Allah pada maqam Tajrid tanpa keinginan dan kehendak daripadanya sendiri dan ditutup kepadanya pintu sebab musabbab duniawi, kemudian dibuka kepadanya jalan-jalan menuju ke Akhirat dalam bentuk menuntut ilmu, beribadah, berdakwah dan memberi khidmat kepada masyarakat umum yang merupakan jenis amalan akhirat yang paling tinggi sekali, inilah dinamakan sebagai tajarrud yang bersih, murni dan tidak diliputi oleh sebarang debu.

Persoalannya apabila Allah SWT menempatkan seseorang pada maqam ini, kemudian dia kembali berfikir kepada sebab-sebab musabbab duniawi, adakah pemikirannya ke arah itu dikira satu pemikiran yang sihat?

Ketika Rasulullah SAW berpindah ke Madinah kerana berhijrah ke sana dan bermulanya operasi jihad yang berterusan, para sahabat turut terlibat sama dalam operasi jihad ini. Akibatnya kepentingan mereka terganggu. Pengurusan kebun-kebun mereka terjejas. Satu ketika terlintas di dalam hati mereka untuk memikirkan kepentingan mereka yang terbengkalai oleh urusan jihad.


Apakah dia kebinasaan yang dilarang oleh Allah ke atas mereka di dalam ayat di atas? Kebinasaan yang dimaksudkan ialah mereka yang meninggalkan kedudukan yang telah ditempatkan oleh Allah kepada mereka iaitu urusan jihad, melakukan aktiviti amalan ukhrawi, berdakwah, menuntut ilmu, mengajar, memberikan perkhidmatan umum kepada manusia dan lain-lain.

Maqam yang paling tinggi apabila Allah menempatkan anda pada maqam Tajrid ialah anda kekal pada maqam tajrid itu dan anda tidak lagi berfikir kepada maqam kepada maqam sebab musabbab. Kenyataan ini sebenarnya tidak sesuai untuk umum, sebaliknya hanya sesuai untuk segolongan manusia sahaja iaitu golongan al-Siddiqin. Orang-orang awam tidak sesuai difokuskan kepada mereka perbicaraan seperti ini, kerana masih bercampur asuk pada mereka antara amalan duniawi dengan amalan ukhrawi. Sekiranya kita menuntut semua orang dengan satu bentuk tuntutan sahaja, sudah tentu akan rosak binasa kehidupan dunia.

Apabila ditegakkan maqam tajrid dan terbuka kepada anda sebab-sebab yang membolehkan anda terlihat di dalam dakwah, menuntut ilmu dan memberikan khidmat kepada masyarakat, namun anda pula terfikir untuk meninggalkan Tajrid dan kembali mengendalikan urusan-urusan kehidupan dunia, bermakna telah berlaku satu kesongsangan, keguguran dan penurunan tahap yang telah berjaya diperolehi oleh anda sebelum itu.

Keguguran dari martabat yang tingi berlaku dalam bentuk seseorang pasa asalnya berada pada maqam tajrid, tetapi selepas itu ia berusaha untuk turun kepada alam sebab musabbab semata-mata mengejar habuan dunia.

Gerak kerja dakwah bertujuan mengajak manusia kepada agama Allah, memerlukan kepada tumpuan sepenuhnya termasuklah memutuskan hubunga dengan perkara-perkara lain. Membimbing manusia kepada agama Allah memerlukan kepada tumpuan yang serius. Begitu juga dengan urusan mengajar masyarakat tentang agama Allah. Menekuni ke semua perkara yang disebutkan ini memerluka kepada tumpuan yang serius.

Sehubungan itu, apabila Allah menempatkan anda pada maqam ini, hendaklah anda tumpukan perhatian anda kepada melaksanakan hak-hak yang berkaitan dengannya dan jangan cuba memikirkan tentang urusan dunia. Sebaliknya, jika Allah menempatkan anda pada maqam sebab musabbab, janganlah meninggalkannya semata-mata kerana ingin menumpukan diri kepada kerja-kerja dakwah, mengajar dan lain-lain, kerana nanti anda akan kehilangan dunia dan juga Akhirat. Anda kehilangan dunia kerana meninggalkan amalan dan kehilangan Akhirat kerana niat tidak bersih.

Wallahu a'lam....

Sunday, March 27, 2011

Tanpa Bergantung Dengan Amalan Sendiri

Posted by lianazulak On 1:10 PM


Ada orang bersandar kepada amalnya untuk membolehkannya memasuki syurga atau selamat dari seksa Allah. Ada pula yang menyandarkan diri kepada amalannya untuk sampai kepada Allah dan menyingkap penutup hati. Menurut Syeikh Ibn Ata'illah keinginan kedua golongan ini adalah tercela, kerana timbul dari nafsu yang menganggap amalan itu datang dari diri sendiri, sehingga mengutamakan amalan tersebut unuk mencapai tujuannya. Sedangkan orang-orang yang arif tidaklah bersikap demikian. Mereka sama sekali tidak menganggap diri mereka mempunyai amalan, apalagi untuk bersandar kepadanya. Mereka berpendapat yang hakiki hanyalah Allah. Harapan kepada rahmat Allah bagi orang-orang arif ini tidaklah bertambah oleh sesuatu sebab dan tidak pula berkurang oleh sebab. Harap kepada rahmat Allah dan takut kepada azab Allah yang terdapat di dalam diri mereka sentiasa seimbang dalam setiap keadaan.

Orang Islam ditaklifkan melakukan berbagai-bagai amalan bagi mendapatkan keredaan Allah, tetapi di dalam masa yang sama ditaklifkan supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada amalan yang dilakukan itu, kerana walau bagaimana hebat sekalipun amalan yang dilakukannya, dia tetap tidak mampu menunaikan hak Allah Azza Wajalla dan hak bersyukur kepadaNya dalam ertikata yang sebenarnya[1].Firman Allah SWT:

Maksudnya:
"Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak nikmat Tuhannya".

1.Ini tidak membawa maksud kita tidak perlu beramal dengan amalan-amalan yang telah ditaklifkan oleh syarak seperti menunaikan solat, berzikir, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, bersedekah dan lain-lain, sebaliknya yang ditekankan oleh beliau di sini ialah tidak boleh bergantung ssepenuhnya kepada amalan-amalan yang dilakukan, bagi mendapatkan keredaan Allah, sebaliknya perlu juga mengambil kira rahmat Allah di dalam melakukan amalan tersebut,kerana tanpa rahmat Allah, kita tidak dapat melakukan amalan-amalan tersebut dengan jayanya. Contoh yang lain lebih mudah untuk difahami ialah seseorang yang ditimpa sesuatu penyakit disuruh berubat, tetapi dalam masa ia tidak disuruh bergantung sepenuhnya kepada ubat tersebut untuk menyembuhkan dirinya, kerana kuasa yang menyembuhkan sebenarnya ialah Allah SWT sahaja. Mengambil ubat itu hanyalah sebahagian dari langkah kita berusaha dan berikhtiar untuk mencari kesembuhan yang diperintahkan oleh syarak. Perbuatan tersebut terlalu bergantung kepada ubat tersebut adalah sejenis perbuatan syirik yang ditegah kita melakukannya.

Sehubungan dengan itu, dia ditaklifkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada amalan yang dilakukannya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Bersikap luruslah anda dan hampirkan diri kepada Allah dan ketahuilah tidak ada seorangpun dari kalangan anda yang akan memasuki syurga dengan amalan yang dilakukannya sahaja. Para sahabat bertanya: Adakah tuan juga tidak dapat memasuki syurga dengan amalan itu wahai Rasulullah?: Sabda baginda: Ya, saya juga tidak dapat memasuki syurga dengan amalan yang saya lakukan, walau bagaimanapun Allah SWT menganugerahkan kepada sya dengan keampunan dan rahmat daripadaNya." Hadith riwayat al-Sittah (enam orang ulama Hadith terkemuka)

Meninggalkan sikap bergantung sepenuhnya kepada amalan yang dilakukan, mengandungi banyak hikmah dan mempunyai hubung kait dengan kefahaman tentang Allah dan pembersihan jiwa. Sikap bergantung sepenuhnya kepada amalan akan melahirkan perasaan penyakit ghurur (penyakit terpedaya dengan amalan yang dilakukan), ujub, menunjukkan kelebihan diri ke atas Allah dan buruk adab terhadapnNya. Selain itu, ia juga membuatkan seseorang merasakan Allah melaksanakan hak-hak tertentu terhadap dirinya. Ke semuanya ini adalah merbahaya dan perangkap syaitan belaka.

Oleh kerana bergantung sepenuhnya kepada amalan yang dilakukan, merupakan punca kesalahan dan perangkap syaitan, malah bertentangan dengan maqam al-Siddiqin ( orang-orang yang sangat benar), Syeikh Ibn Ata'illah memulakan rawatan penyakit ini dengan memberikan kepada kita satu tanda yang membolehkan kita mengenalinya.

Apakah tanda yang membuktikan samada kita bergantung seenuhnya kepada amalan yang kita lakukan atau bergantung kepada Allah? Sudah tentu Syeikh tidak menyatakan tinggalkanlah beramal, sebaliknya Syeikh terus mengalakkan kita beramal. Beliau ingin menarik perhatian kita kepada satu persoalan penting dimana melaluinya kita mengetahui adakah kita terlalu bergantung kepada rahmat Allah atau kepada amalan-amalan yang kita lakukan. Kerana itu, dalam setiap keadaan, orng Islam wajib megekalkan sepenuhnya kepercayaan kepada Allah dan tali hubungan ini hendaklah sentiasa meningkat dan berkembang.

Ketika anda dapati diri anda melakukan kesalahan dan akibat dari kesalahan tersebut, timbul perasaan kurang percaya dan kurang bergantung kepada Allah, membuktikan pada asasnya anda sebenarnya terlalu bergantung kepada amalan-amalan yang anda lakukan itu dan bukannya kepada Allah SWT.

Sekiranya kepercayaan dan harapan anda kepada rahmat Allah sempurna, sudah tentu setiap apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada harapan, kepercayaan dan tawakal anda itu. Apabila anda terjebak dengan ke dalam sesuatu kesalahan, anda tidak boleh berputus asa, kerana masih boleh bertaubat kepada Allah dan menaruh kepercayaan terhadap kesempurnaanNya. Walaupun dunia berubah, namun anda tetap kekal dengan kepercayaan dan tawakal anda kepada Allah dan hubungan ini perlu sentiasa dipertahankan.

Apabila berlaku perubahan akibat keruntuhan urusan-urusan dunia atau kelemahan sebab musabbab atau anda sendiri terjebak ke dalam satu-satu kesalahan atau maksiat, kemudian kurang harapan dan pergantungan anda kepada Allah, pada asasnya ada suatu kesalahan dan perkara yang tidak kena pada diri anda iaitulah terlalu bergantung kepada amalan yang anda lakukan dan bukannya bergantung kepada Allah. Di kala itu anda wajib menilik diri anda dan menguatkan semula hubungan anda dengan Allah, dalam semua aktiviti yang anda lakukan. Anda tidak boleh lupa untuk melaksanakan hak syariat di dalam taubah atau muhasabah atau berpegang dengan sebab musabbab.

Permulaan Perjalanan Menuju Allah SWT

Posted by lianazulak On 12:47 AM



Diantara tanda-tanda sifat mengutamakan amal sendiri ialah kurangnya harapan terhadap rahmat Allah ketika melakukan kesalahan[1]. Keinginan untuk tajrid, padahal Allah menempatkan anda pada sebab adalah termasuk ke dalam syahwat yang tersembunyi. Sebaliknya keinginan anda terhadap sebab, padahal Allah menempatkan ada pada tajrid bererti gugur dari cita-cita murni. Himmah (Tekad dan bercita-cita) yang menggebu tidak dapat menerobos takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Kekanglah diri anda dari tadbir (mengatur diri) apapun yang telah diatur oleh selain dari anda (iaitu oleh Allah SWT) bagi diri anda, janganlah anda mengaturnya. Kesungguhan anda dalam mencari rezeki yang telah ditanggung oleh Allah dan kelengahan anda terhadap tuntutan Allah dari anda (iaitu ibadah) menunjukkan pandangan mata hati anda kurang jernih.

1. Ada orang bersandar kepada amalnya untuk membolehkannya memasuki syurga atau selamat dari seksa Allah. Ada pula yang menyandarkan diri kepada amalannya untuk sampai kepada Allah dan menyingkap penutup hati. Menurut Syeikh Ibn Ata'illah keinginan kedua golongan ini adalah tercela, kerana timbul dari nafsu yang menganggap amalan itu datang dari sendiri, sehingga mengutamakan amalan tersebut untuk mencapai tujuannya. Sedangkan orang-orang yang arif tidaklah bersikap demikian. Mereka sama sekali tidak menganggap diri mereka mempunyai amalan,apalagi untuk bersandar kepadanya. Mereka berpendapat yang hakiki hanyalah Allah. Harapan  kepada rahmat Allah bagi orang-orang arif ini tidaklah bertambah oleh sesuatu sebab dan tidak pula berkurang oleh sesuatu sebab. Harap kepada rahmat Allah dan takut kepada azab Allah yang terdapat di dalam mereka sentiasa seimbang dalam setiap keadaan.

Perjalanan menuju kepada Allah SWT bermula dengan niat yang benar kemudian diikuti dengan amalan yang salih[2]. Amalan-amalan Islam adalah merupakan pendahuluan kepada sampainya cahaya-cahaya iman ke dalam hati.

2. Satu istilah yang tidak dapat lari dari kitab al Hikam ialah salik. Salik dari segi bahasa bermaksud orang menuju kepasa sesuatu matlamat atau perkara. Dari segi istilah pula ia adapat dibahagikan kepada dua iaitu salik dalam pengertian umun dan salik daam pegertian yang khusus. Salik dalam pegertian umum melibatkan setiap orang mukmin, kerana setiap orang mukmin dikira sedang berjalan menuju kepada Allah atau menempuh jalan yang digariskan oleh agama Allah. Yang kedua salik dalam pegertian yang khusus yang diamalkan oleh kalangan-kalangan ahli-ahli tasawwuf iaitu hamba yang bertaubat dari hawa nafsu dan syahwatnya, beristiqamah pada jalan kebenaran ( Al-Qur'an dan juga Hadith) dengan melakukan mujahadah, ketaatan dan keikhlasan. (Doktor Hasan al-Syarqawi, Mu'jam al Faz al-Sufiyyah, Mu'assasah al-Mukhtar Li al-Nasyri Wa al-Tawzi. a;- Qahirah 1987, cet. 1, hlm. 171). Salik  dalam pegertian khusus ini juga bermaksud orang yang berjalan atau melalui maqam-maqam dengan hal keadaannya)keadaan atau rasaan rohani) bukan dengan ilmu (yang zahir) tasawwurnya (gambaran,bayangan atau khayalan akal) di mana ilmu atau pengetahuan yang diperolehinya adalah secara penglihatan mata hati (ain) yang menolak atau menafikan kedatangan keraguan (syubhah) yang boleh menyesatkannya. ( Ali Ibn Muhammad al-Jurjani, al-Ta'rifat, Dari al-Kutub al-Illmiyyah, Bayrut, 1983, hlm 116). 

Langkah orang yang menempuh jalan  menuju kepada Allah memulakan perjalannya menuju kepada Allah, dengan ikhlas, memerlukan beberapa nasihat dan tunjuk ajar, untuk menjauhkannya dari terjerumus ke dalam perangkap-perangkap yang muncul pada peringkat awal perjalanannya. Antara perangkap yang mungkin timbul ialah dalam bentuk terlalu bergantung kepada amalan yang dilakukan atau berputus asa apabila melakukan sesuatu kesalahan, yang mengakibatkan dia berhasrat untuk meninggalkan terus amalan-amalan zahir yang dilakukannya itu. Kadang-kala dia bercita-cita dan begitu bersungguh sekali untuk merealisasikan makna-makna yang tidak dituntut dan juga tidak diwajibkan ke atasnya mendapatakannya. Dia bercita-cita untuk sampai kepada matlamat yang dituju melalui jalan pintas.

Apabila gagal mencapai apa yang dicita-citakannya, dia mula putus asa dan meninggalkan berdoa. Kadang-kadang dikasyafkan[3], yang dia akan diberikan sesuatu pada waktu tertentu atau diperlihatkan kepadanya perkaraitu di dalam mimpinya, kemudian perkara yang diperlihat kepadanya itu, tidak berlaku di alam nyata, di waktu itu timbullah pada dirinya keraguan terhadap asas perjalanan yang sedang ditempuhinya. Kadang-kadang amalannya berkurang tetapi ma'rifahnya[4] bertambah, namun ia tidak mengetahui kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya pada maqam[5] tersebut.

3. Kasyaf bermaksud penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.
4. Ma'rifah bermaksud keadaan atau sifat seseorang arif yang mnegenal Allah dari segi zat, sifat dan asma'Nya sehingga akhinya dapat nengetahu rahsia-rahsia ketuhanan.
5. Maqam bermaksud tingkatan kerohanian yang dicapai oleh seseorang yang menempuh jalan menuju kepada Allah.




Wednesday, February 9, 2011

Maksiat

Posted by lianazulak On 10:19 PM



Ketahui olehmu bahawasanya tiada atas orang yang Tholib (iaitu orang yang menuntut kehampiran dengan Allah) yang memberi mudharat (kemusnahan) akan dia terlebih daripada redhanya daripada nafsunya. Dan adalah demikian itu jalan yang menjauhkan dan memutuskan daripada Allah,

seperti kata Sheikh Ibni Athai'llah As-Sakandari RA:
"Bermula asal tiap-tiap maksiat dan ghaflah (lalai) dan syahwat itu redha daripada nafsunya dan asal tiap-tiap taat dan jaga akan ibadat dan memelihara dirinya itu ketiadaan redho daripada nafsu".

Bermula asal tiap-tiap maksiat dan ghaflah dan syahwat itu redha daripada nafsu kerana redha itu menutup ia akan aib (jahat) nafsu dan menegahkan ia daripada nazhor(tilik) kepada Haq Taala dalam segala ahwal dan asal tiap-tiap taat itu ialah jaga akan ibadat dan memelihara dirinya itu ketiadaan redha daripadamu daripada nafsu.

Bermula redha daripada nafsu itu asal sekelian maksiat yang mazmumah dan ketiadaan redha daripadanya itu asal sekelian sifat yang mahmudah kerana bahawasanya seorang hamba itu apabila redha ia daripada nafsunya; maka dilihatnya segala perbuatan itu dalam baik dan dalam sempurna.

Melalui kalam hikmah ini...kita akan dapat mengenalpasti akan punca dan asal daripada segala sifat-sifat buruk yang ada pada seseorang. Jika diselidiki, memang banyaklah pelakuan maksiat dan kejahatan yang dilakukan oleh seorang hamba hasil daripada kuatnya desakan dan tarikan nafsu syahwat.

1.Semasa makan, hamba buat buat maksiat kerana mengikut nafsu dan selera mereka untuk bersedap-sedap dengan hidangan lauk-pauk yang lazat hinggakan melemahkan anggota dan hati untuk beribadat kepada Allah.

2.Semasa tidur, seorang hamba juga buat maksiat kerana mengikut nafsu syahwatnya untuk tidur di atas tilam yang empuk sehinggakan susah untuk Qiyamullail dan mungkin tertakhir sembahyang subuh hingga mata hari terbit.

3.Semasa bercakap dan berbincang dengan kawan-kawan, seorang hamba banyak melakukan dosa dan maksiat kerana mengikut nafsunya yang suka bercakap mengenai sesuatu yang menyebabkan mereka banyak ketawa atau memperkatakan sesuatu perkara yang haram seperti mengumpat dan menghina orang lain.

4.Semasa beribadat hamba banyak juga buat dosa dan maksiat kerana mengikut telunjuk nafsu syahwat dan redha dengannya untuk;
* mentakhirkannya tanpa kelulusan syarak
* mencampurkannya dengan riya
* menyemaikan benih-benih ujub
* mengharapkan kemulian dan balasan
* dipandang kita banyak buat ibadat berbanding orang lain
* menagih sesuatu keistimewaan dari amalan atau wirid yang dikerjakan
* dan banyak lagi maksiat-maksiat sama ada yang zhohir atau tersembunyi.

Semuanya adalah kerana redhonya hamha dengan keinginannya yang jahat-jahat tetapi didatangkan dalam wajah yang baik sehinggakan sesuatu yang
* jahat dianggap baik
* salah dianggap betul
* menipu dianggap benar
* kurang disangkakan sempurna
* berlebih-lebihan dikatakan sekadar mencukupi
* malas dikatakan rajin
* fitnah dikatakan sebagai maklumat
* bidaah dikatakan ikut sunnah
* tergelincir dianggap berada pada landasan yang betul
* dosa dianggap pahala

Dan berbagai-bagai lagi dari sesuatu yang batil tetapi dianggap yang sebenar lantaran cenderungnya dan sebatinya hamba dengan sifat-sifat mazmumah yang tercela lagi merosakkan. Dengan sebab itulah pada kalam hikmah di atas dengan kata-katanya seperti berikut:

Dan telah Ittifak (muafakat) atas segala orang yang arif dari segala orang yang mempunyai Istibsor Qulub (mata hati) bahawasanya redha daripada nafsu itu mewajibkan menutup segala aib nafsu dan segala kejahatan dan jadilah jahatnya....baik...

Maka barangsiapa mengikut nafsunya dan tiada menegahkan hawanya [tuju hatinya] nescaya adalah rugi dunianya dan akhiratnya. Dan barangsiapa menyalah nafsunya dan menegahkan hawanya daripada menyampaikan qasadnya, nescaya syurga tempatnya.

Syurga yang dimaksudkan di sini ialah syurga yang kekal abadi dalam akhirat nanti. Di samping itu juga mengikut pandangan ahli tasauf, ada satu lagi syurga yang disegerakan di dunia ini dan dianugerahkan kepada hamba-hamba Allah yang mematikan dirinya(nafsu syahwat dan sifat (Keakuan diri). Mereka telah bebas dari kurungan hawa nafsu ini akan diberikan "Jannatul 'Ajila" yang bermaksud hidup ruh dan jiwanya dengan sentiasa musyahadah akan Tuhannya mengikut maqam-maqam yang ditentukan buatnya. Demikianlah kurnia Allah Taala untuk mereka yang berjuang ke arah jalanNya dengan cara mematikan diri..

Sebaliknya hambanya yang sentiasa menjadikan hamba nafsu sebagai Tuhannya dengan berlazat-lazat dan bersenang-senang dengan perhiasan dunia tidak akan dapat merasa keuntungan dan kelebihannya di dunia ini dan di akhirat nanti. Di dunia mereka buta dan di akhirat lebih-lebih lagi. Tidak hairanlah mereka memakai pakaian-pakaian ego, hipokrit, tamak, bermuka-muka dan sebagainya kerana sentiasa meredhoi hawa nafsunya.

Mereka adalah golongan yang rugi dunia dan rugi di akhirat.
Syeikh Abu Hassan Syazali RA. pernah berkata: "Barangsiapa mati dan tiada bersungguh-sungguh dalam belajar ilmu kami (Ilmu Tasauf) maka matinya dia pada hal masih mengekali dosa-dosa besar".

Kata setengah ahli sufiah" barangsiapa mengintai akan Tuhannya dan segala Kothrohnya [lintasan hatinya] nescaya dipeliharakannya dalam segala harkahnya [gerak-gerinya].

Mengintai atau disebut juga sebagai Muraqabah mengikut istilah Sufiah membawa maksud mata hati yang sentiasa memerhatikan:
* Perbuatan dirinya adakah berlandaskan ilmu fekah(syariat) atau taqlid membuta.?
* Perkataannya adakah memberi manfaat dan mudhorat kepada dirinya atau orang lain atau semata-mata lagha (sia-sia) sahaja ?
* Pandangan hati(jiwa)nya sentiasa ingin melihat akan Keesaan dan Keagungan Allah sama ada dalam perbuatan (Afa'al Allah), sifat-sifat Allah atau Zat Allah dalam tiap-tiap sesuatu yang melintasi pandangan mata hatinya.

Dengan adanya sifat-sifat hati yang sentiasa mengawasi setiap gerek-gerinya, nescaya hamba tersebut akan terpelihara daripada terjerumus kepada maksiat zahir dan batin pada setiap harkahnya(gerak-gerinya).

Dan adalah redha daripada segala nafsu dan ketiadaan redha itu jadi daripada bersahabat dengan segala orang yang baik dan orang yang jahat kerana bahawasanya seseorang itu atas agama kekasihnya.

Maka kerana demikian itulah: kata Sheikh Ibni Athai'llah As-Sakandari RA:
"Bahawasanya bersahabat engkau dengan orang yang jahil yang tiada redha dengan nafsu terlebih baik daripada bersahabat engkau dengan orang yang Alim yang redha ia dengan nafsunya".

Wallahu Ta'ala A'lam

Tuesday, January 4, 2011

Tipu Daya Syaitan Pada Murid Sheikh Junaid Al-Bagdadi

Posted by lianazulak On 1:17 PM



Dipetik dari Tazkiratul Aulia (halaman 114)


Syaitan telah masuk ke dalam hati seorang daripada murid Sheikh Junaid dan membisikkan bahawa murid itu telah mencapai kesempurnaan dan tidak perlu lagi berkawan dengan Aulia Allah.

Murid itu pun memencilkan dirinya. Satu hari dia berkata kepada seorang kawannya bahawa dia telah dikunjungi oleh malaikat pada tiap-tiap hari dengan membawa unta yang berhiasan dan membawa dia melawat ke langit.

Apabila Sheikh Junaid mendengar perkara itu, beliau pun tinggal semalam bersama dengan muridnya itu. Sheikh Junaid menyuruh murid itu berkata kepada malaikat yang dikatakan datang mengunjunginya itu

"Kamu pesuruh iblis! Pergi jahanamlah kamu!!!"

Murid itu pun menyebut perkataan itu apabila malaikat itu datang. Apa yang dikatakan malaikat dan unta itu pun lari dan hilang dan didapati dirinya duduk di atas tong sampah dan rangka-rangka bangkai binatang yang bertaburan di situ.

Murid itu pun bertaubat dan meminta perlindungan dari Sheikh Junaid. Sheikh Junaid berkata;
"Memencilkan diri bagi orang yang dalam permulaan menjalankan perjalanan (Thoriqat) adalah bahaya. Berdampingan dengan guru yang mursyid adalah perlu".

Jika murid kepada Imam Besar Ilmu Tasauf Sheikh Junaid boleh diperdayakan oleh syaitan....betapa pula dengan mereka yang menggelarkan diri mereka Ahli Hakikat yang tinggi tetapi berguru dengan guru yang tidak dikenali asal-usul salsilahnya. Ada yang sampai terpadaya dengan ketinggian kata-kata guru berkenaan sehinggakan melanggar batas yang telah ditetapkan oleh syariat Rasulullah hinggakan sembahyang pakai niat sahaja, mengerjakan haji dengan tawaf mengelilingi pokok kayu. Berhati-hatilah memilih jalan ini dan lihatlah siapa guru anda agar anda tidak terpilih guru syaitan. Perhatikan kata-kata dari seorang Aulia Allah ini sebagai panduan dalam memilih Guru Thoriqat;

Shiekh(guru) itu boleh jadi di barat, tetapi beliau tahu keadaan muridnya di Timur Kelebihan yang harus dimiliki oleh seseorang guru tasawuf ialah dia mempunyai "KASFIL QALBI" (membaca hati murid) dan "KASFIL KUBUR" (mengetahui tentang keadaan orang yang mati dalam kubur).jika dia tidak mempunyai kelebihan ini, maka haramlah dia membimbing muridnya.
Dia tidak boleh menjadi guru tasawuf. Dia hendaklah tahu keadaan dunia dahulu dan sekarang.Beliau adalah khalifah di bumi ini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud;
'Kami jadikan dia khalifah di bumi ini".

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai suatu kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
[Al-Isra' : 65]


Sumber 

Thursday, November 25, 2010

MAKAM DIRI -Dimanakah Syaitan Duduk Di Dalam Manusia

Posted by lianazulak On 5:01 AM

bertasbih DI MAKAM DIRI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita masih dikurniakan nikmat Islam dan Iman sehingga sekarang. Ana nak kongsi sedikit sebanyak tentang makam-makam yang terdapat dalam di kita dan ia seharusnya dijaga agar kita terpelihara daripada syaitan.

Pada diri peribadi seorang manusia terdapat “tempat” yang disebut ” makam diri”. Tempat ini sangat penting untuk diketahui dan difahami, sebab apabila sebuah makam tersebut tidak pernah kita kunjungi atau tidak pernah kita perdulikan maka bencanalah yang akan melanda diri peribadi baik di dunia maupun di akhirat.

Kita selalu berhijrah ke makam (kuburan) orang lain, sementara makam diri sendiri tidak pernah di hijrahi tentu naif jadinya. Makam orang lain kita buat bersih tanpa rumput sama sekali, namun disayangkan makam peribadi kerana tidak pernah dijiarahi kondisinya penuh rumput belukar sehingga dipastikan bersemayam segala binatang melata yang berbisa, ironisnya.

Mengapa Demikian?

Iblis laknatulloh telah besumpah dihadapan Allah bahwa Dia tidak akan pernah tunduk kepada Adam, bahkan Iblis berjanji akan terus menggoda Adam dan anak cucu Adam dengan misi menyesatkan / menjerumuskan ke lembah jahanam dan menjadikan koloni sesat.

Dimanakah Mereka Bersemayam Dan Berkuasa?

Didalam wadah maksiat mereka bersemayam. Didalam wadah Amarah mereka bersemayam, Didalam wadah takabbur mereka berkuasa, dan banyak lagi tempat mereka dapat membangun kerajaannya. Makanya jangan hairan apabila pada diri peribadi seorang manusia akan terkandung sifat-sifat tercela yang mengotori jiwa seperti:

  • Hasad atau Iri hati
  • Haqad atau Dengki / benci
  • Suuzzan atau Prasangka buruk
  • Kibir atau Sombong
  • Ujub atau Merasa sempurna diri dari orang lain
  • Riya atau Mempamerkan kelebihan
  • Suma’ atau Cari-cari nama atau kemashuran
  • Bukhul atau Kikir
  • Hubbul mal atau Cinta kebendaan
  • Tafahur atau Membanggakan diri
  • Ghadab atau Pemarah
  • Qhibah atau Pengupat
  • Namimah atau Bicara ngelantur dibelakang orang
  • Kijib atau Dusta
  • Khianat atau Munafik
  • Dan sebagainya
Istana Iblis Dimana?

Subhanallah…Istananya adalah diri peribadi seorang manusia.

Lantas Masuk Iblis Melalui Apa?

Melalui mata mereka merasuk, melalui telinga mereka menusuk, melalui hidung mereka berjalan, melalui mulut mereka berkendaraan dengan kencangnya. Dan seterusnya segala lubang ditubuh seseorang jadi istananya.

  • Mulut jalan masuk memakai kendaraan dusta dan qhibah
  • Mata jalan masuk memakai kendaraan melihat yang haram
  • Telinga jalan masuk kendaraan biasa mendengar cerita kosong
  • Hidung jalan masuk kendaraan biasa menimbulkan rasa benci
  • Tangan jalan masuk kendaraan merusak
  • Kaki jalan masuk kendaraan biasa berjalan berbuat maksiat
  • Perut jalan masuk biasa diisi makanan haram
  • Kemaluan dan dubur jalan masuk syahwat juga berzina

Apabila iblis sudah bersemayam diri seseorang maka celakalah…!!! Mereka akan berkuasa terhadap segala tingkah laku seseorang sebagai Pilot.

Begitu Pentingkah Makam Itu Diketahui?

Lebih penting dari tidur, Lebih penting dari makan.

Mengapa Begitu Penting?

Apabila makam tersebut dijadikan istana oleh iblis sebagai tempat bersemayam maka hancurlah dan celakalah diri seseorang dari dunia sampai akhirat….Nauzubillah!!!

Adapun makam diri 7 (tujuh) peribadi seorang manusia adalah:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRKjH-Nq1A-P_SsUFAvC4DHLwa-wY_LuhJ78Ds_qrynQevSJ5qnnHHzfks25S0oNm1PpNj42c5V2tlG5RDroja4uBeQMi7ot-gl3kYZdmSETzP7qi9RKFb90-TDVYii2zFkt4FJl0UR8W-/s320/makam-7-di-diri-hitam.jpg

1. Makam Qalbi

2. Makam Roh

3. Makam Sirri

4. Makam Khafi

5. Makam Akhfa

6. Makam Nafsun Natiqa

7. Makam Kullu Jasad

Ringkasnya sebagai berikut:

1. Makam Qalbi letaknya dua jari dibawah susu kiri, tepatnya berada pada Jantung jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan kemusrikan, kekafiran, ketahyulan dan sifat-sifat iblis dan inilah yang ana sebut semak belukar juga haiwan yang berbisa. Apabila kita sudah tau hal ini maka seharusnyalah kita berhijrah dan melakukan pembersihan total agar semua rumput dan binatang melata yang bersifat tercela tidak lagi mengotori makam tersebut. Sejatinya makam ini adalah tempat Iman, Islam, tauhid, ma’rifah pada peribadi seorang. Jadi, dengan bersihnya kotoran tadi maka sifat terpuji itu akan bertukar menjadi Pilot.

2. Makam Roh letaknya dua jari dibawah susu kanan, tepatnya berada pada Rabu jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan Bahimiyah (Sifat binatang jinak) dan sifat-sifat menuruti hawa nafsu. Sejatinya makam ini adalah tempat Sabar tawakkal pada peribadi seorang

3. Makam Sirri letaknya dua jari diatas susu kiri, tepatnya berada pada Paru-paru jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan Syabiyah (sifat binatang buas) yaitu sifat pemarah, pendendam, dhalim dan aniaya. Sejatinya makam ini adalah tempat Kasih sayang juga ramah tamah pada peribadi seorang.

4. Makam Khafi letaknya dua jari diatas susu kanan, tepatnya berada pada Limpa jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan hjasad, dengki juga khianat dan sifat-sifat iblis yang tercela ini membawa kecelakaan dunia akhirat. Sejatinya makam ini adalah tempat Kebaikan dan sifat syukur pada peribadi seorang.

5. Makam Akhfa letaknya ditengah dada, tepatnya berada pada empedu jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan ria, takabur, sombong, ujub, dan sama’ atau mempamerkan kebaikan diri. Sejatinya makam ini adalah Ikhlas, khusyu’, tadarru tafakkur pada peribadi seorang.

6. Makam Nafsun Natiqa letaknya diantara kening, tepatnya berada pada pikiran jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan nafsu amarah yang senantiasa mendorong orang untuk melakukan kejahatan tidak berperikamunisiaan, sifat ini juga selalu biang penghambat dalam meciptakan perbaikan masyarakat, juga sifat banyak hayalan dan panjang angan-angan. Sejatinya makam ini adalah tempat Sifat tentram dan pikiran tenang pada peribadi seorang.

7. Makam Kullu Jasad letaknya ada dua (1) di pusat (2) di ubun-ubun, tepatnya meliputi seluruh tubuh. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan gahflah atau sifat kejahilan, kebendaan, kelalaian atau alfa. Sejatinya makam ini adalah tempat Ilmu dan amal pada peribadi seorang.

Dengan Apa Peribadi Seorang Membersihkan Makam Diri Yang Kotor…?

Sabda Rasululloh SAW:



Untuk membersihkan kotornya makam diri adalah dengan Dzikrullah, yaitu berzikir kepada Allah. Disini kita memakai pembersihnya dengan Asma’ Allah atau Nama Allah. dibaca: “Allah-Allah” pada setiap makam.

Allah SWT Berfirman Dalam Al Qur’an Surat Al-Furqan-70:


1. Makam Qalbi: Zikir Allah-Allah sebanyak 5000 x
2. Makam Roh: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
3. Makam Sirri: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
4. Makam Khafi: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000x
5. Makam Akhfa: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
6. Makam Nafsun Natiqa: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
7. Makam Kullu Jasad: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x

Firman Allah SWT dalam Al Quran Surat Asysyam ayat 7-10:


Maka, Zikir “Allah-Allah” tersebut kalau dijumlahkan keseluruhan menjadi 11.000 x (hatam besar) dan kalau mampunya hanya 5000x pada makam qalbi maka itu disebut hatam kecil.

Selama kotoran makam itu belum di bersihkan maka IBLIS akan senantiasa menjadi PILOT dengan mengendarai seorang manusia untuk senantiasa melakukan perbuatan tercela, sementara manusia itu sendiri sulit untuk berkelakuan terpuji keranana jiwanya telah dirasuki oleh iblis.
Jangan hairan apabila dimuka bumi ini kita melihat banyaknya kehancuran akibat tangan-tangan manusia. Semua itu dalangnya adalah iblis yang bersemayam dikerajaannya.

Apa Keuntungan Utama Melebihi Segalanya dari Bersihkan makam Diri Itu?

Kebersihan adalah sebagian dari pada iman, dan kebersihan itu pangkal kesihatan. Tentunya, kalau makam diri sudah bersih dan senantiasa dijaga kebersihannya maka prilaku seseorang itu akan sihat dan iman seseorang itu akan kokoh tidak berbuat sesuatu yang tercela.

Dengan seseorang memiliki perbuatan terpuji itu baik lahir maupun batinnya tentulah permukaan bumi ini akan aman dan kehancuran akibat tangan manusia tadi tidak akan terjadi. Tidak akan saling mengahancurkan satu sama, dan masih banyak lagi cerita indah yang tidak cukup dilukiskan disini.

Dari semua itu, ada keuntungan utama melebihi semua yang saya sebutkan sebelumnya yaitu Sucinya “Makam Robbaniyah”. Dialah implementasi Roh yang Suci dan paling halus yang disebut “Hakekat diri sebenarnya diri.”

Dialah induk dari semua makam. Dialah yang dapat mendekati Tuhan. Rasululloh bersabda:
“Di dalam tubuh anak adam ada segumpal daging apabila baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila rusak maka rusaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahwa dia itu adalah “Hati”

Oleh karena itu, dengan mendahulukan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci mengenal “Sang Maha Pencipta.” Mengenal Sang Maha Pencipta” itu adalah awal agama.

“Awaluddin Ma’rifatulloh: Awal Agama Mengenal Allah”

Bagaimana cara mengenal Allah?

Untuk mengenal Allah maka Kenal Dulu diri.

Rasululloh SAW bersabda:


sumber:http://kibayu.wordpress.com/makam-diri/

Saturday, October 23, 2010

Syariah, Tareqat dan Hakikat

Posted by lianazulak On 8:09 AM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita masih dikurniakan nikmat Islam dan Iman sehingga sekarang. Apa yang ana sampaikan di sini ialah apa yang ana tahu dan ana ingin sampaikan kepada sahabat-sahabat. Ana pernah bertanya kepada Ust Akli(pernah mengajar kami kitab di sini),”Ust, apa itu tareqat?”. Kerana soalan ini sentiasa bermain difikiran ana sehingga ana bermimpi-mimpi untuk mengetahuinya.


Kenal tak sheikh Abdul Qadir Jilani? Kalau kenal, mungkin antum tahu yang beliau adalah ulama tersohor yang merupakan golongan ahli sufi yang terkenal. Beliau juga merupakan anak kepada Abu Soleh (dari keturunan cucu-cicit Rasulullah s.a.w dr. Saidatina Fatimah) dan ibunya ummu khair. Kata sheikh Abdul Qadir, sesiapa yang mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi. Bagaimana pemahaman kita tentang qalam ini? Di sini dinukilkan pendapat ana, mudah-mudahan inilah permulaan terbaik untuk mengajak diri ana sendiri dan sahabat melihat kepada keperluan ilmu syariat, tareqat, ilmu hakikat seterusnya mengenal Allah. Wallahua’lam.


Sebenarnya mempelajari syariah adalah kewajipan kita. Syariah berkait rapat dengan perlaksanaan setiap rukun Islam dan Iman berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Syariah menurut metodologi ilmu Islam bererti apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk para hambanya baik tentang akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan apa sahaja tata hidup di dunia ini. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap syariah Islam, sudah cukup menjadikan seseorang mukmin itu bertaqwa kepada Allah. Apabila berlakunya penyelewangan akidah dan sebagainya, tidak lain dan tidak bukan kerana jahilnya seseorang terhadap hukum syariah. Begitu juga bila berlaku maksiat dan kerosakan, juga disebabkan manusia jahil terhadap hukum syariah. Pendek kata semua fardhu ain dan fardhu kifayah terangkum dalam syariah. Sebelum kita pandang kepada orang lain, cuba semak diri kita sendiri, adakah kita ni dah settle bab-bab syariah ni? Bila orang tanya hukum itu dan ini, kita tahu tak? Dan bila kita sendiri menjalani kehidupan sehari-hari, kita tahu tak bezakan mana satu yang syubhah dan sebagainya? Sebagai contoh mudah, kita tahu tak hukum dalam solat, mana satu yang muakkad atau tidak? Mana satu takbir yang disunatkan dalam rukun? Adakah sah membaca al-Fatihah tanpa Bismillah? Boleh tak berimamkan orang yang solat sunat atau solat jamak sedangkan kita solat fardhu? Bila kurang rakaat dan sedar selepas salam apa yang harus dibuat? Ini belum masuk bab puasa, muamalat, harta pusaka, pengurusan jenazah dan sebagainya. Semuanya berkait dengan syariah. Adalah salah kalau kita fikir hanya ustazah je yang perlu tahu ni semua, dan kita tak perlu tahu. Sedangkan tiada bezanya antara kita dengan ustazah di alam barzakh dan di mahsyar nanti. Kita semua akan disoal dengan soalan-soalan yang sama. Yang pasti perbezaan di sisi Allah adalah taqwa. Tak kira siapa pun kalau nak jadi orang yang bertaqwa perlu arif dalam syariah Islam. Sebabnya kejahilan boleh menyebabkan kita tergelincir dari landasan agama. Baiklah, ini baru bab syariah. Belum masuk tareqat..


Sebenarnya orang yang belum menguasai syariah dengan sepenuhnya tidak akan mampu berada di atas tareqat. Hal ini bukan tareqat yang sesat tu, yang ni maksud ana tareqat Islam. Sebab ilmu tareqat merupakan landasan yang dilalui oleh seorang Mukmin yang sangat memahami syariah untuk melihat hakikat sebenar setiap perkara yang ditentukan Allah. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak tahu rukun-rukun solat dengan sepenuhnya, kita tidak akan merasai hakikat kemanisan solat. Sebabnya bab syariah kita belum settle lagi. Yela, kalau dah bacaan tak sempurna, maksud bacaan tak difahami serta sunnat dan wajib dalam solat tak dapat dibezakan, bagaimana nak mendapat khusyuk?. Jalan ke arah mencapai hakikat dalam setiap hukum yang ditetapkan Allah itu dikenali sebagai ilmu tareqat. Namun ada di kalangan ahli tareqat di Malaysia mudah terpesong atau sesat sebabnya mereka sendiri belum menguasai syariah. Dari situ mereka mudah terpedaya dengan ajaran tok guru sebab diorang masih jahil bab-bab syariah. Ini baru tareqat. Atas sedikit je dari syariah. Tapi bagi orang-orang yang benar-benar ahli dalam bab syariah, mereka adalah orang-orang yang berada di atas landasan tareqat yang benar.


Baiklah, beralih kepada ilmu hakikat. Apabila syariat seseorang tu dah faqeh atau ‘ahli’, dan menempuh jalan tareqat dalam memahami setiap rukun, barulah akhirnya seseorang itu mampu melihat hakikat. Dalam keadaan ini, seseorang yang memiliki atau memahami hakikat setiap rukun akan mampu menterjemah hadith dan mentafsir al-Quran dengan baik. Setiap firman Allah dapat diterjemahkan dalam bentuk yang jelas dan tepat. Dan orang-orang sebegini sebenarnya adalah orang-orang yang mampu mencipta sejarah mereka sendiri seperti imam syafe’i yang mampu memperincikan hukum al-Quran dalam bentuk yang mudah difahami dan diterima pakai oleh sebilangan besar ummat Islam. Dan mazhab syafe’i ini menjadi pemudah dalam setiap urusan ummat manusia. Bila dah ikut mazhab, manusia-manusia yang masih belum mengusai syariah hanya perlu mengikut hukum mazhab tanpa perlu bersusah payah mentafsir sendiri al-Quran dan menghafaz setiap hadith Rasulullah. Ramai lagi di kalangan ulama tersohor yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang ilmu hakikat kerana mereka ini adalah dari golongan huffaz dan ulama hadith yang menguasai keseluruhan ilmu syariah. Contohnya seperti imam Hambali, Maliki, Hanafi, Syed Qutb, Hasan al-Banna, Syeikh abd Qadir, ibnu Taimiyyah, Imam Ahmad, Baihaqi, al-Ghazali, at-Thobari dan lain-lain. Tapi sayang, mereka ni adalah dari golongan tabi’ tabiin(ulama zaman dahulu) dan tidak seorang pun ummat hari ini yang mampu mengikut jejak mereka. Yang tinggal hari ini hanyalah kitab-kitab yang ditinggalkan untuk manusia-manusia dhaif seperti kita untuk mengkajinya. Apa yang ana tahu, setiap perkara yang ditafsirkan oleh mereka adalah bersandarkan ketinggian ilmu pengetahuan dan bukan kepada logik akal semata mata. Jika kita ingin meletakkan diri kita setanding dengan mereka(cuba memahami hakikat) atau ingin mentafsir sendiri al-Quran dan hadith(kerana tak bleh terima pandangan mereka) pastikan kita ini dari kalangan orang yang benar-benar sudah menguasai syariah islam serta haffaz al-Quran dan keseluruhan hadith sahih. Bahkan kita dibenarkan tidak mengikut mana-mana mazhab seandainya penguasaan kita terhadap ilmu syariah adalah sangat tinggi. Pada waktu itu barulah kita boleh meyakini bahawa pendapat kita adalah kerana ilmu yang luas, bukan semata-mata memberi pendapat tapi masih jahil dalam ilmu.


Rujuk balik Qalam Syeikh abdul Qadir Jilani tadi, mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi. Kalau syariah masih jahil tapi dah melihat hakikat, hakikat tu batal sebab ramai orang yang mengaku mengetahui hakikat ilmu pengetahuan tapi masih jahil syariat Islam. Contohnya macam ajaran ayah pin tu, kononnya dah boleh berinteraksi dengan kerajaan langit dan sebagainya(mereka merasa itu hakikat) tapi yang sebenarnya hakikat mereka itu batal kerana kejahilan mereka pada ilmu syariah. Kita sendiri, pastikan diri kita memahami syariah dengan mendalam kalau nak memahami hakikat pada setiap hukum dan firman Allah. Takut-takut kita boleh tersimpang dan tersasar dari landasan sebenar kerana kejahilan kita. Dan apabila kita sudah menguasai syariah, barulah kita akan dapat memahami hakikat setiap perkara kerana tanpa hakikat, kita akan rugi. Sekarang ni muhasabah diri kita, sejauh mana pemahaman kita pada syariah Islam. Kalau masih cetek, belajarlah. Utamakan syariah. Tinggalkan dulu perkara-perkara hakikat yang cuba kita cari kerana hakikat hanya boleh dilihat oleh mata hati yang diterangi dengan ilmu pengetahuan yang mantap. Ana menasihatkan diri sendiri dan sahabat. Dalamilah syariah Islam.


Ilmu makrifat pula. Sedikit sekali dalam pengetahuan manusia dan hanya Allah yang lebih mengetahui. Ilmu ini hanya dikurniakan kepada hamba-hamba yang terpilih dan sudah melihat hakikat dalam setiap ketentuan Allah. Orang yang berada pada tahap ini akan dapat mengenal Allah( kenal bukan beerti lihat-kenal melalui asma’ dan sifat-sifat wajib), khusyuk dalam setiap pekerjaannya, dan sentiasa mengingati Allah pada setiap hembusan nafasnya. Ketika solat, mereka dapat merasakan seolah-olah mereka sedang diperhatikan Allah hingga gementar setiap urat saraf kerana ketakutan dan malu kepada Allah. Mereka tenggelam dalam kekhusyukan dan rasa cinta kepada Allah. Mereka yang memiliki ilmu makrifat ini, seandainya melakukan pekerjaan, mereka akan melakukan bersungguh-sungguh kerana niat mereka hanya kerana Allah. Mereka akan sesungguh hati mencari dan menggali ilmu Allah supaya mereka dapat mengenal Allah dan setiap usaha mereka akan memantapkan akidah serta mendekatkan diri kepada Allah. Kerana itu, mereka terus-menerus melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah. Seandainya, mereka tersilap atau terlupa, mereka segera bertaubat dengan taubat nasuha dan istiqamah dalam beramal ibadah. Orang-orang sebeginilah yang akan menggoncang dunia dengan kehebatan ilmu kerana keihklasan mereka kepada Allah. Mereka akan mampu mencipta sejarah dan mencorak tamadun. Golongan sebegini akan menguasai dunia dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan iman. Percayalah, Islam akan tertegak kerana adanya golongan manusia yang sebegini. Islam akan kembali gah seandainya manusia-manusia yang mengaku tiada tuhan selain Allah dan Muhammad Rasulullah sudah menguasai syariah, tareqat, hakikat dan makrifat. Kerana segala macam ilmu di dunia ini terangkum di bawah syariat Allah. Tidak ada satupun ilmu yang terpisah dari hukum Allah. Cuma hati-hati yang buta tidak dapat melihatnya. Kerana itu, mereka yang mengaku dan merasa maju dengan ilmu mereka tapi meninggalkan tauhid kepada Allah akhirnya akan menemui kehancuran. Percayalah, masyarakat yang mengetepikan hukum Allah adalah masyarakat yang akan musnah kerana kerosakan sosial dan moral mereka ibarat barah yang menular. Senyap namun akhirnya menjadi kronik.


Pengajarannya, perlukah seseorang itu mengambil diploma pengajian Islam selepas tamatnya pengajian dalam bidang sains? Selain dari mempelajari dari kelas agama dan mursyid di luar sana, perlu ada bukti pengijazahannya. Bukan untuk menunjuk kepandaian, bahkan jauh sekali untuk mengumpul saham gah adanya lulusan (nau’zubillah). Alasan yang serba logiknya. Tauliah itu penting untuk menyampaikan syariah Islam yang indah walaupun Islam itu mudah. Benarkah begitu? Waalahua'lam.


Di bawah ana kepilkan video Kisah sheikh Abdul Qadir Jilani dari YouTube. Pernah disiarkan di TV3. Kita ambil ikhtibar dari cerita beliau. Jika ingin melihat sambungnya, sila lihat di YouTube.


*Maklumat tambahan untuk post ini, dari blog sahabat yang lebih memahami daripada ana.