Showing posts with label akhirat. Show all posts
Showing posts with label akhirat. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Kuliah Ust Akli (Edisi 2)

Posted by lianazulak On 11:16 PM

Sekarang Waktu Kuliah Dicepatkan Kepada
3.30-4.50 petang kerana Waktu Maghrib Semakin Cepat

sambungan dari Kuliah Ust Akli


Sanad Syamail Muhammadiyah


Part 4(Rosak)


FORUM MAAL HIJRAH 1433
RAKAMAN 1



Saturday, October 22, 2011

Dimanakah Istiqamah ku???

Posted by lianazulak On 3:32 PM

Assalamualaikum wbt.
Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, tetapi ingatlah ajal kita semakin dekat dengan kita.
Maka marilah kita betulkan niat kita semua. Ini ialah guideline ibadah dalam bulan Ramdahan. Boleh juga gunakan untuk bulan-bulan yang lain. Insha Allah, semoga kita terus istiqamah dengan amalan yang telah kita buat dan terus mencari keredhaan Allah SWT. Selamat beribadah...

Ramadhan_Checklist


Monday, July 18, 2011

Hukum Menjadi Vegetarian

Posted by lianazulak On 8:50 AM


هل يجوز للمسلم أن يكون عاشبا (نباتيا لا يأكل اللحم)؟ مع العلم أنه في العيد الكل يتناول من اللحم؟
Pertanyaan, “Apakah seorang muslim boleh menjadi vegetarian yang tentu saja tidak pernah makan daging? Padahal setiap hari raya, semua orang makan daging?
لا يجوز للرجل أن يمتنع من أكل اللحم، إذا كان يعتقد أن هذا من العبادة، أو أراد الزهد بترك أكله، لأن النبي قال: (أما أنا فإني أقوم من الليل وأنام، وأصوم من الدهر وأفطر، وآكل اللحم، فمن رغب عن سنتي فليس مني).
Jawapan, “Tidak boleh (baca: haram) bagi seorang muslim untuk melarang dirinya sendiri untuk memakan daging jika orang tersebut berkeyakinan bahawa hal ini adalah bahagian dari ibadah atau dia ingin hidup zuhud dengan tidak makan daging. Alasannya adalah sabda Nabi, “Sedangkan aku, ada sebagian waktu malam yang kugunakan untuk shalat dan sebagian yang lain untuk tidur, ada hari untuk berpuasa dan ada hari tidak berpuasa dan aku makan daging. Siapa saja yang membenci sunnahku maka dia bukanlah sebahagian dari umatku” [HR Bukhari].


فترك أكل اللحم بنية التقرب لله زهدا أو تعبدا مخالف لسنة رسول الله، وأما من تركه بسبب مرض في جسده، ولأنه يسبب له ضررا، فهذا لا إثم عليه،
Jadi tidak mahu makan daging dengan niat mendekatkan diri kepada Allah kerana ingin hidup zuhud atau beribadah kepada Allah adalah perbuatan yang menyalahi daripada sunnah Rasulullah [baca: bid’ah].
Namun orang yang tidak mahu makan daging kerana penyakit di badannya atau kerana makan daging itu menyebabkan alergi maka ini hukumnya tidak mengapa.
وقضية أن يكون المسلم نباتيا لا يأكل اللحم هو تقليد لطريقة ضارة عند غير المسلمين، ولا يصح للمسلم أن يكون إمَّعة يقلد دون معرفة ولا علم، والله أعلم.
Keinginan muslim untuk menjadi vegetarian yang tidak mahu makan daging adalah bentuk ikut-ikutan perbuatan non muslim yang berbahaya. Seorang muslim tidak boleh menjadi orang yang asal ikut-ikutan tanpa mengetahui manfaat dan tujuan dari hal yang diikuti.
Sebab Lain Terlarangnya Menjadi Seorang Vegetarian

Walau telah jelas dalil-dalil tentang tidak haramnya binatang ternak, ada baiknya kita juga mengetahui alasan lain mengapa menjadi seorang vegetarian juga termasuk hal besar yang terlarang dalam agama.

1. Dapat dihukumi keluar dari Islam (kafir)
Hal ini disebabkan seorang vegetarian telah mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dengan demikian, seorang vegetarian telah membuat hukum baru yang bertentangan dengan syari’at. Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ هَلُمَّ شُهَدَاءَكُمُ الَّذِينَ يَشْهَدُونَ أَنَّ اللَّهَ حَرَّمَ هَذَا فَإِنْ شَهِدُوا فَلا تَشْهَدْ مَعَهُمْ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَالَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ وَهُمْ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ


Katakanlah: “Bawalah ke mari saksi-saksi kamu yang dapat mempersaksikan bahwasanya Allah telah mengharamkan (makanan yang kamu) haramkan ini.” Jika mereka mempersaksikan, maka janganlah kamu ikut (pula) menjadi saksi bersama mereka; dan janganlah kamu mengikuti hawa hafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, sedang mereka mempersekutukan Rabb mereka. (QS. Al-An’am 6:150)
Syaikh Abdurrahman As Sa’di menjelaskan tafsir ayat ini, bahwa ada dua kemungkinan ketika seseorang diminta untuk mendatangkan dalil/alasan ketika mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan.

Kemungkinan pertama adalah mereka tidak dapat mendatangkan dalil. Hal ini menunjukkan batilnya apa yang mereka serukan.

Kemungkinan kedua bahwa mereka mendatangkan alasan yang merupakan kedustaan. Tentu saja persaksian mereka ini tidak diterima. Dan ini bukanlah termasuk perkara dimana sah seorang yang adil untuk bersaksi dengannya. Oleh karena itulah Allah memerintahkan kita untuk tidak mengikuti persaksian mereka. (Taisirul Karimirrohman)

2. Membuat perkara baru (bid’ah) dalam agama
Hal ini terutama jika pengkhususan memakan makanan hanya dari yang berupa sayuran tersebut disandarkan kepada agama. Atau dengan kata lain menjadikannya sebagai sebuah ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

3. Menyerupai Orang Kafir
Tahukah ukhti muslimah, bahwa banyak sekali hadits dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam yang memerintahkan kita untuk menyelisihi orang kafir? Sampai-sampai ada seorang Yahudi yang mengatakan,
“Apa yang diinginkan laki-laki ini? Tidak ada satupun urusan kita kecuali ia pasti menyelisihi kita di dalamnya.” (HR. Muslim)

Ukhti muslimah juga tentu telah mengetahui, bahwa para penganut Budha adalah orang yang sangat teguh untuk tidak memakan daging. Mereka hanya mahu makan makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan. Maka yang benar, seharusnya sebagai muslimah kita tidak ikut-ikutan menjadi seorang vegetarian, bahkan berusaha tidak mengikut para penganut Budha (orang-orang kafir) tersebut.


4. Mengingkari nikmat Allah


Daging, susu, telur atau hasil makanan lain yang didapatkan merupakan kenikmatan yang Allah berikan pada hamba-Nya.

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلالا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ


“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” (QS. Al Maidah [5]: 88)

5. Mengingkari hukum yang Allah tetapkan
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberitahukan cara untuk dapat memakan daging dari binatang ternak dengan cara menyembelihnya. Dan tidaklah apa yang Allah perintahkan melainkan sebuah kebaikan. Maka adalah suatu kesalahan ketika seorang vegetarian tidak memakan daging karena rasa kasihan melihat binatang ternak ketika disembelih menggelepar-gelepar, mengejang dan meregangkan otot, bahkan menyatakan itu tidak berperikemanusiaan (atau tidak berperikebinatangan?). Sekali lagi perlu kita ingatkan, bahwa tidaklah apa yang Allah perintahkan dan tentukan merupakan kebaikan walaupun mungkin kita belum mengetahui hikmahnya.

Alhamdulillah, tentang menyembelih haiwan terdapat terdapat hasil penelitian yang dilakukan oleh Prof. Schultz & Dr. Hazim yang keduanya adalah Animal Scientists dari Hanover University – Jerman, yang menunjukkan bahwa haiwan yang disembelih tidak merasakan rasa sakit. Hal ini dikeranakan pisau tajam yang mengiris leher ‘tidaklah menyentuh’ saraf rasa sakit. Sehingga reaksi menggelepur, meregang otot dan lainnya hanyalah tanda-tanda ‘keterkejutan otot dan saraf’ saja (saat darah mengalir keluar dengan deras). Dan bukan tanda rasa sakit! (Nanung Danar Dono, S.Pt., M.P).

Berbeza dengan apa yang orang-orang kafir lakukan dimana mereka mematikan haiwan dengan cara dipukul terlebih dahulu dengan alat pemingsan (Captive Bolt Pistols) baru kemudian disembelih. Alasan mereka adalah agar haiwan tersebut tidak kesakitan ketika disembelih dan daging tetap bagus karena haiwan jatuh dengan perlahan. Apalah ertinya logik manusia dibandingkan dengan Allah yang Maha Mengetahui. Ternyata dari hasil penelitian tersebut, haiwan yang dimatikan dengan cara tersebut segera merasakan rasa sakit setelah dipengsankan bahkan hasil dagingnya tidak sihat untuk dimakan.
Demikianlah syari’at menjelaskan tentang makanan yang berasal dari binatang ternak. Janganlah tertipu dengan akal kita yang menilai sesuatu hanya berdasarkan penglihatan lahir dan perasaan semata. Sudah kehilangan kenikmatan dunia berupa makanan lezat, merugi pula di akhirat kerana berbuat dosa. Na’udzu billah min dzali..


Monday, July 11, 2011

AMALAN ISLAM YANG DILUPAKAN

Posted by lianazulak On 7:45 AM

Islam itu asing dan akan kembali asing. Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lain. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman ia juga terpinggir. Cara hidup Islam yang sejati jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini.


Al-Quran itu dinamakan juga Al Furqan atau "yang membezakan". Siapa yang mengamalkan Al Quran, maka cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan ajaran Al Quran, maka Islamnya tidak syumul. Hari ini, sendi-sendi kehidupan umat Islam sudah terlalu banyak yang rosak. Sudah tidak kelihatan lagi ciri-ciri dan amalan Islam di dalam kehidupan umat Islam. amalan-amalan Islam banyak yang telah dilupakan dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan yang ditiru, diciduk dan dijiplak dari amalan para penjajah, orang-orang Barat, Yahudi dan Nasrani.


Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam ketika itu juga ada sepuluh. Oleh kerana itu, ketika itu Islam syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan. Pada zaman selepas tabit tabiin, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi amalannya sudah berkurang menjadi sembilan. Ketika itu, Islam masih kelihatan syumul. Pada zaman tiga ratus tahun hingga tujuh ratus tahun umur Islam, yaitu di saat imperium Islam masih wujud, amalan Islam terus berkurang walaupun ilmunya tetap sepuluh.


Pada era setelah tujuh ratus tahun hingga sekarang ini, yaitu di saat imperium Islam telah runtuh dan umat Islam mulai dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, amalan dan cara hidup Islam semakin banyak ditinggalkan dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang ini, tidak salah kalau kita anggarkan bahwa perbandingan amalan Islam hanya tinggal satu walaupun ilmunya tetap sepuluh, sama seperti di zaman Rasulullah SAW dahulu. Ilmu Islam tidak rusak. Ilmu Islam tidak berkurang. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, rusak dan susut ialah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah yang berbunyi:


"Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau ya Muhammad selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka."
(Surah Al-Baqarah: 120)

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di dalam rukun Islam. Itu pun karena ia dijadikan rukun. Kalau tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan yang menjadi rukun ini, kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan mempengaruhi keimanan. Kerana itulah, masih ada umat Islam yang sholat walaupun banyak yang sudah meninggalkan solat atau tidak tahu bagaimana hendak solat. Masih ada umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan. Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang menunaikan haji. Amalan-amalan lain yang tidak merupakan rukun, hampir lenyap ditelan zaman.


Itulah sebab Islam tidak syumul lagi di zaman ini. Itulah sebab orang Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam baik lahir maupun batinnya. Itulah sebab umat Islam sudah hilang identiti mereka. Kecantikan dan keindahan Islam sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam berpecah-belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi. Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Umat Islam juga sudah tidak dihormati dan disegani tetapi justru dikeji dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya Islam pada keyakinan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam tetapi cara hidup, cara berfikir dan cara menilai sangat kebarat-baratan.


Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru hara. Banyak mata yang terbuka lebar. Banyak yang terkejut. Banyak yang terpekik terlolong menuduh sesat. Sedih. Umat Islam sendiri sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji. Umat Islam sudah lupa berpakaian cara Islam. Mereka sudah lupa itu apa aurat. Mereka sudah lupa makan minum dan bergaul secara Islam. Mereka sudah lupa berekonomi, menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat dan berpolitik secara Islam. Mereka sudah lupa bersahabat dan bertetangga secara Islam. Mereka sudah lupa berhibur secara Islam. Mereka sudah lupa tentang batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.


Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka terkejut. Pakaian sunnah berserban mereka tidak tahu. Makan cara Islam di dalam talam, makan bergaram dan duduk bersimpuh, mereka merasa aneh. Pada masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina padahal itu adalah satu amalan yang mulia dan merupakan sebagian dari syariat Islam dan menjadi amalan Rasulullah. Bahkan poligami adalah tradisi bagi orang-orang soleh. Mereka tidak memandang salah atau hina bila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana ke mari. Narkotik, arak, zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau sebagai masalah individu yang orang lain tidak perlu ikut campur. Itu belum lagi berbicara tentang berekonomi secara Islam yang menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat berbeda dengan sistem kapitalis yang diamalkan yang hanya mementingkan untung berlipat ganda tanpa mengira halal atau haram. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam yang membawa manusia kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal kebudayaan Islam yang membawa kesadaran dan membina kehalusan akhlak manusia dan bukan yang melalaikan, merusakkan akidah, akhlak, moral dan yang menggalakkan pergaulan bebas muda mudi dan penggunaan narkotik. Sistem sosial Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat menguatkan, bersatu padu dan penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan dan bukan sistem sosial yang menindas dan menekan, hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul yang lemah tenggelam seperti kehidupan hewan di belantara atau seperti pohon di hutan yang berebut meninggikan pucuk masing-masing untuk mendapatkan cahaya matahari. Dan juga sistem pentadbiran Islam yang menyatu-padukan umat, yang adil, yang bebas dari krisis, pilih kasih dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideologi ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insan dan rohaniah lebih dari pembangunan material. Sudah begitu jauh cara hidup umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.


Untuk menebus kembali harga diri umat Islam yang sudah punah ini, untuk membawa Islam kembali gemilang dan untuk menjadikan umat Islam ini pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita. Kita perlu hidupkan kembali segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan Islam yang sejati. Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amalan kita itu menjadi dua, tiga, empat, lima dan seterusnya sejauh yang kita mampu. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam akan hanya menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pohonnya tidak ada. Kalau pohon Islam tidak ada, bagaimana mungkin kita dapat menikmati buahnya yang enak, lezat, dan manis.Dengan ketiga-tiga perkara ini juga yaitu iman, ilmu dan amal, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya kasih sayang Tuhan. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.
~Mari kita amalkan 10 Ciri-Ciri Fardhu Muslim dalam kehidupan kita~

Wednesday, June 15, 2011

‘Cermin’ Peribadi Daripada Makan

Posted by lianazulak On 11:57 PM


MAKAN dalam keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan. Rata-rata kita sebagai orang Melayu tahu bahawa itulah cara makan yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Bagaimanapun, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa sebenarnya ia adalah amalan agama. Tepatnya, ajaran Islam dan menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w.
Ini disebabkan Islam adalah agama yang mencukupi semua aspek kehidupan, termasuk ehwal makan. Jadi, ada makanan halal dan ada yang haram. Islam juga menjelaskan kaitan makanan dengan perkembangan tubuh badan dan bagaimana ia mempengaruhi spiritual dan kesannya kepada emosi manusia.
1. Duduk adalah posisi yang paling baik untuk makan dan minum. Riwayat menyatakan bahawa Nabi s.a.w selalu makan dan minum dalam keadaan duduk. 
Hikmahnya: Tidak ada pakar kesihatan yang mengatakan bahawa makan hingga terlalu kenyang adalah baik untuk kesihatan kerana makan terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan tidak aktif dan otak menjadi layu dan lemah.

Untuk mengelakkan perkara ini, kita dianjurkan makan dalam keadaan duduk. Dengan duduk, bahagian bawah
perut akan kecut dan perkembangannya terhad. Lantas, hanya dengan sedikit makan, ia sudah kenyang. Bagaimanapun, apabila berdiri atau duduk di kerusi, perut mampu menerima makanan tanpa terkawal. Ibarat belon yang tidak ada cengkaman, ia dapat terus diisi dengan angin hingga akhirnya meletup.

Jadi, hidupkan semula budaya Islam dengan makan sambil duduk di atas lantai dalam keadaan
bersila atau bersimpuh. Tambahan pula ia adalah sunnah Nabi. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengamalkan satu daripada sunnahku dalam keadaan ramai manusia yang meninggalkannya, maka akan diberikan kepadanya seratus pahala syahid.”



2. Doa sebelum makan yang berbunyi: “Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa a´dzaban naar.” (Ya Allah berkatilah kami apa jua yang Engkau kurniakan dan selamatkanlah kami daripada seksaan neraka)


Hikmahnya: Kebanyakan punca penyakit disebabkan daripada makanan. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mampu menolak segala kemudaratan yang ada dalam makanan. Mudah-mudahan dengan berdoa kepada Allah, kita akan terlindung daripada segala gejala yang ada dalam makanan, umpamanya bakteria yang memamah daging manusia atau yang menyebabkan cirit-birit.


Malah, ada manusia yang dihumbankan ke dalam api neraka kerana makan makanan yang haram. Kita juga tidak mampu mengetahui sebenar-benarnya, adakah makanan yang kita makan itu seratus peratus halal atau tidak. Jadi, kita perlu berdoa agar terhindar daripada api neraka kerana kelalaian memilih makanan.


3. Membaca Bismillah sebelum menjamah makanan.
Hikmahnya: Memulakan makan atau minuman dengan membaca Bismillah dapat mengingatkan seseorang kepada Allah. Jiwa yang ingat kepada Allah akan patuh kepada Allah dan menjauhi makanan yang terlarang.


Ia adalah antara kalimat yang mempunyai kesan amat besar dalam menentukan kesudahan sesuatu tindakan. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillah akan terputus daripada rahmat Allah.”


Santapan yang tidak dibaca Bismillah akan dikerumuni oleh syaitan.


4. Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini.


Hikmahnya: Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri / tulang ikan atau tulang ayam.


Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam mengajarkan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.


Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.


Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi s.a.w.


5. Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis.


Hikmahnya: Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.



6. Diriwayatkan Rasulullah saw tidak pernah makan secara sendirian. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”
Islam amat menggalakkan hidup berjemaah. Konsep berjemaah ini bukan sahaja wujud dalam amalan ibadah, bahkan ia juga digalakkan dalam perkara-perkara sosial dan perhubungan.
Hikmahnya: Dalam mewujudkan semangat bermasyarakat atau berjemaah, Islam juga menggalakkan agar kita makan bersama-sama dengan saudara yang lain. Makan secara berjemaah akan mewujudkan perhubungan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau makan satu dulang atau hidang ini dapat dijadikan amalan dalam keluarga kerana ia boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama. Sayangnya, budaya makan bersama ini beransur-ansur pupus.

Dalam peradaban makan bersama, jangan ada yang bangun terlebih dahulu sehingga yang lain semua sudah selesai makan.

7. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makanan, maka makanlah daripada makanan yang dekat dengannya dan janganlah dia mengambil makanan daripada orang yang di sebelahnya.”

Hikmahnya: Inilah antara keindahan peradaban makan dalam Islam. Bak kata pepatah Inggeris, ‘action speaks louder’ atau sikap akan mencerminkan peribadi seseorang. Melalui cara ini, diharapkan perasaan rakus dan mementingkan diri akan terkawal dan semangat mengutamakan orang lain dan bertolak ansur dapat terbina pada diri orang berkenaan.

Akibat daripada hilangnya budaya ini dalam majlis-majlis makan masa kini, kita dapat melihat, khususnya pada generasi anak-anak yang bersikap biadab, tamak, dan mementingkan diri sendiri.

8. Kita juga disaran membaca doa selepas makan, yang berbunyi, “Alhamdulillahiladzi ata´manaa wa saqaanaa wa jaa´lanaa muslimin.” (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami di kalangan orang-orang Muslim)

Hikmahnya: Segala kebaikan datangnya daripada Allah, apa jua kebaikan yang Allah mahu berikan tiada yang dapat menghalangnya dan apa jua keburukan yang dihalang oleh Allah, maka tiada siapa yang mampu mengenakannya.

Dengan membaca doa ini, mudah-mudahan kita akan terus dikurniakan rezeki dan tidak keputusan kerana Allah swt menjanjikan orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat-Nya. 

Mudah-mudahan dengan doa ini, segala makanan tidak halal yang termasuk dalam mulut kita tanpa pengetahuan akan dimaafkan.

Sebenarnya, ada banyak lagi perkara berkaitan makan dan makanan yang termaktub dalam ajaran Islam yang amat baik untuk kita jadikan amalan.

Wednesday, June 8, 2011

Tanda-tanda Lemah Iman

Posted by lianazulak On 9:31 AM



Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, 
tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, 
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, 
tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya..

Perkara Yang Menghairankan
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.

Tanda-tanda Lemah Iman

1.                 Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah.
2.          Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an.
3.          Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan shalat.
4.          Meninggalkan sunnah.
5.          Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah.
6.          Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang kabar baik.
7.          Kesulitan dalam berdzikir dan mengingat Allah
8.          Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9.          Menginginkan kekuasaan dan kekayaan.
10.       Kikir dan bakhil, tidak mahu membahagi rezeki yang dikaruniakan oleh Allah.
11.       Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12.       Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya.
13.       Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14.       Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid.
15.       Tidak mahu memperhatikan kondusi kaum muslimin.
16.       Tidak merasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17.       Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan.
18.       Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19.       Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupn duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu material atau kebendaan.
20.       Merasa asyik (ujub) dan terobsesi pada diri sendiri.

Hal-hal berikut dapat meningkatkan keimanan kita:

1.                 Tilawah Al-Qur'an dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka Insya Allah hati kita akan lembut. Untuk mendapatkan keuntungan yang optimal, yakinkan bahwa Allah sedang berbicara dengan kita.
2.          Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat, yang menunjukkan keagunganNya kepada kita. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3.          Berusaha menambah pengetahuan, setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari, seperti cara berwudhu dengan benar. Mengetahui erti dari nama-nama dan sifat-sifat Allah, orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4.          Menghadiri majlis-majlis dzikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis-majlis seperti itu.
5.          Selalu menambah perbuatan baik. Sebuah perbuatan baik akan menggalakkan kepada perbuatan baik yang lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedakah dan juga memudahkan jalan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. Amal-amal kebaikan harus dilakukan secara konsisten.
6.          Merasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita dari terlena terhadap kesenangan dunia.
7.          Mengingat fasa-fasa kehidupan akhirat, fasa ketika kita diletakkan dalam kubut, fasa ketika kita diadili, fasa ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga, atau neraka.
8.          Berdo'a. Merasa kecil di hadapan Allah.
9.          Cinta kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala harus kita tunjukkan dalam aksi. Kita harus berharap semoga Allah berkenan menerima solat-solat kita, dan senantiasa merasa takut akan melakukan kesalahan. Malam hari  sebelum tidur, sepatutnyanya kita bermuhasabah, memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10.       Menyedari akibat dari berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan, dan menurun dengan melakukan
perbuatan buruk.
11.       Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun dari Allah.