Sunday, December 12, 2010

KISAH BENAR - SERBUK KAYU MENJADI TEPUNG

Posted by lianazulak On 4:34 AM


Diceritakan bahwa pada suatu hari seorang soleh bernama Ata' Al Azraq disuruh isterinya pergi kepasar untuk membeli suatu keperluan.


"Bang ,boleh tolong pergi kepasar." kata isterinya.
"Hendak membeli apa ?"
"Membeli tepung.Bahan makanan kita untuk hari ini sudah habis."
"Mana wangnya ? Aku tidak mempunyai wang." kata Ata'.
"Ini wangnya dua dirham."


Pergilah Ata' Al Azraq ke pasar untuk membeli tepung berbekalkan hanya wang dua dirham itu sahaja.Sekiranya wang tersebut hilang tentu dapur runmahnya tidak berasap.


Sesampainya di pasar sedang dia mencari kedai yang menjual tepung tiba2 terlihat seorang hamba abdi sedang menangis.Dia berdiri di bawah sebuah bangunan sembil mengesat2 air matanya yang mengalir tidak berhenti2.Kelihatannya begitu sedih dan takut sekali namun tiada seorang pun yang mengambil tahu apa yang terjadi kepadanya.


Ata' sangat kasihan melihat keadaan hamba tersebut lalu menghampirinya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.


"Mengapa kamu menangis ? Tak baik menangis di tempat orang ramai seperti ini." kata Ata'.
"Aku kehilangan duit." jawab hamba tersebut.
"Kalau sedah hilang mahu dibuat macamana lagi ?"
"Tapi duit tersebut milik tuan saya yang disuruh membeli barang."
"Agak2 di mana ia hilang ?"
"Tak tahu.Aku sudah puas mencarinya namun tidak juga berjumpa."
"Kalau begitu beritahu saja pada tuanmu,tak usah menangis."
"Aku takut dia akan marah dan memukul aku." kata hamba itu ketakutan.


Ata' sangat kasihan terhadap hamba itu.Dia dapat membayangkan sekiranya tuan hamba itu seorang yang kejam dan kaki pukul tentu hamba tersebut akan dibelasahnya.


"Berapa duit yang hilang itu ?" tanya Ata' lagi.
"Dua dirham saja."
"Kalau begitu ambillah wang dua dirham ini sebagai pengantinya dan belilah apa2 yang disuruh oleh tuanmu."
"Terima kasih pak cik." kata hamba itu.


Dengan wang dari Ata' tadi si hamba segera beredar dari tempat tersebut dan pergi ke kedai membeli barang yang dipesan oleh tuannya.Tinggallah Ata' terpaku sebentar kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat.Dia berfikir2 bahwa isterinya sedang menunggu2 tepung yang dipesannya namun wangnya sudah tidak ada lagi.


Bagaimanakah dia akan mendapatkan tepung ? Padahal perutnya dan perut keluarganya sudah lapar.Untuk pulang dan berterus terang kepada isterinya dia takut kalau2 isterinya akan marah.


Dalam keadaan binggung dia pergi ke masjid.Di sana dia mengambil air sembahyang lalu mengerjakan solat sebanyak2nya.Lepas itu dia berdoa kepada Allah meminta rezeki dan lain2.Dia juga mengharap agar ada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitannya namun tiada jua


Kemudian dia pergi ke sebuah kedai milik kawannya yang bekerja sebagai tukang kayu.Di situ dia bertanya barangkali ada sesuatu yang dapat dimanaafatkannya.


"Aku tidak ada apa2.Serbuk kayu adalah.Kau boleh ambil itu untuk menyalakan api." kata temannya.


Dari pulang dengan tangan kosong Ata' membuka kantongnya lalu diisinya dengan serbuk kayu tersebut sehingga penuh. kemudiann diikatnya dan dibawa pulang.Orang yang tidak tahu menyangka tentu di dalam kantong tersebut berisi tepung sebagaimana kebiasaaanya.


Setibanya di rumah,Ata' membuka pintu lalu diletakkannya kantong tersebut.Kemudian dia bergegas pergi ke masjid dam mengerjakan solat sambil berdoa kepada Allah.Seolah2 dia tidak mahu tahu apa yang akan terjadi sekiranya isterinya membuka kantong tersebut yang isinya hanyalah serbuk kayu.


Dia terus berada di masjid sehingga selesai menunaikan solat Isyak dan tidak mahu pulang juga.Apabila diagak keluarganya sudah tidur maka pulanglah Ata' ke rumahnya.


Dengan perlahan2 dia melangkah agar orang yang tidur tidak sedar kedatangannya.Tetapi didapatinya keluarganya belum tidur malah sedang membuat roti yang sangat sedap baunya.Dia sangat hairan dari mana keluarganya mendapat tepung sedangkan wang untuk membeli tepung tadi digunakan untuk menolong orang.


"Dari mana adinda mendapat tepung ?" tanya Ata'
"Dari kantong yang abang bawa itulah,dari mana lagi.Saya kan suruh abang membeli tepung tadi,dah lupakah ?" jawab isterinya.
"Ooooo. ya...ya." kata Ata' pura2 lupa.


Ata' sedar bahwa tepung itu adalah kurnia Allah.Dia telah merubah serbuk kayu pemberian temannya itu menjadi tepung yang sangat baik karna Dia Maha Kuasa berbuat apa sahaja.Itu semua adalah berkat keikhlasannya menolong orang dan mengembirakan orang yang dalam kesusahan.


Benarlah bahwa barang siapa yang mengembirakan saudaranya yang sedang kesusahan Allah akan mengembirakannya.Sebaliknya barang siapa yang yang membuat saudaranya susah,Allah akan menyusahkannya.

Saturday, December 11, 2010

Agama itu Nasihat....«الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ»

Posted by lianazulak On 10:18 AM

Bissmillahirrohmaanirrohiim... bermula kalam ini dengan nama Allah..

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim. Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Dan ingatlah nikmat Allah terhadapmu ketika kamu saling bermusuhan maka Dia satukan hati kamu lalu kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan ingatlah ketika kamu berada di bibir jurang neraka lalu Dia. selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.” QS. Ali Imran [3] : 102-103

“dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” QS. Al An’am [6] : 153

Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang terbimbing, gigitlah dengan gerahammu dan hati-hatilah kamu terhadap perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu adalah sesat.”



Hudzaifah bin Al Yaman radliyallahu 'anhu berkata :
“Hai para Qari’ (pembaca Al Quran) bertaqwalah kepada Allah dan telusurilah jalan orang-orang sebelum kamu sebab demi Allah seandainya kamu melampaui mereka sungguh kamu melampaui sangat jauh dan jika kamu menyimpang ke kanan dan ke kiri maka sungguh kamu telah tersesat sejauh- jauhnya..


Imam Az Zuhry berkata, ulama kita yang terdahulu selalu mengatakan :

Berpegang dengan As Sunnah itu adalah keselamatan. Dan ilmu itu tercabut dengan segera maka tegaknya ilmu adalah kekokohan Islam sedangkan dengan perginya para ulama akan hilang pula semua itu (ilmu dan agama)”

Wahai Anakku Yang Tercinta, dalam kitab Ayyuhal Walad,
karangan Imam al-Ghazali :- Wahai anakku yang tercinta,

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi (maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menunjukkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi keselamatannya dan sebab kebahagiaannya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan i'tiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah (yang diertikan dengan orang yang mempunyai fahaman sekular di zaman sekarang - menjadi penterjemah). Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa. Seperti apa yang telah disebutkan Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):

" Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."

Dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau. Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya: Apa khabar kamu wahai Abu Al Qasim (Al Junaidi Al Baghdadi). Lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab: Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin. Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam..

Wallahu Ta'ala A'lam..

Kaedah Berzikir Untuk Penyucian hati

Posted by lianazulak On 10:14 AM


Dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim.Peranan zikir dalam kehidupan manusia ke arah untuk mengenali diri dan Allah sungguh besar dan bererti sekali. Dengan zikirilah seseorang itu dapat membersihkan hati dan dirinya yang sememangnya penuh dengan noda dan dosa. Diri (hati) manusia itu seperti perabut di dalam rumah yang sentiasa terdedah kepada hinggapan debu dan habuk. Maka ia selalulah kena bersih, sapu dan gilap. Alat untuk menyapu, membersih dan mengilap itu ialah ZIKIR. Kalau sembahyang (solat) mencegah kemungkaran, zikir pula mendekat dan merapatkan hamba dengan Tuhannya.


Maksud sebuah Firman Allah.......


"Zikir untuk membersihkan hati."


Dan Rasulullah S.A.W. bersabda......


" Sucikan hati dengan berzikir."


Dari Firman dan Hadis itu jelas menunjukkan zikir itu sangat besar peranan dan gunanya. Bolehlah dianggap bahawa zikir itu sebagai alat nombor satu ataupun "serbuk" pencuci yang tida ada tolak banding. Zikir menjadi cermin kepada setiap insan yang bercita-cita untuk melihat dirinya serta perkara-perkara ghaib yang berlegar-legar disekeliling kehidupannya.


Hakikat akan kebesaran dan ketinggian hikmah zikir ini dibuktikan sendiri oleh Allah dalam FirmanNya bermaksud.......


" Kalau engkau tidak tahu, bertanya kepada ahli zikir."


Ini menunjukkan ahli zikir menjadi "Prof." yang serba tahu mengenai sesuatu yang ghaib ataupun yang zahir. Golongan zikirilah inilah yang boleh tenggelam dalam kecintaan makrifat kepada Allah yang sebenarnya. Yang kasyaf dan dapat mengetahui sesuatu yang terlindung dari pancaindera zahir.


# Pengertian Zikir #


Sebelum kita membicarakan perihal zikir ini lebih lanjut lagi, marilah dulu sama-sama kita mengetahui apakah erti dan pengertian zikir itu. Apakah yang dikatakan zikir itu yang sebenarnya? Pengertian ini perlu kita ketahui dengan sebenarnya untuk mengelakkan kita daripada salah membuat tanggapan. Bahana salah membuat tanggapan terhadap sesuatu hakikat amal ibadat tak ubah seperti salah menaruh umpan di mata joran, di mana menyebabkan ikan yang kita harapkan makan kail, ikan lain pula yang dapat. Harap Tenggiri, dapat ikan Duri!

Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "mengingat Allah". Dalam pengertian ringkas ialah mengingati dan berdoa kepada Allah akan kesejahteraan, kebahagiaan dan kebermaknaan hidup kita dan umat Islam seluruhnya. Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati. Dan ingat itu ialah di dalam hati tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan.


Jadi ertinya kalau dikatakan zikir ialah ingat, sambil berdoa dan bermohon kepada Allah. Disebut berzikir, maknanya kita mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon kepadaNya, baik secara nyata ataupun diam. Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah.


Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan duduk dan martabat diri kita. Dengan berzikir juga kita sentiasa tahu duduk tara kita dengan Allah. Dengan berzikir juga boleh mengejapkan Tauhid kita kepada Allah dan menguatkan i'tiqad kita kepada segala perintahNya.


Zikir adalah satu ibadat yang dituntut oleh Allah sendiri. Perintah supaya sentiasa mengingat Allah itu, adalah berdasarkan al-Quran dan Sunnah.


Antara lain sebagai berikut :-


1. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Baqarah 152.......


"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari (nikmat)Ku."


2. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Ahzab 41-42.......


"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."


3. Firman Allah Ta'ala Surah Ab-Nisa' 103.......


"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring."


Dan Sunnah yang menjadi dalil dianjurkannya banyak berzikir itu, antara lain :-


1. Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda' (marfu')......


"Tiadakah kuberitahukan kepada kamu tentang amalmu yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi (mengangkat) darjatmu, dan lebih baik bagimu dari (berperang) melawan musuh, lantas kamu memenggal batang leher mereka dan merekapun memenggal batang lehermu?"


Para Sahabat menjawab......."Bahkan."


Rasulullah S.A.W. pun bersabda......."zikurullah."


2. Hadis Muslim dari Abu Hurairah, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda.......


"Tiada satu kaum (kalangan) duduk berzikir mengingati Allah pada suatu majlis, melainkan Malaikat mengelilingi dan rahmat meliputi mereka dan Allah mengingat mereka, termasuk orang (yang dekat) disisiNya."


3. Hadis Bukhari.......

"Sesungguhnya bagi Allah itu ada Malaikat yang berkeliling di jalan-jalan, mencari orang


-orang yang berzikir. Apabila mereka mendapati satu kaum (kalangan) yang berzikir kepada Allah, mereka berseru......."Ayuh, mari kepada hajat kamu."


Lantas Rasulullah S.A.W. bersabda......"Maka malaikat-malaikat itu mengelilingi (melindungi) mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia."


Hadis-hadis yang menerangkan kelebihan zikir itu cukup banyak. Adapun pengertian dan fungsi zikir atau berzikir ini boleh dibahagikan kepada 2 (dua) bahagian, iaiti pengertian Syariat dan pengertian Hakikat.


# Pengertian Syariat #


Seperti disebutkan tadi, pengertian syariat zikir itu ialah mengingat dan sebut, atau sebut dan mengingat. Sebut di sini ialah sebut Asma' (nama) Allah serta ingat di dalam hati akan makna dan pengertian Asma' itu. Misalnya lidah menyebut Al-jabar (Pemaksa), maka hati mengingatkan kepada sifat pemaksaanNya. Bila lidah sebut Ar-Rahman, hati akan ingat kepada sifat-sifat kemurahanNya. Bila lidah menyebut Al-Latiff, maka hati akan terkenang kepada sifat kelemah-lembutan- Nya. Bila lidah sebut Ar-Rahim, hati ingat kepada sifat pengampunan- Nya dan begitulah seterusnya. Setiap kali lidah menyebut NamaNya, hati akan mengenangkan kepada sifat-sifatNya.


Perlu diingatkan, mengenai butir zikir ini ia tidak terbatas kepada perkataan tertentu, atau pun kepada "asma' ul'husna", sebaliknya ada perkataan-perkataan atau sebutan lain. dan paling unik ialah sebutan diri yang lahir dari lubuk hati seseorang itu. Sebutan ini berbeda dengan kebanyakan atau pun dengan butir-butir zikir yang popular.


# Pengertian Hakikat #


Zikir dalam pengertian hakikat ialah apabila kita menyebut Asma' Allah kita akan ingat kepada diri kita sendiri. Misalnya kita sebut "Jamal", kita ingat akan sifat "Jamal" Allah itulah yang ada kepada kita. Justeru itu kita perlu menggunakan (apa yang kita sebutkan) itu untuk terus mengingatkanNya. Kita sebut Allah, maka kita kembalikan kekuasaan Allah itu ke atas diri kita. Kita ingat dan sedar, tanpa ada Dia tidak mungkin kita dapat hidup dan menyebut serta menerimaNya sebagai Tuhan kita.


Pengertian hakikat zikir itu ialah kita ingat kepada diri kita sendiri, sebagai hambaNya yang mulia dan harus melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya pada sepanjang masa. Di samping itu kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang mulia yang diturunkan untuk menjadi khalifah dan pemimpin di atas muka bumi ini.


"Sebaik-baik kejadian ialah manusia."


Zikir pada hakikatnya itu bukan untuk Allah sebab Allah tidak memerlukan apa-apa lagi seperti mana FirmanNya.......


"Wahai manusia sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah dan Allah yang Maha Kaya, tidak memerlukan apa-apa. Jika Dia mahu nescaya, Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)."


Al-Fatir 15-16


Allah berdiri di atas SifatNya sendiri, "muqhalafatuhuta'ala lilhawadith)", malahan Dia tempat bergantung dan meminta.


Jadi, apabila kita berzikir itu kita mencari kekuatan untuk diri kita sendiri dan bukan lagi untuk Allah. Apa yang kita lakukan itu hanya sebagai menjalankan tanggungjawab dan sumpah janji kita sahaja semasa di alam "luh mahfuz" dahulu.


# Bagaimana Zikir berperanan menyucikan diri? #


Peranan dan hikmah zikir sungguh besar dan luas sekali, sehingga ia boleh menyucikan diri seseorang. dan hasil dari penyucian (muhasabah) itu pula membolehkan seseorang itu kenal diri dan Tuhannya. Tetapi bagaimanakah ia berperanan menyucikan diri? Apakah cukup hanya setakat menyebut dan ingatkan diri kepada Allah, maka diri kita terus suci dan dapat berfungsi menjadi sebuah cermin untuk tilikan? Seperti mana serbuk penyuci berfungsi membersihkan kotoran kain baju. Begitukah?


Kalau setakat sebut sahaja atau ingat, maka diri terus menjadi suci, maka alangkah mudahnya zikir itu? Ia nampak semudah mengupas kulit pisang sahaja. Ataupun semudah serbuk penyuci menyentalkan kotoran di kain baju. Ternyata peranan penyucian zikir ke atas hati itu bukan seperti itu. Ia tidak semudah yang disangkakan.


Peranan zikir dan penyucian kepada hati, mesti melalui proses tertentu. Ada kaedah dan juga cara atau sistem tersendiri. Seperti juga usaha kita untuk melahirkan zuriat yang cerdas dan pintar, ada kaedah dan teknik persetubuhan tertentu dan amalan-amalan yang harus dilakukan.


Untuk memahami dengan cara mudah peranan zikir itu bolehlah kita huraikan begini, apabila kita sebut sesuatu kalimah zikir maka kita akan ingat dan tanamkan maknanya ke dalam hati. Misalnya kita sebut "Subhanallah" iaitu Maha Suci Allah, maka kita hayati dalam diri kita yang Allah itu adalah Zat yang suci. Kesucian itu tidak ada tolak banding dengannya. Maka kita harus bertindak dengan akal dan fizikal, bahawa yang suci adalah Allah semata-mata, tidak ada yang lain. Segala unsur syirik yang bersarang secara diam dan tersembunyi hendaklah disingkirkan dari menjadi warga hati kita dan kurungkan Allah semata-mata dalam diri.


Kalau kita menyebut "Allah Hu Akbar" Allah yang agung, maka keagungan itu kita masukkan ke dalam diri kita. Kita tanamkan bahawa yang agung hanya Allah dan tidak ada yang lain. Baik diri kita ataupun kuasa lain. Justeru itu kita harus komitkan (iltizam) diri kita kepada keagunganNya sahaja.


Dengan cara itulah baru wujud penyucian. Penyucian di sini bermaksud, dengan mengingatkan segala sifat Allah itu, seperti Ar-rahman. Al-Rahim, Al-Latiff dan sebagainya. dan menyuci diri itu bermakna menyucikan diri/hati kita daripada syirik, kufur, munafik dan kafir kepada Allah. Suci ialah apabila mematuhi dan kenal denganNya.


Ingat, selagi kita masih syirik, kufur, munafik dan kafir serta memiliki sifat-sifat mazmumah yang mutlak masih belum tercapai lagi. Apabila hati kita tidak didindingi oleh segala elemen-elemen itu baharulah ia bersih dan menjadi sekeping cermin khuwah yang memungkinkan kita kasyaf dan dapat melihat apa-apa yang ghaib.


Demikianlah secara ringkas dahulu mengenai peranan zikir membersihkan hati dan diri insan. Ingin saya berpesan, bahawa zikir yang sebenarnya bukan sahaja setakat menyebut kalimah-kalimah ataupun pengucapan tertentu sahaja. Kalau setakat sebut sahaja ia tidak menjadi. Yang penting menghayati kemudian seterusnya bertindak dengan fizikal dan akal terhadap pengertian apa yang disebut itu.


Kalau setakat berzikir ia tidak menjamin kebersihan hati dan diri seseorang. Malahan perbuatan itu tidak lebih daripada sia-sia sahaja. Sebab itu kalau kita perhatikan ada ahli zikir yang perangainya tidak pernah berubah. Kalau dulu di pembohong, penipu, maka kini pun dia penipu dan pembohong, walau pun dia sudah mengerjakan zikir beratus juta kali. Kalau dulu dia mencuri dan mencaci, kini pun setelah berzikir sampai juta-juta kali, dia tetap juga dengan perangainya, mencaci orang itu dan orang ini. Itulah tanda zikir orang itu zikir pada lahir sahaja tetapi tidak meresap atau "jelira" ke dalam diri batinnya.


Dalam pada itu kalimah zikir bukan terbatas kepada "asma' ul'husna" yang 99 atau kalimah-kalimah pujian yang melulu sahaja. Malahan apa saja kalimah yang terbetik di hati dan terdengar dibibir ia merupakan "Asma'" Allah dan boleh dijadikan kalimah zikir. Pokok pangkalnya pengertian dan niat itu sahaja yang dikira.


FirmanNya.......


"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), dengan sebanyak-banyaknya (bermacam-macam sebutan)."


Al-Ahzab 41


Sebaik-baik amalan itu elok pada Syariat, tepat pada Hakikat, kena pada Tariqat dan sampai pada Makrifat.


Wallah hu ta'ala a'lam.......


Kembali pada Mu…

Posted by lianazulak On 10:07 AM


Alangkah susahnya mendidik hati...
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan...
Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...
Alangkah susahnya mendidik hati...
Bila dipuji sombong mengisi diri...
Bila diuji pencaci dibenci...
Hingga berdendam sampai mati...
Didiklah hati...
Menuju jalan kebenaran...
Demi mencari redha Ilahi...

Allahu ma'i,
Allahu nazirun ilayya,
Allahu syahidi...

Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan,
Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan,
Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan,
Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain..

Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Jikaku bersedih tanpa kata...
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..
Jikaku lemah tak berdaya..
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga..
Jika antara kita ada tembok yang memisah...
Ajaklah aku meleraikannya segera..
Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...
Luahkanlah agar aku mengubah diriku..
Dan jika esok kulena tanpa terjaga..
Iringilah lenaku dengan kalungan doa..
Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya...

Ingatlah,
Dalam kita melangkah...
Terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis...
Peritnya terasa...
Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali...
sejarah iman yg kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yg tersasar dari keikhlasan...
Semoga kita tabah & ditetapkan iman...

Ya Allah,
Sesungguhnya kerana Mu lah kami di sini,
dan sesungguhnya, kepada Mu lah kami Kembali,
Maka,
Bila tiba saatnya nanti,
Sehingga tiba detik itu,
Ku mohon agar Kau pelihara lah diri kami ini...

~ Ameen Ya Rabbal al-ameen ~

Tuesday, December 7, 2010

Berhijrah Kepada Berakhlak Al-Qura'n

Posted by lianazulak On 1:32 AM

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.


أن رسول الله قال من قرأ القرآن وعمل بما فيه ألبس الله والديه تاجا يوم القيامة ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما
ظنكم بالذي عمل بهذا)رواه أو داود

Dari Muaz Al-Juhani r.a.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya "Sesiapa yang membaca Al-Qur'an dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua ibu-bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan Al-Qur'an? - Hadith riwayat Abu Daud.
Sempena tahun baru 1432H ini marilah kita renung dan hayati Hadith di atas yang membayangkan kpd kita kelebihan orang yng beramal dengan Al-Qur'an serta ganjaran yg didapati oleh ibubapanya.

Alangkah gembiranya ibubapa yang anaknya dianugerahkan hadiah tokoh penyanyi bintang kecil, tom tombak, pondok-pondok dll. Tetapi gembiranya bersifat sementara. Kelak di kubur ibubapa akan menderita kerana dosa kejahilannya dan kelalaiannya dari mendidik anak beragama dan menyibukkan sedangkan mereka mendidik anak menyibukkan diri dengan maksiat.


Inilah masanya kita berhijrah, mengubah haluan hidup kita dari menyibukkan anak bini serta keturunan kita dengan perkara yang lagho (melalaikan dari mengingati Allah), dari dosa dan maksiat, maksiat zahir dan maksiat batin, maksiat mata-telinga-mulut- tangan-kaki ..........


.............kepada menyibukkan diri dengan beribadah, berzikir, berselawat, membaca Al-Qur'an, membaca kitab Agama, sibukkan diri dengan program Agama, memakmurkan rumah Allah, merancang masa depan yang lebih hampir kepada taqwa dan muraqobah (hampir kepada Allah).


Jangan lupa juga merancang untuk beramal ibadah bagi 10 Muharram yang tak lama lagi. banyakkan membaca kisah para Nabi dan Rasul terutama kisah Nabi Nuh a.s. dengan bahteranya. Ambil pengajaran dari kisah ini. Rancanglah untuk membina kapal taqwa bersama para ulama', pastikan anda berada dalam kapal taqwa, menaiki kapal taqwa, jangan ketinggalan kapal taqwa, ambil pengajaran dari orang yang tidak berada dalam kapal taqwa.



Hijrah hati dari malu jahiliyyah yang tak ketahuan. Buang lah malu berpakaian sunnah, malu pergi solat di Masjid, malu berkata benar, malu makan dengan tangan kanan, malu baca doa sebelum makan di hotel, malu buang air cangkung, malu jadi baik, malu membaca buku Agama, malu pergi ke gerai alat ibadah Islam dll. Ini semua penyakit orang munafik yang lantang memperkatakan Islam tetapi zahir tiada ruh dan syiar Islam.


Buanglah malu tersebut, gantikan dengan malu kepada Allah kerana bangun subuh lewat, tak sempat tahajjud, malu tak datang solat di Masjid, malu pergi pasar malam waktu maghrib, malu pergi sambutan Tahun Baru 2011 sampai lewat malam, malu berada di konsert, majlis ahli maksiat, majlis org kaya raya yg menunjuk-nunjuk dalam harta dan pakaian, malu berjumpa dengan ahli maksiat, malu berada di warung kopi berjam-jam sembang kosong berbau lucah, malu tonton panggung wayang, malu tidak pakai kopiah semasa berjalan-jalan di luar rumah, malu tidak berjubah serban ketika solat dll yang diwarisi dari suhbah (berkawan) dengan orang soleh. Bukannya malu yg diwarisi dari suhbah dengan orang toleh (jahat - ahli maksiat).


Wallahu A'lam.

Thursday, December 2, 2010

Mutiara kata dari Syeikh Mahmud Majzub al-Kedahi - 1

Posted by lianazulak On 10:51 PM

Dipetik dari kata-kata Syeikh Mahmud al-Majzub al-Kedahi didalam kitab Ruhul zikri :-
1- Perkara kerohanian tidak boleh difaham dengan aqal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

2- Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal-awal lagi syaitan tipu.

3- Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikkan lebih pahit daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.

4- Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita ni tak terpakai (tak berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah-mudahan Allah S.W.T. ampun dosa kita.

5- Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinnan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah S.W.T., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh-sungguh dengan Allah S.W.T., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.

6- Kalau tak senang dengan sesuatu – DIAM!

7- Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah S.W.T. Semoga jadi hamba Allah S.W.T.

8- Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh.

9- Saya berdoa kepada Allah S.W.T. nak jadi hamba Allah S.W.T., bukan nak jadi wali.

10- Buat ibadat nak jadi wali – syirik!

11- Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.

12- Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah S.W.T. yang bertaqwa.

13- Saya hamba Allah S.W.T. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang Allah S.W.T. bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.

14- Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia. Nauzubillah min zalik..

15- Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali dengan orang soleh, ini cerita kartun.

16- Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak? fikir-fikirlah..

17- Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu amarah kemudian berdoa dengan Tuhan. Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah S.W.T. jadikan nafsu Amarah supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.

18- Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, barulah ada tauhid.

19- Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu, tetapi ia adalah anugerah Tuhan.

20- Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).

21- Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah kera.

22- Saya mengajar ilmu para wali bukannya tok sami!

23- Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.

24- Kesufian bukan boleh di dapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati dengan zuhud dan yakin.

25- Jangan buat ibadat pura-pura, nanti jadi kura-kura.

26- Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”. Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.

27- Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. (Pengasas Jemaah Tabligh, Ahli Zaman Abad 14 hijrah) dari segi menghancur hati kepada Allah S.W.T. cuma caranya berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, tauke kilang nak jadi jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka sama, nak jadi jutawan!

28- Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen lagi. Tapi kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?
Air mata takut Allah S.W.T. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam itulah air mata orang tidak takut Allah S.W.T.

29- Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah S.W.T. boleh memadamkan api neraka. Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear – kalau dibandingkan dengan api neraka! Sebab itulah Iblis dan konco-konconya mencari jalan untuk memupuskan jalan-jalan orang yang takut Allah.

30- Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan ‘Aulia Sheikh Abdul Qadir Al Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara-cara dan punca-punca hendak mendapat karomah.

31- Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat andaian) di atas pandangan orang-orang hasanah. Kerana kebaikkan orang-orang hasanah adalah kekejian bagi orang muqarrabin.

- wallahu ta'ala a'lam..